Saturday, 14 November 2015

Kursus Turapan Jalan Day 1

Assalamualaikum... selamat berhujung minggu semua.

Minggu ni kat tiada hujung minggu. Sedihhh tau. Hehe. Demi tuntutan kerja hakiki, segala masa bersama keluarga yat korbankan. Tapi, bukan selalu pun kan? Hari ni je..

Hari ni, yat dan dua orang ofismate lagi menghadiri kursus turapan jalan yang mana telah diwajibkan kepada semua staf JKR oleh Dato' Pengarah JKR Selangor. So, nak tak nak..suka tak suka.. memang WAJIB la kami pergi bila nama dah naik kan? Hehe

Yat suka kerja yat sekarang (memang dari kecik lagi nak jadi Ingenurs kan!!), so yat suka bila kena pergi kursus yang melibatkan penambahan ilmu dalam bidang kerja. Best hokayyy!

Kursus turapan jalan yang yat pergi ni lebih kepada macamana nak memantapkan lagi cara kerja dan menjaga kualiti jalan-jalan di Malaysia ni.

Seronok tau. Kita akan lebih mengenali jalan-jalan dan mengetahui apa punca masalah kerosakan jalan. Kenapa? Mengapa? Semua tu pasti akan terjawab kalau kita penuhkan ilmu di dada dengan ilmu turapan ni.

Okehhh..tak mau cerita dulu pasal tu. Dah habis kursus baru yat kongsi ye.

Hari ni bangun macam hari bekerja biasa laa. Sikecik ni, macam tahu je mama tak cuti hari ni so dia pun melekat je. Hihi

Bangun pagi masak breakfast, bihun goreng dan masak nasi dengan sayur lemak bayam untuk Awish, Abang Dasuki dan sepupu @ penjaga diorang hari ni.

Jom layan gambar je laa ye..Panjang pula kalau nak tulis dari pagi sampai petang. Haha (padahal mood ke laut sebab penat..hihi)


Awal pagi dah keluar. Semangat punya pasal. haha


Makan bihun goreng pun dalam kereta. Satu mangkuk dua orang. Romantik laa sangat. hihi   


My milk booster & energy booster


Tekun tak????  


Pembukaan @ warm up dari Pengarah JKR Selangor, Dato' Ir. Hamizan B. Inzan

Penceramah kursus, Ir. Hizam. One of my bosses in JKR HQ

Office mate yang kusyuk.. 
Day 1 memang best. Seronok sangat sebab rupanya selama ni banyak tindakan yang dibuat hanyalah berdasarkan amalan turun temurun. Tak sesuai langsung dengan spesifikasi tau.

Tak pe..esok sambung tambah ilmu lagi. hehe

Nak rehat dulu. Nak zzz awal. haha


No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...