Thursday, 14 December 2017

Shaklee Baby: Produk Rebutan Ramai

Sejak ada baby Auji ni, selalu cekyat servey produk bayi yang natural dan mesra alam. Yang sesuai untuk kulit lembut baby yang sangat-sangat comel tu.

Dan, alhamdulillah bila Shaklee sudah ada produk bayi yang dikenali sebagai Set Shaklee Baby. Ini produk baru tau. Masa zaman Darwish, produk ni belum ada lagi. Tapi 3 tahun kemudian semasa zaman baby Auji, Shaklee dah keluarkan Set Shaklee Baby ni.



Apa yang best tentang Set Shaklee Baby ini ialah, ianya mengandungi 3 item dalam 1 set:-

๐Ÿ’ŸGentle Wash
๐Ÿ’ŸSoothing Lotion
๐Ÿ’ŸMassage Oil


Apa kelebihan produk ini yang membuatkan ianya menjadi rebutan ramai ibu bapa?
Diantaranya ialah:-
1.Produk ini diformulasi TANPA 7 bahan yang memurdarat pada bayi kita
2. Ia telah dihasilkan dari bahan semula jadi dan organik dan diuji secara klinikal + pakar pediatrik


Jom kenali setiap satu item di dalam set Shaklee Baby ini.

Set Shaklee Baby ni telah launch pada penghujung November 2017 ye. Cuma cekyat je lambat nak update kat sini.

Harga??

Owh ye, lupa pula nak bagitau harga nya. Set Shaklee Baby ini tahan lama penggunaannya tau. Sebab ianya dalam bentuk liquid yang pekat, jadi hanya beberapa titik sahaja sudah memadai. Menjimatkan tak?

Harga Runcit 1 Set Shaklee Baby ini ialah RM381.60. Untuk masa sekarang ini, Shaklee menghargai anda dengan memberikan FREE travelling toileteries bag + FREE tuala mikrofiber yang sangat gebu bagi setiap pembelian Set Shaklee Baby.

 

Sekiranya, anda nak Set Shaklee Baby dengan harga lagi murah dan menjimatkan wang anda, Cekyat boleh bantu anda dengan hanya register sebagai ahli shaklee sahaja. Penjimatan bagi setiap produk antara 10-15%. Belum masuk lagi cash rebate atau dikenali sebagai bonus.

Baca di sini untuk info lebih lanjut:-
  1. Harga Murah & Jimat dengan menjadi Ahli Shaklee
Lets booking and make payment now!!

Cekyat Shaklee
Pengedar Shaklee Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia 

Wednesday, 6 December 2017

Durian Crepe Sebagai Pemanis Mulut

Hai semua.. Dah makan tengahari ke?

Cekyat baru sahaja selesai makan nasi lemak sejemput dengan pemanis mulut durian crepe. Waa, bukan main lagi kan pemanis mulut cekyat.

Alkisahnya, hari ini cekyat chair meeting untuk department dan ada la makanan dari pagi sehingga tengahari iaitu nasi lemak. Diea 'eat clean' cekyat sejak minggu lepas dah kelaut dek kerana bau nasi lemak yang sedap dan ikan bilis goreng bersama tempe yang rangup itu.

Tapi, cekyat kena cover balik la. Jangan makan bersenduk-senduk nasi lemak tu. Cukup untuk satu senduk atau satu genggam nasi sahaja bersama sebiji telur mata. Eat clean kan maksudnya diet yang makan, bukan diet SKIP makan. (nak tutup rasa bersalah dihati tau..hehe)

Selesai makan nasi lemak, sampai la pula durian crepe yang di order semalam. Sebenarnya untuk kakak cekyat yang nak datang rumah, tapi last minute cancel kedatangannya maka jadi la hak milik kami anak beranak.

Bila tengok kawan-kawan ofis dok 'ngap', uihhh tak tahan tau. Teruslah potong suku untuk dimakan bersama kawan-kawan. Allah, sedap sungguh rasanya.

Komen cekyat:
  1. Rasa durian yang cukup. Sendawa pun boleh rasa tau durian tu.
  2. Crepe / kulitnya yang lembut.
  3. Cream didalam yang cair dimulut
  4. Harga yang munasabah. Murah dan berbaloi tau. Cuma RM25.00 sahaja sebekas.
  5. Hanya manis-manis buah dan sangat sesuai untuk kekanak riang (feverret anak-anak cekyat tau)
Anda nak rasa ke? Hubungi no fon yang tertera tau, tapi ini cuma untuk orang di sekitar KLANG dan SHAH ALAM sahaja. Cuba tanya ada tak servis COD dari pembuat durian crepe ni. Sebab cekyat punya ni beli ramai-ramai dan ada kawan yang pergi ambil dengan ownernya.

