Tuesday, 10 November 2015

Petua Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum mommies jelitawan...
 
Hari ni yat nak kongsi tentang tips / petua untuk memperbanyakkan susu ibu secara alami. Tips ni yat terima melalui email daripada Mother First Choice (kredit untuk beliau), jadi yat nak kongsi dengan anda pula.

Sebelum ni, yat pernah 'up' entry berkaitan petua banyaakan susu ibu di SINI.
 
Air susu ibu yang banyak mesti menjadi keinginan semua ibu yang mempunyai bayi. Jadi inilah cara banyakkan air susu ibu dan dijamin 100% semulajadi.

1) Daun bunga melur dan daun pucuk manis

  • Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. Jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.
2) Kacang tanah
  • Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.
3) Longan kering
  • Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.
4) Daun Sirih
  • Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.
5) Halba dan jintan hitam
  • Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.
6) Susu
  • Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.
7) Lobak putih
  • Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.
8) Nasi panas, halia muda dan air asam
  • Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.
9) Daun betik muda
  • Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.
Tapi tak semua petua kat atas ni serasi dengan badan ibu-ibu, jadi perlu 'try and error'. Walaubagaimana pun, jika anda hanya mengambil atau mengamalkan cara traditional untuk banyakkan air susu ibu, tanpa amalkan konsep 'supply dan demand' sepenuhmya, maka air susu tak akan memancut-mancut keluar dengan meriahnya.

Ingat ye...

Paling penting susukan bayi sekerap mungkin, 2 jam sekali. Jika sudah mula bekerja pamlah sekerapkan mungkin dan konsisten. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ingat, jika anda 'skip' sesi mengepam akan menyebabkan susu badan akan semakin berkurangan. 
 
Dan jika ibu-ibu rasa 'renyah' nk amalkan tips alami tu, boleh cuba ambil suplemen yang mudah. Yang terbukti berkesan, selamat dan juga mesra alam. Yat sendiri telah alami kesannya dengan Set Menyusu Shaklee.
 
Alhamdulillah, Darwish dah berumur 1 tahun 1bulan dan yat masih dapat 8-10 oz setiap sesi mengepam.
 
Ibu-ibu juga boleh. Yang penting, apply konsep 'DEMAND vs SUPPLY' dan 'POWER PUMPING'

1 comment:

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...