Tuesday, 22 September 2015

Boleh ke wanita bekerjaya menyusu anak selama 2 tahun?

Assalamualaikum..

Entry ni khas untuk kawan-kawan supermak. Seorang surirumah tetapi menggalas tanggungjawab di tempat kerja. Yat salute anda, kerana kita adalah sama.

Yat juga seorang mama yang bekerjaya di bidang yang didominasi lelaki. Tetapi itu tidak menghalang niat untuk menyusu baby Darwish sehingga usia 2 tahun atau lebih. Yang penting, dah ada niat dulu. So, segalanya akan dipermudahkan Allah. In Shaa Allah.

Jom kawan-kawan, yat share sedikit ilmu yang yat 'compile' kan disini hasil dari pembacaan dan juga pengalaman sendiri. Yat juga 1st time menyusu baby walaupun dah punya anak dua orang. Kenapa?? Boleh baca SINI

Persediaan ke arah penyusuan 2 tahun atau lebih.


1) Ilmu Penyusuan

Dalam menjayakan penyusuan, ibu-ibu perlu terlebih dahulu mendedahkan diri tentang ilmu penyusuan. Ilmu penyusuan boleh didapati melalui kelas penyusuan, pembacaan di blog-blog berkaitan, buku-buku dan kajian di internet.

Bila dah tahu serba sedikit ilmu penyusuan, then mudah untuk lakukan persediaan. Sepanjang 9 bulan yat mengandungkan Darwish, setiap hari Yat akan google tentang ilmu penyusuan. Dan juga banyak bertanya kepada kawan-kawan yang dah berjaya.


2) Beli Pam Susu

Pam susu adalah 'mesin' yang paling penting dalam menjayakan penyusuan selain daripada niat dan ilmu. Terdapat pelbagai jenis jenama pam susu yang di jual di pasaran samada yang menggunakan bateri ataupun elektrik. Terpulang kepada kemampuan dan bajet ibu-ibu.

Yat sendiri menggunakan pam susu elektrik jenama Eve Love. Yang ni Yat beli preloved dari seorang kawan yang tak sempat menggunakannya disebabkan masalah-masalah tertentu. Pam baru, tapi dah dapat harga separuh daripada harga asal.

Inilah yang dikatakan rezeki Darwish. :-)

Sekiranya anda menggunakan pam susu elektrik atau bateri, anda boleh menggunakan teknik tandem untuk mengepam susu. Teknik ni dimana ibu boleh menyusu bayi disebelah payudara dan mengepam disebelah lagi.

Anda pasti teruja dengan hasilnya nanti.


3) Buat Stok EBM

Buat stok semasa dalam pantang adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam penyusuan. Kena rajin pam tau.

Yat buat stok selepas sebulan berpantang. Cuti bersalin 90hari, memang banyak la masa yang ada. Tapi mula-mula tu agak terganggu sebab belum biasa. hehe

Setiap kali pam yat akan dapat 8-10oz susu Darwish. Sangat-sangat banyak. Dan yat pam secara berjadual dan konsisten. This is the key tau.


4) Pam Waktu Malam


Waktu pam susu ketika dalam pantang Yat ialah bermula jam 12mlm dan berulang setiap 3jam sehingga pukul 8pagi. Masa ini adalah waktu yang sangat bagus sebab hormon prolaktin iaitu hormon gembira tengah aktif dan ini merangsang penghasilan susu.


5) Latih bayi minum EBM


Latih baby minum EBM secara berperingkat dan jangan mengejut. Yat mula bagi Darwish minum EBM masa umur dia sebulan. Tapi bukan secara mengejut la.

Untuk permulaan, Yat bagi 1 oz. Niat pertama, nak biasakan dia minum dengan botol. Mungkin bagi sesetengah orang tidak bersetuju dengan cara ini, tapi bagi yat baby Darwish perlu dilatih. In Sha Allah, baby tidak akan keliru dengan nipple ori :-)

Yang betul-betul serius yat 'bottle feed' Darwish adalah 2 minggu sebelum masuk kerja. Dengan bantuan mak juga, sebab Darwish dah kenal 'nipple' ori dan palsu. If ada bau mama, die akan reject botol. :-)

Kesimpulannya, perlu latih baby dengan sabar untuk 'bottle feed'.


6) Konsisten Pam Ketika Waktu Bekerja

Yang ini perlu istiqamah dan konsisten. Ibu-ibu perlu kuat semangat untuk mengikut jadual mengepam secara berterusan tanpa alasan.

Ini kerana, susu ibu adalah bergantung kepada konsep 'demand vs supply' yang mana ketika berada dipejabat (tanpa bayi), mengepam adalah cara untuk memenuhi konsep tersebut.

Teknik mengepam juga memainkan peranan. Yat memilih teknik 'power pumping' dalam menghasilkan stok EBM Darwish.


7) Jaga Pemakanan

Tips yang paling penting adalah penjagaan pemakanan seorang ibu jika ingin menjayakan proses penyusuan selama 2 tahun atau lebih.

Elakkan mengambil makanan yang tidak berkahsiat dan mengambil minuman berkafein. Kawal atur jadual pemakanan ibu.

Yang penting, dapatkan bantuan pemakanan dengan mengambil supplemen. Ibu yang bekerjaya dan menyusu memerlukan khasiat dan nutirisi berganda.

Yat mengamalkan Set Penyusuan Shaklee sepanjang 11bulan penyusuan Darwish disamping menjaga pemakanan. Dan, hasilnya sangat-sangat mengujakan. 7 - 8 oz setiap sesi mengepam. Alhamdulillah.


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


Ini adalah sebahagian daripada pengalaman Yat sendiri sebagai mama yang kali pertama ingin menyusukan anakanda tersayang sehingga umur 2 tahun atau lebih. Dan sehingga kini, umur Baby Darwish sudah mencapai 11 bulan 12hari, susu dia masih meriah.

Muhammad Darwish Hakeem, 11 month 12 days fully breastfeed son

Alhamdulillah, dengan rezeki dan anugerah yang Allah dah berikan kepada kami. Sesungguhnya, yat sangat-sangat teruja untuk menjayakan proses penyusuan ini.

Semoga mama ibu mami diluar sana juga dipermudahkan urusan penyusuan anda. Amin.


love breastfeeding..

''breastfeeding c.u.m carrier mama"














No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...