Monday, 1 June 2015

Diet Atkins Untuk Ibu Menyusu

Assalamuaikum..

Hari ini topik hangat di Group Whats App kawan-kawan Alumni yat ialah tentang nak kurus. Nak kurangkan berat badan.

Termasuklah yat ni. Nak kurus, nak hilangkan berat yang dah berkilo-kilo naik ni. -_-

Salah seorang kawan alumni yat dah berjaya dengan diet atkins dia. So, memang menjadi 'idola' la kat kawan-kawan yang lain.

10kg tu turun, tapi lupa dah nak tanya dalam masa berapa bulan. Tapi, dia cakap dalam tempoh 2 minggu pertama (tempoh Induction), dia berjaya turun 5kg. (kalau tak cheating laa..hehe)

So, yat pun teringin la nak turun berat macam tu jugak. Siapa tak nak oiiii??? hehe

Misi menggali ilmu tentang Diet Atkins pun bermula, tapi untuk ibu menyusu punya tau. Sebab sebelum ni yat memang dah tahu pasal diet ni dan pernah mencuba. Tapi banyak cheating. haha

Mana tahan ooo nak diet macam tu. (^_*)

Tapi kali ni, memang bersemangat nak cuba. Mana taknya, lepas bersalinkan Awish berat badan naik mencanak. Dengan menyusu lagi. Memang makan berselera sekali.

Terasa baju-baju semua makin mengecil. (hihi..tak nak mengaku badan dah besaq)

Hasil bantuan En.Google, banyak info yang yat dapat DA ini kurang sesuai untuk ibu menyusu lebih-lebih lagi yang Fasa Pertama (Induction Phase).

Kat SINI pun mengatakan begitu. Tapi yat ada terjumpa satu blog yang menunjukkan Atkin untuk ibu-ibu. Yat ada minta beliau emailkan ebook tersebut untuk rujukan yat. Once dah dapat, yat review ye. :-)

Meh sini nak belanja gambar semasa sedang membesar dengan jayanya. Masa ni tengah pregnant 7 bulan hokeyyyy!!!


Kalau nak lagi selamat (sebab, tak boleh nak Atkins sangat kan!!?), cubalah amalkan Set Menyusu Bajet Shaklee dengan pemakanan cara atkiners yang dah Fasa 3 dan Fasa 4. Bukan apa, sebab kita sebagai ibu menyusu masih perlukan karbohidrat dan protein dan khasiat yang lain untuk penghasilan susu yang berkhasiat kan?

Kalau tak sayangkan"BABY", silakan lah berATKINS kaw-kaw!!!

4 comments:

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...