Wednesday, 4 November 2015

Little D Demam

Semalam mama pengasuh Whats App di hujung-hujung waktu pejabat.

"Yat, badan Awish panas sangat ni"
Allah..memang dari pagi lagi badan dia dah dedar, tapi yat tetap hantar rumah pengasuh sebab cuti tahunan berbaki sehari je lagi..

Elok kemas-kemas nak balik, JD (jurutera daerah) Whats App nk jumpa untuk perbincangan program audit ujian ketebalan turapan jalan yang akan diadakan hari ni.

Sudahnya, muka 😒😞 bila perbincangan lambat habis. Sebab fikiran dah ingat kat si kecik je.

6pm habis perbincangan, terus bergegas kerumah pengasuh. Sampai je sana, Awish terus terkam.

"Ma..ma..ma.." sambil cium mama. Lepas rindu kat anak kecil.. ☺

Driving sambil berzikir untuk dia sepanjang balik kerumah. Lelap juga dia sepanjang jalan. Mungkin badan tak selesa sangat.

Dan hari ni, mama terpaksa pakai baki cuti sehari tu demi anak syurga.

Menjaga dia di rumah sendiri adalah lebih puas hati daripada serahkan dia kepada pengasuh disaat dia demam. Tak kisah lah satu hari ni, yat kena dokong dia sambil masak, menangis sepanjang masa, merengek tak kena tempat. Redha je la sebab Allah uji sikit je ni. Sepanjang dia "datang" dah 13bulan, ini kali kedua dia demam panas camni.

Mama doakan kamu cepat sihat sayang. Cepat baik.. abang Dasuki dah tak sabar nak main lari-lari dengan adik.

Get well soon SON πŸ‘ΆπŸ‘¦

2 comments:

  1. Semoga little D cepat sembuh. Nak dapat akal baru kot.

    ReplyDelete
  2. memang sangat tu kak jah... makin manja sangat2 pun ada..hehe

    ReplyDelete

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...