Sunday, 8 November 2015

Jom Konvo Lagi

Inilah yang paling best bila ada anak buah yang lebih kurang ja umurnya.. haha

Walaupun daku sebenarnya tak de laa 'berumur' sangat kan? Baru awal '3 series'. Sempat laa lagi nak join beberapa majlis konvokesyen anak buah kan? :-)

Hari ni kami meraikan budak 'kicik' ni. Tak sangka dah besar rupanya anak buah yat sorang ni. Kecik-kecik dulu kita yang dok mandikan dia..dok bawa dia main petang-petang. Tup tup hari ni, dah masuk majlis graduasi. huhu

How time flies.. ** tearssss!! (cepat nya masa berlalu..means kita ni dah semakin berumur. so, kena cepat-cepat sedor diri)

Graduate dalam kursus "Occupational Safety and Health" daripada Cyberjaya Universiti College of Medical Science (CUCMS), hari ini kami meraikan dalam majlis yang serba sederhana.

Ini penilaian berdasarkan majlis graduasi diri sendiri, suami, dan anak buah yang sulung daripada IPTA. Bagi yat graduasi IPTA lebih meriah dan lebih 'proper' berbanding yang kami attend hari ni. Ini pendapat peribadi ye. :-)
Mungkin para graduannya kerana tak ramai seperti kami. Dan kenapa tak proper?? Kurang mesra 'warga emas' maksud yat. Maklum laaa, kami bawa mak ayah yang dah '6series'. Perlukan tempat duduk yang selesa walaupun diluar dewan.

Okeh, tak mau terlalu meluah pendapat peribadi terhadap majlis orang.. hehe.

Jom layan beberapa gambar suasana majlis graduasi ini.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...