Saturday, 26 December 2015

My Shaklee Effect: Collagen Shaklee


My ‪#‎Collagenshakleeeffect‬

BerCOLLAGEN hanya pada penghujung November 2015. Belum habis sekotak, inilah hasilnya. Yat ambil 5 sachet pertama setiap hari. Yang ni yat dapat free masa pergi National Confrence 2015 ituhari. Shaklee kasi tau.

Then, yat beli sekotak untuk diri sendiri lepas terkena kesan dengan 5 sachet pertama tadi. Haha

Yang ni laa yat ambil selang sehari, tapi konsisten. Alhamdulillah, yat suka dengan kesan collagen ni pada kulit yat :-)

■ No filter

■ No make- up

■ Glowing + flawless

■ Kulit terasa lembut

■ Noda hitam pudar

COLLAGEN PROMO berbaki 6 hari lagi tau...

Sebab Shaklee ni tak de model khas untuk produk kesihatan No 1 ni, so diri sendiri laa yang menjadi modelnya. :-)

Dah tu, tak pasal-pasal kawan office di hantui dengan kesan collagen ni.. haha

Cepat-cepat rebut sebelum tamat harga promosi.

019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang || Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Friday, 25 December 2015

Roti Hamlet Simple

Entry #throwback 18 Disember 2015

Hari Jumaat, 18 Disember 2015 merupakan hari Jumaat terakhir 2015 yang bekerja. Paham tak ayat yat tu?? Maksud yat, jumaat terakhir yang merupakan hari bekerja.

So, kami semua decide nak buat laa potluck sedikit.

Tak semua yang join the potluck, cuma kami yang ladies je. And boss kasi sikit duit untuk beli apa-apa. Potluck pun lebih kepada makanan untuk sarapan :-)

Masing-masing kami dah pening apa nak dibawa masa potluck tu. haha

Tapi yat decidde nak cuba bawa makanan Kelate laa.. haha..sokmo gitu tau. Tiap kali potluck, mesti makane kelate laa yang yat bowok.. hihi (tubik doh bahaso ibundo kelate ku saye..)

Korang tau tak apa tu ROTI HAMLET??? Jangan pula disebut roti helmet yee..hahaha..

Roti ni feveret yat tiap kali bulan puasa. Kat kampung yat, setiap kali bazar Ramadhan mesti ada penjual roti hamlet ni. Dan ayah yat akan selalu belikan roti ni untuk anak gegel dia ni berbukak puasa. Dari zaman anak dara, sampai dah jadi mak orang, ayah tak penah lupa nak belikan tiap kali kami balik berpuasa di kampung.. (rindu ayah.. huhu)
Ini rupa ROTI HAMLET tu.. (gambar ni ihsan google)


Bila bawa masa potluck ituhari, menu ai yang habis dulu tauuu.. Diorang rupanya tak pernah makan, tapi sekali dah rasa, masuk dengan tekak diorang. Sedap katanya..hehe

Kalau nak tahu, roti ni cuma senang dijumpai di Kelantan dan Terengganu. Negeri lain agak susah, sebab yat sendiri pun dah 10 tahun kat Selangor ni, tak pernah jumpa roti ni. Walaupun di Bazar Ramadhan ataupun di pasar malam.

Resepinya, jom yat kongsi.


Bahan-bahan:-



1. Roti panjang (macam dalam gambar tu) - tapi utk potluck tu yat cuma pakai roti keping Gardenia je. Sebab tak jumpa roti panjang ni..hehe

2. Kaya

3. Jagung manis

4. Telur - Jika guna roti panjang, lagi sedap guna 1 biji telur untuk seketul roti.

5. Butter / marjerin


Cara membuatnya:-

Tak payah, so simpleee... Sebab yat guna roti keping tu.. Just pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau-kacau kasi sebati telur tu.

Tuang telur atas kuali leper (yat pakai kuali menggoreng je ituhari), agak-agak telur dah separuh masak, kemudian letak sekeping roti atas telur tadi. Biarkan seketika sehinggan separuh garing atau telur dah melekat dengan roti, then angkat.

Sapukan kaya dibahagian telur tadi. Kaya tu jangan terlampau banyak, agak-agak nak manis macamna (sesedap tekak laa), kemudian sapu laa jagung manis. Jagung tu, makin banyak lagi sedap.



Taraaa..dah siap.. Hidang dengan teh 'o' panas..memang sedap tau. 

Adik Awish pun makan. Abg kurang sikit tapi still boleh makan.. hehe

Papa??? Of course laa puji..sedap katanya. Sebab dah lama tak makan kot. Takpun sebab nak ambil hati bini dia..hahaha.

