Sunday, 13 September 2015

5'S di hujung minggu

Ini cerita semalam. Hari ni baru sempat nak update kat sini.

Actually, pejabat yat baru nak ambil persijilan 5S untuk pejabat-pejabat kerajaan.

Agak lambat sedikit berbanding JKR's lain di Selangor ni. Tapi, tak pe laa kan, tetap ambil juga.

Kami ada 9 minggu lagi bermula minggu ini untuk audit daripada MPC. Agak kesuntukan masa disini ;-)

5S bermaksud SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL.

Kami sudah diperingkat SERAGAM sekarang ini. So, tak de la terasa sangat terkejar-kejar.

Sebab hujung minggu, bos bagi kebenaran untuk bawa askar-askar kami ke pejabat. Yat cuma bawa abg dasuki je masuk ofis. Dia paling seronok boleh masuk ofis mama, sebab boleh jumpa kawan-kawan yang lain. Jadi la taska untuk 1 hari kat ofis tu. Riuh rendah dengan suara mereka. Tapi kami yang dah "mak mak bapak bapak", semua itu menceriakan kami.

Disebabkan ramai 'askar kecil', yat bawa bekal kek coklat kukus tapi dalam bentuk cupcake. Yang 'warna-warni' tu, air tangan abg dasuki. Dia suka tolong mama bab masak memasak ni.



Sekejap je, dah habis cupcake tu. Mak nak tumpang makan sekali pun anak tak kasi tau. :-) Takut tak cukup. hehe

Ni bilik yat yang dah 90% kemas. Cuma kertas-kertas lama masih ada yang perlu di SISIH kan, dan semalam dah berjaya selesaikan. Next task, masa untuk labelling saja dan deco sikit ruang bilik ni untuk kasi ceria.



Baru ada mood untuk kekal bersemangat kan?! :-)

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...