Lepas makan nasi lemak dan durian crepe ni, sudah pasti cekyat akan telan Alfafa Complex Shaklee dan Garlic Complex Shaklee untuk proses detox. Makan yang high callory kan. Kena la buang terus. Alfafa Complex Shaklee bukan sahaja ejen detox tapi juga sebagai "milk booster" cekyat yang sedang menyusukan anak perempuan berusia 3 bulan.

Tuesday, 5 December 2017

Promo Disember 2017: Beli 6 Percuma 1

Baru-baru ini ada pertanyaan daripada pengguna tegar Shaklee berhubung promo beli 6 percuma 1. Katanya, dah lama tak dengar Shaklee buat promo macam tu.

Ni cekyat nak khabarkan la ye.

Sempena bulan ini, Shaklee sediakan promo beli 6 percuma 1 tu tau. Murah ya amat yee. Tapi bukan semua produk, cuma untuk produk hebat kegilaan ramai ni sahaja.

Ya betul. Promo beli 6 percuma 1 ini hanya untuk Vivix Shaklee sahaja untuk Disember ini.

 
Katakan anda nak 2 botol sahaja, pun boleh. Masih lagi dapat diskaun tau.
Beli 2 botol Vivix Shaklee, anda layak dapat 5 % potongan harga. Masih menjimatkan tau.
Apa lagi, rebutlah peluang keemasan ini sekarang sementara harga promo ini.

Sekiranya, anda nak Vivix Shaklee dengan harga lagi murah dan menjimatkan wang anda, Cekyat boleh bantu anda dengan hanya register sebagai ahli shaklee sahaja. Penjimatan bagi setiap produk antara 10-15%. Belum masuk lagi cash rebate atau dikenali sebagai bonus.
Lets booking and make payment now!!

Cekyat Shaklee
Pengedar Shaklee Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Sunday, 3 December 2017

Steamboat Murah Di Klang: Captain Steamboat

Hai semua..

Cekyat nak kongsi dengan anda semua yang mencintai sesangat steamboat. Nak dijadikan cerita, hujung minggu kali ini lebih meriah disebabkan adanya ibu dan bapa mertua cekyat. Katanya nak datang tengok cucu-cucu sempena cuti sekolah.

Jadi, sempena kehadiran orang tua ni kami suami isteri mengambil keputusan untuk bawa mereka menikmati 'lauk pauk' makan sampai lebam. Makanya, bermula la pencarian lokasi paling menarik, murah dan sedap di Kapar untuk menu steamboat ni.

Hasil pencarian kami dengan mr.google, kami sepakat untuk mencuba steamboat di 'The Captain: Steamboat & Grill' setelah diracuni oleh blog ini. Seriusssly, memang kami teracun. Sudahnya, memang mendapat laa. En.Suami singgah sekejap petang tu di restoren berkenaan untuk buat tempahan. Kalau tak buat tempahan, gamaknya tak ada meja kot untuk kami. Ramai sangat pelanggannya.

Okeh, sini cekyat kongsi details restoren steamboat ni ye.

Lokasi: 
Lot 2658,, Persiaran Hamzah Alang, Meru, 41050 Klang, Selangor
(019-235 4796)
 
Harga: 
Dewasa: RM25.00
Kanak-Kanak: RM10.00 (Bawah 7 tahun dikira PERCUMA)
Warga Emas: RM15.00 

Cekyat pergi malam tu 2 dewasa, 2 kanak-kanak bawah 7 tahun dan 2 warga emas. Jumlah keseluruhan cuma RM80.00 untuk makan sampai lebam. Harga memang murah dan berpatutan bagio cekyat. Makan sampai lebam dengan harga murah camni, siapa la nak tolak kan? :-)

Masa kami sampai lebih kurang jam 9.00 malam, restoren ni sudah penuh. Dan di meja-meja yang kosong telah ada sticky note kuning yang menandakan 'RESERVE'. Nampak tak kat situ, betapa restoren ni menjadi pilihan ramai.

Pendapat cekyat


1. Lokasi ditepi jalan utama memudahkan para pelanggan 'nampak' or jumpa restoren berkenaan. Tapak parking yng luas turut disediakan bersebelahan kedai.

