Wednesday, 11 November 2015

Kek Coklat Karamel Kukus Yang Simple dan Mudah

Yeayyyy!!!

Super duper excited sebenarnya bila pertama kali yat buat resepi ni terus menjadi. Dan yang paling best bila anak bujang kesayangan suka sangat makan kek ni.


Ya Allah..nikmat sungguh perasaan tu bila tengok dia dok punggah kek coklat karamel tu dari dalam peti ais.

Sedap bila makan sejuk-sejuk.

Dah lama nak buat, tapi asyik tertangguh je. Lagi satu risau takut tak menjadi dan tak sedap. hehe

Tak sangka pula, first time buat terus menjadi. Terima kasih tuan resepi ni. :-)
Credit for her hokayyyy..

Jom kongsi resepi :-)


KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS
Resepi asal : Kak Yana Shaiful


BAHAN KARAMEL
STEP 1:
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang

STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas
Masa ni sila jangan dikacau dengan anak-anak ye. Haha.. Nanti gulanya terlebih hangus dan akan ada rasa pahit manis karamel tu nanti. Yat dah terkena. Sambil meng'karamel' gula, sambil pujuk Darwsh menangis nak susu. haha
Sudahnya, pahit manis laa jadinya karamel tu. Tapi sedap tau rasa macamtu. :-)


STEP 3:
Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )


STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.


STEP 5:
Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.


BAHAN KEK COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
CARA PENYEDIAAN

Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.


Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend (yat blend je, lagi senang dan cepat)


CARA PENYEDIAAN

Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Yat masukkan dalam bekas lain. Mula-mula letak bahan A, then Bahan B. Gaul-gaulkan dan masukkan Bahan C. Gaul lagi bagi sebati. Ulang-ulang la sehingga bahan A,B, C tu habis ye.

Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.

Dan....Sedia untuk dimakan!

Sedap weeeeiii... Tak caya, cuba laa buat. So simpleee okayyy!! (^____*)






3 comments:

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...