Tak kisah laa..janji habisssss!!! hihih

019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang || Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia 

Thursday, 24 December 2015

Tebus Point Drypers untuk Abang Dasuki

Hai mommies...

Buat apa time cuti panjang ni? Yat and anak-anak duduk rumah je sebab papa kerja. Walapun public holiday :-)

Okehh.. nak tanya, mommies semua pengguna Drypers tak?? Kalau mommies memang pengguna Drypers, yat nak kongsi dengan anda semua. Nak ajak mommies jadi ahli Drypers Baby Club.

No need to pay okayyy!! Free registration.

Mommies tau tak yang Drypers ni ada sistem point / mata? Alang-alang dah selalu beli kan, apa salahnya terus jadi Ahli Kelab. Sekurang-kurangnya boleh laa tebus apa-apa untuk baby kan?


Yat memang pengguna Drypers sejak Abg Dasuki lagi tau. So, yat memang register la tapi selepas dah ada Adik Darwsih. Agak lewat juga, tapi its ok. Better late than never kan?? :-)

Nampak tak Point yat tu. Sikit jaa..tapi masih ada beberapa bungkus Drypers yang belum sempat nak key in lagi. In Sha Allah, makin bertambah nanti point tu..hehe

Macamana nak REGISTER?

Bagi kawa-kawan yat yang berminat nak jadi sebahagian dari ahli Drypers Baby Club, jom tinggalkan emel anda di ruangan komen. Yat akan invite anda :-)


Hari ni yat dah cuba untuk tebus point yang ada dengan 1 mini pack XXL Drypers untuk Abg Dasuki. Berjaya tauuu... Tunggu parcel je sampai :-)


Siapa pengguna Drypers.. Jom laa jadi ahli.. :-)

019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang || Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia 

Wednesday, 23 December 2015

Famili Time: Taman Botanik Back to Mother Nature

Entry #throwback 6 Disember 2015

Famili time ni kami buat hari Ahad lepas. Bersama-sama dengan kawan-kawan pejabat En.CintaHati. Perancangan dibuat 3 hari sebelum, thats mean hari jumaat yat dah kena prepare 'menu' untuk dibawa. ;-)

So, hari Sabtu tu awal pagi yat dah bangkit. Sediakan menu untuk berpiknik :-)

Pilihan En.CintaHati hari tu nak makan mee goreng dan pilihan bujang kesayangan mama nak makan roti sandwich telur.

Yesss.. sudah pasti laa mama buatkan untuk both hero besar ni. Adik Awish makan semua jaaa :-)

9.30 pagi kami dah sampai Taman Botanik Negara Shah Alam ni. Ya Allah, ramai sungguh manusia. Maklum lah hujung minggu, tambahan pula musim cuti sekolah kan. Memang ramai dan meriah :-)

Bayaran masuk adalah RM3.00 setiap orang. Untuk abg Dasuki dan adik Awish adalah percuma sebab untuk umur dibawah 6 tahun, masuk adalah PERCUMA. Nak tahu lebih details fee yang dikenakan boleh tengok SINI

Masa kami pergi tu, aktiviti di kolam mandi dan rumah 4 musim tidak dibenarkan. Kolam mandi telah ditempah khas oleh sebuah agensi untuk 'Family Day' manakala rumah 4 musim dalam persediaan untuk perubahan musim kepada musim sejuk. So, dua aktiviti dah 'out'.

Memandangkan kami membawa dua anak kecil, so En.CintaHati kata kita pusing-pusing dengan basikal. Tapi makkk oiii..kena beartur panjang tau nak register basikal. Masa tu berebut-rebut laa mak pak yang ada anak kecil nak ambil basikal yang ada kerusi. Senang nak letak kesayangan masing-masing. Dan sudahnya, kami tak dapat sebiji pun.

