Friday, 2 October 2015

Giveaway by mamaD: Darwish is ONE!

Assalamualaikum readers,

Selamat datang Oktober. Bulan Oktober ni bulan istimewa pada yat. Salah satunya adalah bulan yang menggenapkan 17tahun perkenalan dengan en.cinta halal.

Dan yang kedua, bulan kelahiran cahaya mata kedua. 10 Oktober 2015 genap setahun umur khalifah kecil kami, Muhammad Darwish Hakeem.


Fresh from oven. 10.10.2014

Sekejap je rasanya masa berlalu, dah besar dah bujang kedua mama ni. Agaknya, dia nak mengejar masa nak main dengan abang Dasuki kot. hehe


Kena buli dengan mama. Selit bunga kat telinga.hehe

Dan yang paling penting, because of him yat dapat merasa pengalaman 12 bulan menyusu secara ekslusif, tanpa campur dengan susu tepung. Setelah hanya berpeluang menyusu abang Dasuki cuma 2bulan setengah, Allah beri lagi peluang kedua untuk anak kedua.

Ya Allah, sungguh besar dan tidak ternilai nikmat yang KAU berikan kepada hambaMU ini.

Yat bersyukur sangat-sangat. Dan kerana itulah, yat nak buat GIVEAWAY untuk anda sempena ulangtahun pertama Darwish dan juga ulang tahun pertama penyusuan yat :-)


Suka tak?? Suka tak?? Mana tahu, anda akan jadi pemenangnya kan? So, why not anda mencuba dulu. Rezeki Allah tiada siapa yang tahu kan? :-)

Hadiahnya ialah sehelai wide shawl seperti yang yat pakai ni. Wide shawl ni boleh di adjust untuk keselesaan pemakai, tapi part yang paling best ialah labuh sehingga boleh cover Darwish menyusu. Hehe



Tempoh giveaway adalah dari 2 Oktober 2015 sehingga 30 Oktober 2015. Pemenang akan diumumkan pada 2 November 2015. In Sha Allah.

Syarat-syaratnya ialah:-

1. Buat entry yang bertajuk "Giveaway by mamaD: Darwish is ONE!". Dalam entry tersebut, letak banner giveaway di bawah dan link ke entry ini. Jangan lupa tuliskan juga tempoh giveaway berlangsung.


2. Follow blog https://mamadasuki.blogspot.com


3. Bila dah selesai 2 perkara di atas, tinggalkan URL entry anda di kotak komen entry ini :)


DONE!!
Mudah je kan??? hehe

3 pemenang akan dipilih secara random dari random.org

Senarai peserta yat akan update ye di SINI.

Terima kasih yee kerana memeriahkan giveaway pertama yat ni.

6 comments:

  1. Done follow blog. I'm member #12.

    http://sovitamin.com/giveaway-by-mamad-darwish-is-one/

    ReplyDelete
  2. Join GA ye ^_^

    http://www.eliyanaramly.com/2015/10/giveaway-by-mamad-darwish-is-one_8.html

    ReplyDelete
  3. Join juga :)

    http://www.vitaminkesihatansejagat.com/2015/10/giveaway-by-mamad-darwish-is-one.html

    ReplyDelete

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...