2. Pelbagai jenis lauk pauk steamboat ada. Seperti fish ball, mushroom ball, fish cake dan banyak lagi la. Yang bentuk-bentuk macam bintang / angry bird tu pun ada.

3. Udang, sotong, ayam & kambing perap jua ada. Yang paling best, saiz udang tu aak besar la bai cekyat. Sedap dimakan. Terasa isi udang tu. Sotong pun sama.

4. Kuah steamaboat ada dua jenis. Sup dan tomyam. Kami cuba kedua-duanya, tapi kami lebih prefer kuah sup. Secukup rasa dan bahan sup. Untuk kuah tomyam, perlu upgrade lagi dari segi bahan dan rasa.

5. Menu berat lain yang sangat banyak pilihan. Masa 'rombongan' cekyat ni, ada nasi lemak, bihun goreng, mee goreng, telur rebus, ayam goreng dan macam-macam lagi. Bubur kacang pun ada. Sedap sangat.

6. Yang paling menarik ialah tuan punya restoren sediakan menu kesukaan kekanak. Ada ais krim, ais krim malaysia dan pop corn warna warni. Memang ini lah yang diulang-ulang tambah oleh abang dan adik. Sedap katanya diorang.

7. Ada toilet yang bersih untuk kegunaan pelanggan. Iya laa kan, makan steamboat ni jenis makan sampai lebam dan jenis lama duduk habiskan makanan kan?. Kalau nak membuang macamana? Alhamdulillah, disediakan dengan kondisi yang bagus.

8. Fast service. Kuah dah habis, minta tambah kuah, cepat je staf diorang datang.

Ini pendapat cekyat je tau. Sebagai pelanggan yang telah merasai makanan dan service di situ. Memang tip top. Padan dengan harga yang murah.

Tapi, hari ISNIN restoren ni tutup tauuu... Jangan pergi pula. hehe

Sila laa layan gambar kitorang yang lebih kurang sama je gayanya. cameraman dah lapor, ini laa hasilnya.. haha

Yang penting, sikecil Auji lena sangat-sangat walaupun suasana bising ya amat :-)




Wednesday, 22 November 2017

Petua Hilangkan Batuk Berkahak dan Selsema Bayi

Hai mommies..

Bila ada anak kecil ni, terasa macam baru semalam jadi mama walaupun anak dah 3 kan. Begitulah dengan cekyat sekarang ni. Sejak ada princess Auji ni, terasa ilmu parenting tu macam tak cukup. Perlu belajar lagi.

Lebih-lebih lagi bila princess Auji terkena serangan batuk dan selsema. Pakej terus. Asalnya, papa yang kena, kemudian merebak kepada Abam dan Abg Awish. Last sekali yang kena ialah mama, for sure la Auji akan berjangkit dengan mama kan. 

Jadi, mama dengan sedaya upaya menambah ilmu melalui en.google ni. Mencari petua untuk hilangkan batuk berkahak bayi. 

Banyak yang cekyat jumpa hasil perkongsian mami-mami semua. Terima kasih sangat-sangat ye mami.

Petua Hilangkan Batuk Berkahak dan Selsema Bayi


Petua atau cara pertama yang cekyat cuba untuk Auji ialah kunyit hidup. 

Bila tengok batuk dia semakin teruk, ditambah pula dengan hidung tersumbat cekyat minta tolong en.suami ambilkan kunyit hidup yang dia tanam di hadapan rumah. Almaklum la, rumah baru kan. Dapatlah berbudi pada tanah.

Kunyit hidup tu ditumbuk halus dan disapu di zon T auji. Zon T tu maksudnya di dahi dan batang hidung. Lebih afdal kalau ada olive oil atau minyak kayu putih.

Selepas dengan kunyit hidup, kami cuba pula buat teknik steam & percussion untuk hilangkan kahak si kecil tu. 

Caranya, letak bawang putih dengan minyak berangin (olive oil / kayu putih / yuyi / vicks) dalam air panas yang berwap dan halakan wap tersebut ke muka bayi. Pastikan jarak selamat diantara bekas air panas berwap dengan bayi anda ye.

