Saturday, 19 December 2015

Mama Ikan Abang Dah Mati

Uishhh.. Bersawang sudah blog ni. Dah seminggu tak ada entry baru.

Entry ni nak cerita dukalara anak bujang yat yang kehilangan ikan emas kesayangan dia. Dulu kami beli tiga ekor.

2 tahun lepas. Masa tu dia dapat idea nak bela ikan bila tengaok cerita Upin Ipin episod ikan laga. Terus request nak ikan.

So, papa belikan dia ikan emas tiga ekor dengan sebuah akuarium sederhana besar. So, setiap hari dia akan bagi ikan dia makan. Akan bagitau papa bila masa air kotor and nak kena tukar air baru.

Bila malam ni, di saat mama sedang 'coaching online' dengan Master Shaklee, dia datang dekat mama.

"Ikan abg dah tak berenang. Dah tidur macam tu. Dah mati"

Mama tengok je dia. Biar betul!! Bila pergi tengok, Ya Allah..memang betul. Dah keras kejung dah ikan emas tu. Memang dah mati.

"Abg nak ikan abg. Abg sedih. Mama, abg nak ikan baru"

Kesiannya anak mama. Dua tahun dia jaga ikan emas ni. Sudahnya, malam ni malam terakhir ikan tu dengan dia.

Mama papa janji nak ganti ikan baru, tapi die tetap ulang ayat sama "Abg nak ikan tu juga. Ikan tu ikan abg. Tak nak ikan baru"

Huaaaa..macamn ni????

Adik adalah punca segalanya. Ada ke patut adik pergi letak cop mama dalam akuarium abg. Habis airnye jadi biru.

Kesian ikan abg..


No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...