Monday, 14 September 2015

Home made ais krim dari bubur jagung

Dengar tajuk entry pun dah pelik kan? hehe

Abg Dasuki memang suka sangat dengan bubur jagung. Setiap kali hujung minggu mama memang akan beli 3 tongkol jagung dari kedai depan blok ni.

RM3.50 tau 3 tongkol. Tak tau la mahal ke tak?!

So, di tengahari hari Sabtu bermula la proses membuat bubur jagung. Masa tengah bersilat kat dapur tu, dia datang.

"Mama, abg nak ais krim boleh tak?"

Aiyyak, itu satu lagi janji yang mama tak tepati. Tapi, biasa la kan menjadi mama perlu lebih kreatif. Perlu fikir "out of box". Haha

Bubur jagung siap. Disejukkan dan diberi makan kepada hero itu. 3 mangkuk tau berjaya dihabiskan sekali makan. Hurmm..selera dia memang dah dijangka.

Elok dia kenyang and terlelap, operasi bekukan 'ais krim' pun bermula.

Ambil blender, masukkan bubur jagung, ovellete dan blend. Blend sehingga halus tau. Masa dah nak tuang dalam acuan tu, baru terfikir, why not tambahkan Mealshake dalam bancuhan tu. Kan?? :-)

So, dah habis blend sampai halus..taraaa, jadilah ia AISKRIM JAGUNG MEALSHAKE. Mama tambah choc chip di dasar acuan, tengah and top. Nak bagi rasa choc and die boleh kunyah-kunyah sikit kan?

Nak resepi??? Okay... ni dia...

RESEPI ASAL HOMEMADE ICE CREAM

¤ Susu cair - yat guna santan sebab bubur jagung kan? hehe

¤ Ovellate

¤ Perasa (coklat, milo, strawberi, oreo) - yat guna jagung

¤ Telur (x nak guna pun tak pe)

¤
¤
¤

Cara nak buat:-
>> Campur semua bahan di atas dan blend sehingga halus. Banyak kali blend pun tak pe.

>> Sejukkan selama 3 jam (atau sehingga dah hampir beku, then keluarkan untuk blend lagi sekali.

>> Dah 2 kali blend, then masukkan semula dalam acuan. Bekukan dalam freezer sekurang-kurangnya 8jam.

Yat bekukan dalam deep freezer EBM Awish. hehe
So, cepat laa sikit proses bekunya.

Esoknya, abg dasuki dah boleh makan. Seronok dia tauuu.



Korang pun boleh buat tau. Anak-anak pun mesti seronok tau. Lagi-lagi bila ditambah dengan Mealshake, bertambah laa zat & khasiat kan? ;-)

 

Jangan lupa cuba resepi ais cream yat tu ye. Kalau nak tambah Mealshake, nak kasi anak2 lebih terima zat tapi tak ade, boleh call or whats app yat ye.R

2 comments:

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...