Saturday, 10 October 2015

Tips turunkan kolestrol

Hai semua..

Hari ni yat masak menu yang low kolestrol sangat-sanagt. Harap-harap la :-)

Cuma satu sudu setengah minyak masak je. hehe

Untuk lunch hari ni yat masak ikan siakap kukus halia. Tak sempat nak snap picture tau sebab perut dah tak sabar nak masuk makanan. Maklum la malam tadi tak ambil makanan berat. Cuma 1 tumbler ESP Milo sejuk je.

Kurus laa mama nanti..haha

Meh sini nak share resepi sikit. Simple je cara masaknya. Yat ambil resepi ni dari blog sifu masakan ni, Azie Kitchen. Tapi ada resepi yang yat 'derhaka' sikit. Bukan apa, xdok dalam gerobok mak nak oiii..hihi

IKAN SIAKAP STEAM HALIA (Chinese Style)

Bahan-bahan:-

1. Sekor ikan siakap (RM10.00 yat beli hari ni. Kat kedai jawa kat bawah blok)

2. Halia

3. 3 ulas bawang putih (suami yat suka makan bawang putih, so yat lebihkan sikit)

4. Daun bawang (3 tangkai. rembat je masa g beli barang tadi)

5. Daun ketumbar (1 tangkai yang dah kedai tu siap ikat)

6. Satu sudu setengah minyak masak.


Bahan Sos:-

5 sudu besar kicap (yat guna kicap cap kipas udang. Kicap cair xdok dalam gerobok..hehe)

Setengah kiub stok ayam knorr

1 sudu sos tiram (xdok juga sos ikan dalam simpanan)

Sedikit lada hitam

Garam secukup rasa.




Cara membuatnya.

Panaskan kukusan.

Bersihkan ikan sebersih-bersihnya dan kelar. Tumbuk garam halus dengan lada hitam dan lumur ke seluruh ikan, luar dan dalam. Biarkan sebentar, kasi garam meresap kedalam isi ikan.

Sambil-sambil tu, boleh hiris halia, bawang putih, daun bawang dan ketumbar.

Sediakan sos dengan campur ke semua bahan-bahan sos kedalam satu mangkuk dan kacau rata.

Bila air dah mendidih dan kukusan dah sedia, masukan ikan yang dah dilumur tadi bersama halia dan bawang putih yang dah dihiris. Kukus selama 8 - 10 minit.

Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas dan curahkan keatas ikan didalam kukusan. Tutup penutup kukusan seketikan.

Setelah ikan masak, curahkan sos tadi bersama daun bawang dan daun ketumbar dan biarkan seketika. Kemudian, tutup api.

SIAP!!! Sekejap je.... :-)

Sangat sesuai untuk yang sedang berdiet macam yat. Jom laa cuba. Guna apa je yang ada di dapur. Rasa pun sedap hokayyyy :-)





2 comments:

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...