Owhh..lupa nak bagitau, fee untuk 1 jam pertama sewa basikal adalah RM10.00 tau dan jam berikutnya adalah RM2.00. Kalau nak jimat, agak-agak laa ye nak tunggang berapa lama. hehe

Kami pula decide nak exercise kaki laa yee.. Apa lagi, jalan kaki maaa... Nasib baik papa dah standby bawa stroller adik Awish. Okay laa jugak.. Sorong je dia dalam tu. Kalau tak, mau ber'katang' tangan papa mama dokong 11kg adik Awish.. (menangissss....)
1st check point kami - Singgah Breakfast
Tengok laa tu..Ketiga-tiga hero yat kelaparan. haha.. Mau tak lapar, jalan kaki jauh jugak tau dari entrance nak sampai ke gazebo ni. Nampak tak stroller tu. Nasib baik papa pesen oarang yang sentiasa bersedia. hihi
Haiwan pertama yang dilihat - Burung Kakak Tua
Yang bestnya, burung ni pandai ajuk orang cakap. Bila abg Dasuki bagi salam, dia tiru. Bila adik Awish menjerit, dia pun jerit. haha
Lepas dah habis tiru kakak tua bercakap, kami peri tengok Iguana pula. Besaq laa jugak, tapi abg takit nak masuk dekat. "Geli laa mama, cicak ni besar" 
Tengok laa.. muka geli dengan Iguana!!
Panjat bukit sikit, kita gi tengok rusa pula. Banyak ekor juga tau. Dua kandang tempat diorang letak rusa, tapi sayang tiada penjagaan sewajarnya. Kandang tak dibersihkan dengan baik. Bau kurang menyenangkan mencucuk hidung. Yat rasa, kalau penjagaan lai baus dari ni, lagi maju dan membiak rusa ni.

Adik Awish berani tau bagi rusa ni makan. Hulur sendiri, tapi abg lari jauh-jauh. Takut rusa gigit dia. Masa adik bagi makan pun dia pesan "hati-hati adik, nanti rusa gigit tangan adik".. hahaha
Tengok kuda kecil pulak. Macam biasa, abg dok jauh sikit :-)

Dah tenok-tengok semua binatang, kami gerak ke taman-taman yang lain. Next, nak  tempat perkampungan setiap negeri di Malaysia. Entah dah berapa KM dah kami jalan. Mak Pak macam larat lagi laa, tapi abg dah merengek. "Penat kaki abg ni mama. Jom laa naik bas"

Memang tak sampai pun perkampungan tu. Sampai simpang je, mama berhenti then pergi dapatkan aiskrim Cornetto untuk abg. Just sedikit imbuhan sebab dah berjaya jalan sejauh itu. :-)
Berpeluh laa jugak..Lencun tau..

Dah on the way nak balik ke 'entrance' mula-mula tadi, abg kembali merengek nak naik bas. Lenguh kaki agaknya. Tapi bas yang lalu semuanya penuh-penuh belaka. Nasib baik kami terserempak dengan kumpulan 'monkeys' ni. Abg yang tak pernah "face to face'' dengan monkey, terus eksaited. Adik pun sama. Lagi-lagi jumpa yang ada baby monkey tersangkut kat perut mama monkey.

Ketawa abg tengok. Macam adik katanya. haha
Nampak monkey - terus nak buat kawan & bagi makanan.
Ramai tau.. siap bawa gengg!!!
Papa and abg punya laaa murah hati, kongsi sandwich sedap mama dengan monkeys.. Adoiiiii..fingsan sekejapp..hahaha

Muka puas dua beranak dapat kongsi sandwich dengan mokeys :-)

Ralit tengok monkeys makan...
Lama juga kami di Taman Botanik ni. Dah habis pusing-pusing, next destinantion adalah Kolam Akuatik Shah Alam. Upah abg sebab masa pergi Taman Botanik tadi dah bagitau dia ada kolam. Boleh mandi, tapi kan tak de rezeki. Hehe

Of coz laa sebelum pergi mandi kolam, kami sejukkan tubuh dulu. Lokasi nak sejukkan tubuh pun abg yang pilih. Mana lagi, KFC Seksyen 7 laa kami.
Muka puas dapat jugak berenang kat kolam
Adik pun eksaited. Pertama kali masuk kolam ni tau..
Mana gambar mama??? 

Hahaha.. mama kan 'photographer'..mana nak sempat ambil gambar sendiri.. Tak laa..gambar mama ada dalam phone papa, tak sempat nak transfer masuk PC lagi. hehe

Okehhh..so, parents yang tak tahu nak bawa anak-anak pergi mana setiap hujung minggu boleh laa bawa ke Taman Botanik Shah Alam ni. Suasana memang "back to nature" dan yang paling best kos adalah di bawah bajet.

Kami cuma spend RM50.00 (plus minus) termasuk lah ke Pusat Akuatik dan juga makan KFC. Bukan kami kisahkan berapa belanja yang keluar, tapi betapa happy nya muka abam dan adik hari tu. :-)

019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang || Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Sunday, 20 December 2015

Bukan Sekadar Lecithin

Hai semua.. apa khabar??

