Friday, 25 December 2015

Roti Hamlet Simple

Entry #throwback 18 Disember 2015

Hari Jumaat, 18 Disember 2015 merupakan hari Jumaat terakhir 2015 yang bekerja. Paham tak ayat yat tu?? Maksud yat, jumaat terakhir yang merupakan hari bekerja.

So, kami semua decide nak buat laa potluck sedikit.

Tak semua yang join the potluck, cuma kami yang ladies je. And boss kasi sikit duit untuk beli apa-apa. Potluck pun lebih kepada makanan untuk sarapan :-)

Masing-masing kami dah pening apa nak dibawa masa potluck tu. haha

Tapi yat decidde nak cuba bawa makanan Kelate laa.. haha..sokmo gitu tau. Tiap kali potluck, mesti makane kelate laa yang yat bowok.. hihi (tubik doh bahaso ibundo kelate ku saye..)

Korang tau tak apa tu ROTI HAMLET??? Jangan pula disebut roti helmet yee..hahaha..

Roti ni feveret yat tiap kali bulan puasa. Kat kampung yat, setiap kali bazar Ramadhan mesti ada penjual roti hamlet ni. Dan ayah yat akan selalu belikan roti ni untuk anak gegel dia ni berbukak puasa. Dari zaman anak dara, sampai dah jadi mak orang, ayah tak penah lupa nak belikan tiap kali kami balik berpuasa di kampung.. (rindu ayah.. huhu)
Ini rupa ROTI HAMLET tu.. (gambar ni ihsan google)


Bila bawa masa potluck ituhari, menu ai yang habis dulu tauuu.. Diorang rupanya tak pernah makan, tapi sekali dah rasa, masuk dengan tekak diorang. Sedap katanya..hehe

Kalau nak tahu, roti ni cuma senang dijumpai di Kelantan dan Terengganu. Negeri lain agak susah, sebab yat sendiri pun dah 10 tahun kat Selangor ni, tak pernah jumpa roti ni. Walaupun di Bazar Ramadhan ataupun di pasar malam.

Resepinya, jom yat kongsi.


Bahan-bahan:-



1. Roti panjang (macam dalam gambar tu) - tapi utk potluck tu yat cuma pakai roti keping Gardenia je. Sebab tak jumpa roti panjang ni..hehe

2. Kaya

3. Jagung manis

4. Telur - Jika guna roti panjang, lagi sedap guna 1 biji telur untuk seketul roti.

5. Butter / marjerin


Cara membuatnya:-

Tak payah, so simpleee... Sebab yat guna roti keping tu.. Just pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau-kacau kasi sebati telur tu.

Tuang telur atas kuali leper (yat pakai kuali menggoreng je ituhari), agak-agak telur dah separuh masak, kemudian letak sekeping roti atas telur tadi. Biarkan seketika sehinggan separuh garing atau telur dah melekat dengan roti, then angkat.

Sapukan kaya dibahagian telur tadi. Kaya tu jangan terlampau banyak, agak-agak nak manis macamna (sesedap tekak laa), kemudian sapu laa jagung manis. Jagung tu, makin banyak lagi sedap.



Taraaa..dah siap.. Hidang dengan teh 'o' panas..memang sedap tau. 

Adik Awish pun makan. Abg kurang sikit tapi still boleh makan.. hehe

Papa??? Of course laa puji..sedap katanya. Sebab dah lama tak makan kot. Takpun sebab nak ambil hati bini dia..hahaha.

Tak kisah laa..janji habisssss!!! hihih

019 397 9157
Yat Hayati
Your Trusted Shaklee Distributor
COD Klang || Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia 

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...