Thursday, 1 October 2015

Kenapa susu ibu bewarna kuning selepas ambil B Complex Shaklee?

Assalamualaikum,

Siapa pengguna Set Menyusu Shaklee yang tegar? Anda mesti perasan dan tahu kan tentang perkara yang yat nak kongsi ni.

Yat sendiri mengalami situasi macam ni. Setiap kali pam susu, mesti teruja untuk tengok warna susu samada kekuningan dan pekat ataupun warna cair macam air basuhan beras.

Apa yang yat perasan, tahap kepekatan susu ibu adalah dipengaruhi oleh gaya kehidupan ibu itu sendiri seperti pemakanan. Penjagaan pemakanan dengan mengambil makanan yang berkhasiat memberi kesan kepada susu ibu dan juga kepada bayi.

Selain itu, faktor cuaca, emosi, persekitaran dan keperluan anak juga turut mempengaruhi. 

Pengalaman yat, pam susu selepas breakfast (heavy breakfast) dan kemudian mengambil Set Menyusu Shaklee memang memberi kesan yang sangat-sangat mengujakan. Pertama sekali, dari segi kuantiti dan keduanya warna susu.

Rutin yat selama 11bulan menjadi ibu menyusu ialah dengan memulakan hari yat dengan 250ml ESP Milo. Kemudian, yat akan mengambil heavy breakfast seperti bihun goreng Singapore atau mee goreng / kari atau nasi kerabu.

Selepas makan, sudah semestinya yat akan ambil 3 serangkai iaitu B Complex, Vitamin C dan Vita-Lea serta Alfafa Complex. Barulah yat akan memulakan sesi pertama mengepam sekitar 9.30-10.00 pagi.

Ketika ini lah susu yang yat pam akan kelihatan warna kekuningan dan pekat.

Kenapa??

Fenomena ini adalah disebabkan oleh pengambilan B Complex Shaklee. Kalau anda semua nak tahu, susu ibu ini unik dan 'personalized' :-)

Susu ibu yang mengandungi B Complex Shaklee adalah lengkap dengan 8 Vitamin B termasuklah Riboflavin atau lebih dikenali dengan B2 dan agak pekat berbanding dengan mereka yang mengambil Asid Folik sahaja.

Riboflavin merupakan vitamin larut air yang mana akan memberikan kesan warna kekuningan kepada susu ibu dan juga urin. Anda tentu perasan kan?? Jangan risau ye.. Sebab Vitamin B adalah merupakan vitamin larut air.

Ini juga bermakna jika diambil berlebihan ia tidak akan disimpan di dalam badan dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan.

Sooo... jangan risau ye ibu-ibu. Ini normal okeyyy!!!

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...