Hari ni yat nak kongsi dengan anda tentang Lecithin. Item promosi juga tau. Ingat tak yat pernah 'up' kan kat entry SINI.

Kalau anda semua nak tau, Lecithin ni bukan sekadar lecithin biasa. Banyak 'rahsia' yang tersimpan dalam sebotol lecithin tu tau.

Kenapa anda perlu memiliki LECITHIN PROMOSI ni??

1. Pemecah LEMAK yang pantas

2. Menyerap nutrien sel dengan baik.

3. Menghalang pembentukan LEMAK jahat.

4. Menghalang pembentukan batu karang.

5. Mempertingkatkan daya ingatan.

6. Menghalang tekanan darah tinggi.

Itu antaranya sahaja tau. Kalau nak rasai keberkesanannya, JOM REBUT pada harga promosi ni. Lagi 10 hari je harga promosi ni 'available'. 

Selepas 31 Disember 2015 nanti, harga akan kembali normal. Banyak bezanya tau!!
 
So, kalau nak segera untuk masalah di atas dengan penuh penjimatan, jangan malu-malu hubungi yat ye :-)



019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang || Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Saturday, 19 December 2015

Mama Ikan Abang Dah Mati

Uishhh.. Bersawang sudah blog ni. Dah seminggu tak ada entry baru.

Entry ni nak cerita dukalara anak bujang yat yang kehilangan ikan emas kesayangan dia. Dulu kami beli tiga ekor.

2 tahun lepas. Masa tu dia dapat idea nak bela ikan bila tengaok cerita Upin Ipin episod ikan laga. Terus request nak ikan.

So, papa belikan dia ikan emas tiga ekor dengan sebuah akuarium sederhana besar. So, setiap hari dia akan bagi ikan dia makan. Akan bagitau papa bila masa air kotor and nak kena tukar air baru.

Bila malam ni, di saat mama sedang 'coaching online' dengan Master Shaklee, dia datang dekat mama.

"Ikan abg dah tak berenang. Dah tidur macam tu. Dah mati"

Mama tengok je dia. Biar betul!! Bila pergi tengok, Ya Allah..memang betul. Dah keras kejung dah ikan emas tu. Memang dah mati.

"Abg nak ikan abg. Abg sedih. Mama, abg nak ikan baru"

Kesiannya anak mama. Dua tahun dia jaga ikan emas ni. Sudahnya, malam ni malam terakhir ikan tu dengan dia.

Mama papa janji nak ganti ikan baru, tapi die tetap ulang ayat sama "Abg nak ikan tu juga. Ikan tu ikan abg. Tak nak ikan baru"

Huaaaa..macamn ni????

Adik adalah punca segalanya. Ada ke patut adik pergi letak cop mama dalam akuarium abg. Habis airnye jadi biru.

Kesian ikan abg..


Saturday, 5 December 2015

Collagen Shaklee: Ligamen Lutut Koyak

Entry ni nak mkongsi lagi kebaikan mengambil Collagen Shaklee ni. Bukan setakat untuk kulit cantik je, tapi bagus untuk masalah ligamen lutut koyak.

Jom yat share dengan anda semua bagaimana Collagen ni membantu pengguna setia Shaklee dalam mengembalikan kesihatan lutut beliau.

Sebut kolagen, mesti byk kaitan dgn Cun dan Cantik..normal lah tu sebab dh byk org buat treatment mcm2x style untuk kolagen ni esp untuk beauty2x gitu..
.
Adakah sy consume Collagen untuk cantik??opss..tu bonus yang dapat kulit licin+maintain tegang..
sy consume sebab lutut!!
.
9 tahun lepas, semasa masih aktif berBola Sepak, lutut kiri diuji dgn ACL!putus ligamen all over lutut menyebabkan 80% damage menyebabkan lutut sy 'longgar' ; bertongkat 2 minggu tapi takut nk g operate..tahan2x bertahun biar je lutut cmtu...efeknye? susah nk jalan jauh dan angkat barang berat sambil jalan..pasti rasa sengal dan kebas waktu malam..nk jogging atau aktif berjalan sambil bw beg berat serta membuat beberapa aksi bersukan yang gunakan lutut, xdapat dibuat secara kasar dan aktif.walaupun begitu..alhamdulillah..masih ada kaki..sy gagahkan juga
.
Tahun 2012 br kenal Collagen.tapi x consume..
lagi~mula aktif sejak Jan 14!selepas tahu yang collagen ni bisa diperlukan untuk kekuatan Rawan..consume2x dan alhamdulillah, sy dapat rasakan lutut kiri jadi lebih kuat dari sebelum..walaupun dh lama sy xpi checkup untuk tgk condition lutut...since sy mampu berjalan jauh tanpa rasa sengal dilutut untuk jangka masa
lama..dh ckup syukur sgt...esp masa dukung Faheem..mampu
bertahan lama dan berjalan sambil
mendukung dan menggalas beg
(agak2x dlm 30kg la beban dibawa)..still
steady..lutut xgegau la
kirenye

