Wednesday, 7 October 2015

Kelebihan membaca Surah Yaasin di waktu pagi

Terasa nak kongsi entry islamic sikit. Just untuk perkongsian sesama kita :-)

Siapa pernah amalkan membaca surah Yaasin di setiap awal pagi? Alhamdulillah, yat mendapat 'petunjuk' dari DIA untuk mengamalkan 'jantung Al-Quran' ini. Dan sejak istiqamah melaksanakan dengan ikhlas, yat merasai perubahan dalam rutin harian.

 
Yang paling yat dapat rasa ialah Allah permudahkan urusan perjalanan yat ke tempat kerja, walaupun dah lewat keluar rumah. Alhamdulillah, masih sempat sampai pejabat walaupun dah lambat sangat keluar.

Contoh la kan, jarak rumah ke pejabat ambil masa dalam 30minit dengan tujuh lampu isyarat dengan syarat, yat jumpa semua lampu isyarat tu bewarna hijau laa.. hehe

Tapi, walaupun lambat keluar rumah, yat masih boleh sampai pejabat dalam tempoh waktu yang sepatutnya. Allah permudahkan yat dengan lampu hijau sahaja. Kalaupun lampu isyarat merah, yat hanya perlu tunggu beberapa saat sahaja.
 
Hazrat Ata bin Abi Rabah rah. berkata "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,"Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari, maka segala hajatnya akan dipenuhkan." – Hadith Riwayat Darimi
 
Yat ingin kongsikan antara kelebihan baca yasin yang dapat daripada sumber rujukan lain:

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu :-

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .

5. Jika terpenjara akan dibebaskan .

6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya .

9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.  
 








Pernah juga yat 'kesempitan kewangan' semasa nak balik kampung, tapi Allah kirimkan reseki melalui seoraang hambaNya dengan sedikit kewangan yang mampu menampung perbelanjaan kami sepanjang pergi dan balik.
 
Rezeki itu juga dapat berkongsi dengan adik beradik yang memerlukan. Terima kasih Allah.
 
Kesimpulannya, jika anda amalkan membaca surah yasin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga olah Allah SWT.
 
PERCAYA LAH!!!!

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...