Saturday, 20 June 2015

Semangat Seorang Mama

Assalamualaikum semua :-)

Entry ini lebih kepada perasaan seorang mama ye.. hehe

Sejak yat mempunyai seorang baby berumur 8 bulan ni, perasaan eksaited tu lebih tau. Eksaited untuk memasak makanan baby tau.

Walaupun yat dah ada dua putera, tapi seriously yat cakap yat tak ada experience dalam bab-bab cam gini untuk anak pertama.

Sebab anak pertama yat, Dasuki Hafiy tinggal dengan nenek di kampung sehingga umur 9 bulan. So, dah biasa makan resepi nenek. Apalagi... nestum a.k.a cerelec laa.. :'(

Tapi dengan baby Awish ni, mama memang particular bab solid food ni. So, jadi laa kerja tambahan yang menyeronokkan untuk mama dia ni. Masak puri :-)

Puri pertama yang yat bagi Awish try is puree carrot. Itupun masa umur dia dah 6 bulan lebih. Lagi 2 minggu nak masuk umur 7 bulan. Sedap sangat tau carrot yang dah di blend halus tu. Yat ni jakun sesangat tau sebab tak pernah minum pun carrot susu. Adik kata lebh kurang gitu la rasa carrot tu :-)

Puri kedua is "potato puree". Masa baru-baru blend, memang rasa sedap. Likat tapi cair dalam mulut. Nak kata sama denan mashed potato tu ada laaa, tapi still masih bole rasa bezanya.

Gambar-gambar nanti yat 'upload' kt next  entry  ye.
                                      
Untuk kedua-dua resepi ni yat try selama 4-5 hari berturut-turut. Yat memang follow "4 days rule".

Kenapa kena follow "4 days rule"??
4 days rule tu bermaksud 4 hari berturut-turut dengan makanam yang sama. Ini adalah untuk mengenalpasti samada baby serasi or tidak dengan makanan tersebut. Ada alahan ke? Ada masalah sembelit ke? Ada kembung ke selepas makan makanan tu?
Tempoh 4hari itu boleh memberikan baby ruang untuk badan dia terima makanan-makanan berkenaan untuk pertama kali. 
So, mommies... jom la kita bersemangat untuk simanja kita. Seronok tau!!!!!!
Tips untuk sediakan makanan pertama baby ialah seperti berikut...
  
HAPPY COOKING mommiesssss!!!

2 comments:

  1. baby dah 8 bulan? sama baya dengan baby fisrt saya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiiyyaa..baru sempat reply chiku the chucuru punye komen..hehe
      Salam perkenalan ye. :-)

      Hari ni dah genap 11bulan dah. hehe

      Delete

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...