Alhamdulillah..side effect
lain? Kulit Gebu? haha..kne rasa sendiri la perbezaannye

yang penting, jaga kesihatan sebelum
sakit..inshaaAllah 
Beliau adalah Presidential Master Firdaus, 'datuk' Shaklee yat dalam keluarga besar Shaklee ni.

Kalau anda mengalami masalah seperti beliau, yat sarankan anda mulakan sachet pertama anda dengan Collagen promo hari ini.

Jom yat belanja lagi satu testimoni kesan Collagen Shaklee kepada masalah ligamen lutut terkoyak ye :-)

 Cubalah hari ini, In Sha Allah, anda pasti teruja :-)

019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang . Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Thursday, 3 December 2015

Collagen Shaklee: Kulit Muka Terasa Menegang

Penangan promo Collagen bulan ni. Hari ni yat nak belanja lagi kesannya kepada kulit muka selepas lima hari menggunakannya.

Kesan jerawat lama pun makin pudar.
 
Dah, jangan tunggu-tungu lagi. JOM rembat Collagen Shaklee ni hari ini. 
 


019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang . Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Collagen Shaklee: Jeragat Awak Dah Pudar

Haiiii semuaaa...

Tak sabar nak kongsi testimoni ni dengan moms dan kawan-kawan semua. Suka tak kalau suami puji??

Lagi-lagi kalau suami ni jenis yang 'payah' nak puji bini, Kan??

Kerana Collagen, akhirnya..suami puji juga. Siapa yang tak suka kan??


Suami: Dah nampak perubahan

Isteri: Dekat mana? Dekat mana?

Suami: Dekat kulit muka, jeragat awak dah nampak pudar.


Kembang setaman tak????

Isteri cantik, bukan untuk orang lain. Untuk suami juga. Kalau suami puji, lagi laa berkobar-kobar nak cantik kan.

Itu yang penting kena dapatkan 'kesan' tu.. hehe





019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang . Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Wednesday, 2 December 2015

Collagen Shaklee: Jeragat dan Parut Hilang

Assalamualaikum semua..

Bulan ni promosi Collagen Shaklee kan, so hari ni yat nak belanja anda semua dengan testimoni seorang pengguna yang merupakan ibu kepada tiga anak kecil.


Cuba tengok gambar yang sebelah kiri anda. Itu adalah gambar sebelum Puan Sya ini mengambil keputusan untuk mencuba Collagen Shaklee.

Apa yang anda nampak? Apa komen anda? Kulit kusam, berjeragat, dan bintik-bintik hitam menguasai wajah beliau.

Tetapi selapas mencuba 3 kotak Collgen Shaklee iaitu selama 6mingu, hasilnya adalah seperti gambar disebelah kanan tersebut.

Kulit halus
Tiada lagi jeragat
Tiada lagi kuit wajah kusam

Kata beliau, "dah bertahun-tahun dengan jeragat ni. Semakin teruk bila mengandung. Menjadi-jadi. Kesan utama Collagen Shaklee nii... Sangat terasa kulit kita lembut jee...Semakin cerah, bukan kat muka jaa. Tapi semua-semua. Kesan calar..sunburn..semua takde dah.. Sebab saya dulu memang ahli persatuan..aktif berjemur..khemah sana sini"
Waaa..suka dia bila Collagen Shaklee menjadi asbab untuk dia mendapat kulit wajah yang super duper halus dan glowing.

Anda nak cuba juga???

Meh borak-borak dengan yat jom.


019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang . Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Collagen dan Lecithin Item Promosi Penghujung 2015

Assalamualaikum..

Entry pendek untuk makluman semua yang obses untuk menambahkan keanjalan kulit dan kelihatan muda belia. hehe

Entry ini yat cuma nak kongsi item promo untuk bulan Disember 2015 ni.

Rugi kalau tak rembat sekotak tau. Kalau tak nak sekotak, ambil tujuh terus pun tak pe, hehe


 
Jom sini yat share dengan anda semua harga jimat untuk satu kota Collagen Shaklee dan Lecithin Shaklee bulan ini.

Rugi sangat tau kalau tak rebut peluang masa promosi ni.

019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang . Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...