Friday, 18 September 2015

Apam susu di Hari Malaysia

Entry ni delay 2 hari. hehe

Selamat Hari Malaysia semua. Sepatutnya, entry ni pada 16hb lepas, tapi faham-faham je la kalau hari cuti, tuntutan tugas seorang mama lebih dari segalanya.


Sejak abang Dasuki kembali mengambil Mealshake sebagai minuman tambahan / add on dalam susu dia, selera makan dia menjadi-jadi. Lepas makan nasi atau makanan berat lain, dia akan tanya soalan yang sama tiap-tiap hari.

"Mama, ada makanan apa-apa x? Abang lapar la"

Memang skrip ni sentiasa berulang-ulangm sehinggalah mama bangun dan buat sesuatu didapur.

So, hari Malaysia ni mama decide nak buat Apam Susu untuk abg dan adik.

Resepi senang je tau.

Resepi:-
  • 4biji telur - gred B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovalet
  • 5 sudu besar susu pekat manis
  • 2 cawan gandum (kalau boleh, kurangkan suku cawan ye)
  • 1 cawan gula (halus atau kastor)
  • Pewarna - yat guna pewarna hijau, biru, pink and coklat.
Cara buat:-

Masukkan telur, esen vanila, ovalet dan gula kedalam satu bekas dan pukul. Boleh pakai mixer bagi yang ada. Tapi yat guna whisk je :-)
** Nak pakai blender pun boleh, tapi pastikan la blender tu tak ada bau bawang or rasa cili ye. hehe

Pukul kesemua bahan tadi sehingga kembang dan berwarna putih. Kemudian masukan susu pekat manis sambil kacau lagi sehingga sebati.

Bila semua dah sebati, masukkan tepung gandum dan kacaudengan kaedah kaup balik. Kemudian, yat bahagikan kepada 5 bahagian untuk warna pink, biru, coklat, hijau dan original.

Susun layer by layer or ikut kreativiti mama laa ye dalam loyang tu . hehe

Masih dalam kukusan. Baru masak  
Taraaaa... OK laa kan. hihi
Walaupun rupa tak dok, tapi rasa masih ada. And, of course laa dua hero kecil tu dah menunggu. Yang sorang tu, tak nyempat pakai baju. Nak makan terus... :-)
 
Darwish yang tak menyempat nak makan :-)
"haa adik, kn dah kena. abg ckp panas tu, tak dengar ye. tunggu la mama 'koyakkan'"
 
Dialog anak-anak syurga mama. Abg tu, lepas mkn apam susu wajib minum susu mealshake dia. Tercekik katanya.. hehe

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...