Wednesday, 23 December 2015

Famili Time: Taman Botanik Back to Mother Nature

Entry #throwback 6 Disember 2015

Famili time ni kami buat hari Ahad lepas. Bersama-sama dengan kawan-kawan pejabat En.CintaHati. Perancangan dibuat 3 hari sebelum, thats mean hari jumaat yat dah kena prepare 'menu' untuk dibawa. ;-)

So, hari Sabtu tu awal pagi yat dah bangkit. Sediakan menu untuk berpiknik :-)

Pilihan En.CintaHati hari tu nak makan mee goreng dan pilihan bujang kesayangan mama nak makan roti sandwich telur.

Yesss.. sudah pasti laa mama buatkan untuk both hero besar ni. Adik Awish makan semua jaaa :-)

9.30 pagi kami dah sampai Taman Botanik Negara Shah Alam ni. Ya Allah, ramai sungguh manusia. Maklum lah hujung minggu, tambahan pula musim cuti sekolah kan. Memang ramai dan meriah :-)

Bayaran masuk adalah RM3.00 setiap orang. Untuk abg Dasuki dan adik Awish adalah percuma sebab untuk umur dibawah 6 tahun, masuk adalah PERCUMA. Nak tahu lebih details fee yang dikenakan boleh tengok SINI

Masa kami pergi tu, aktiviti di kolam mandi dan rumah 4 musim tidak dibenarkan. Kolam mandi telah ditempah khas oleh sebuah agensi untuk 'Family Day' manakala rumah 4 musim dalam persediaan untuk perubahan musim kepada musim sejuk. So, dua aktiviti dah 'out'.

Memandangkan kami membawa dua anak kecil, so En.CintaHati kata kita pusing-pusing dengan basikal. Tapi makkk oiii..kena beartur panjang tau nak register basikal. Masa tu berebut-rebut laa mak pak yang ada anak kecil nak ambil basikal yang ada kerusi. Senang nak letak kesayangan masing-masing. Dan sudahnya, kami tak dapat sebiji pun.

Owhh..lupa nak bagitau, fee untuk 1 jam pertama sewa basikal adalah RM10.00 tau dan jam berikutnya adalah RM2.00. Kalau nak jimat, agak-agak laa ye nak tunggang berapa lama. hehe

Kami pula decide nak exercise kaki laa yee.. Apa lagi, jalan kaki maaa... Nasib baik papa dah standby bawa stroller adik Awish. Okay laa jugak.. Sorong je dia dalam tu. Kalau tak, mau ber'katang' tangan papa mama dokong 11kg adik Awish.. (menangissss....)
1st check point kami - Singgah Breakfast
Tengok laa tu..Ketiga-tiga hero yat kelaparan. haha.. Mau tak lapar, jalan kaki jauh jugak tau dari entrance nak sampai ke gazebo ni. Nampak tak stroller tu. Nasib baik papa pesen oarang yang sentiasa bersedia. hihi
Haiwan pertama yang dilihat - Burung Kakak Tua
Yang bestnya, burung ni pandai ajuk orang cakap. Bila abg Dasuki bagi salam, dia tiru. Bila adik Awish menjerit, dia pun jerit. haha
Lepas dah habis tiru kakak tua bercakap, kami peri tengok Iguana pula. Besaq laa jugak, tapi abg takit nak masuk dekat. "Geli laa mama, cicak ni besar" 
Tengok laa.. muka geli dengan Iguana!!
Panjat bukit sikit, kita gi tengok rusa pula. Banyak ekor juga tau. Dua kandang tempat diorang letak rusa, tapi sayang tiada penjagaan sewajarnya. Kandang tak dibersihkan dengan baik. Bau kurang menyenangkan mencucuk hidung. Yat rasa, kalau penjagaan lai baus dari ni, lagi maju dan membiak rusa ni.

Adik Awish berani tau bagi rusa ni makan. Hulur sendiri, tapi abg lari jauh-jauh. Takut rusa gigit dia. Masa adik bagi makan pun dia pesan "hati-hati adik, nanti rusa gigit tangan adik".. hahaha
Tengok kuda kecil pulak. Macam biasa, abg dok jauh sikit :-)

Dah tenok-tengok semua binatang, kami gerak ke taman-taman yang lain. Next, nak  tempat perkampungan setiap negeri di Malaysia. Entah dah berapa KM dah kami jalan. Mak Pak macam larat lagi laa, tapi abg dah merengek. "Penat kaki abg ni mama. Jom laa naik bas"

Memang tak sampai pun perkampungan tu. Sampai simpang je, mama berhenti then pergi dapatkan aiskrim Cornetto untuk abg. Just sedikit imbuhan sebab dah berjaya jalan sejauh itu. :-)
Berpeluh laa jugak..Lencun tau..

Dah on the way nak balik ke 'entrance' mula-mula tadi, abg kembali merengek nak naik bas. Lenguh kaki agaknya. Tapi bas yang lalu semuanya penuh-penuh belaka. Nasib baik kami terserempak dengan kumpulan 'monkeys' ni. Abg yang tak pernah "face to face'' dengan monkey, terus eksaited. Adik pun sama. Lagi-lagi jumpa yang ada baby monkey tersangkut kat perut mama monkey.

Ketawa abg tengok. Macam adik katanya. haha
Nampak monkey - terus nak buat kawan & bagi makanan.
Ramai tau.. siap bawa gengg!!!
Papa and abg punya laaa murah hati, kongsi sandwich sedap mama dengan monkeys.. Adoiiiii..fingsan sekejapp..hahaha

Muka puas dua beranak dapat kongsi sandwich dengan mokeys :-)

Ralit tengok monkeys makan...
Lama juga kami di Taman Botanik ni. Dah habis pusing-pusing, next destinantion adalah Kolam Akuatik Shah Alam. Upah abg sebab masa pergi Taman Botanik tadi dah bagitau dia ada kolam. Boleh mandi, tapi kan tak de rezeki. Hehe

Of coz laa sebelum pergi mandi kolam, kami sejukkan tubuh dulu. Lokasi nak sejukkan tubuh pun abg yang pilih. Mana lagi, KFC Seksyen 7 laa kami.
Muka puas dapat jugak berenang kat kolam
Adik pun eksaited. Pertama kali masuk kolam ni tau..
Mana gambar mama??? 

Hahaha.. mama kan 'photographer'..mana nak sempat ambil gambar sendiri.. Tak laa..gambar mama ada dalam phone papa, tak sempat nak transfer masuk PC lagi. hehe

Okehhh..so, parents yang tak tahu nak bawa anak-anak pergi mana setiap hujung minggu boleh laa bawa ke Taman Botanik Shah Alam ni. Suasana memang "back to nature" dan yang paling best kos adalah di bawah bajet.

Kami cuma spend RM50.00 (plus minus) termasuk lah ke Pusat Akuatik dan juga makan KFC. Bukan kami kisahkan berapa belanja yang keluar, tapi betapa happy nya muka abam dan adik hari tu. :-)

019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang || Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...