Untuk Auji, en.suami yang pegangkan dia dan wapkan muka sambil selubung dengan kain lampin. Cekyat buat tepukan percussion tu perlahan-lahan dibelakang dia. Lagi dia menangis meraung, lagi bagus. Wap tu masuk kedalam ronggan hidung dia. Dan ada la hasilnya keluar meleleh di hidung kecil dia tu. Dapatlah dia tidur lena sekejap.
Selain itu juga, kami usahakan dengan menyedut mukus dari hidung kecil Auji tu manually tau. Bukan dengan alat, tapi dengan mulut. Sudah tentu la papa dia yang buat teknik sedutan ni. Cekyat memang tak pandai. hehe

Dan ikhtiar yang terakhir sebelum berjumpa doktor memandangkan batuk dia makin teruk ialah daun sireh dan vicks.

Caranya, layurkan daun sireh atas api sekejap dan dapat panas yang ala-ala je. Kemudian, sapu vicks di atas daun sireh berkenaan. Tampal di dada dan belakang badan. Alhamdulillah, Auji menjadi dengan petua ini.

Kahak dia keluar melalui batuk dan alhamdulillah juga, dia pandai keluarkan dari mulut dia dengan melelehkan air liur. Nampak laa kahak berlendir keluar.

Owhh, sireh tu memang agak susah nak jumpa dirumah-rumah orang walaupun cekyat pun beli rumah di akwasan kampung. Jadi, cekyat beli je di kedai bunga Auntie India ni. Dapat laa satu plastik kecil. Banyak juga.

Alhamdulillah, Auji makin hilang batuknya. Cekyat pun tak perasan bila hilang cuma yang cekyat sedar dia dah dapat tidur nyenyak dan lama sampai cekyat bengkak susu tau.

Untuk cekyat pula, cekyat optimumkan pengambilan Vitamin C Shaklee dan Garlic Shaklee untuk batuk Auji. Cekyat makan supplemen, Auji pun dapat melalui air susu.

Cekyat Shaklee
Pengedar Sah Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Kembali Bertugas

Haii sahabat..

Cekyat kembali bertugas hari ini setelah habis cuti berpantang selama 3 bulan sempena kelahiran puteri tersayang.

Sepatutnya cekyat kembali bertugas pada Isnin lepas, tetapi memandangkan princess dalam proses sihat, maka cuti dilanjutkan lagi selama 2 hari.

Okayy, tamat sudah diary suri rumah 90 hari. Bermula sudah tugas seorang pekerja kepada 3 orang anak yang memikul tanggungjawab kepada majikan.

Perkara pertama yang cekyat buat bila masuk pejabat ialah memohon pertukaran waktu anjal (waktu kerja) kepada WP2. Demi keluarga kecil cekyat. Suami dan anak anak.

Friday, 22 September 2017

Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam - Part II

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran. Hari ni ada free sikit sambil-sambil pam susu untuk stok si kecil nanti. Cekyat cuba untuk buat sambungan (part II) pengalaman cekyat bersalin di Hospital Shah Alam.

Tiba di P.A.C


Anda jelas tak apa maksud PAC tu? PAC tu maksudnya Patient Access Centre yang mana merupakan tempat untuk ibu ibu bersalin mendaftar masuk.

Cekyat dan suami tiba di PAC Hospital Shah Alam lebih kurang jam 4.40pagi. Masa sampai tu, cekyat tengok ada 2 orang suami yang setia menunggu di bangku berdekatan dengan guard.

Biasalah, bila tengah sakit nak bersalin kita mesti la tak nak berenggang dengan suami kan? Macam tu la dengan cekyat. Nak suami temankan masuk dalam. Tapi, rupanya tidak boleh.

Suami hanya boleh hantar sampai kat meja guard tu je. Sambil kena isi butiran pendaftaran masuk seperti nama pesakit / isteri beserta no IC. Guard memang tak benarkan suami masuk sama tau. Tapi cekyat OK je. Lagipun, en.suami kena pergi parking kereta kat parking lot. Mana boleh park kat ruang legar depan PAC tu. Situ untuk ambulance turunkan patient tau.

Tapi, GL dan IC isteri kena en.suami pegangkan tau. Untuk proses pendaftaran masuk wad.

Masa nak masuk ke dalam ruang PAC itu, guard memang akan terus cakap bawa sehelai kain batik bersama. Sekiranya anda pakai skirt atau palazzo yang selain dari kain batik. Macam cekyat, cekyat ke sana dengan pakai palazzo, so memang kena bawa bersama sehelai kain batik. Nasib baik cekyat dah siap siap senaraikan kain batik dalam senarai keperluan untuk dibawa ke hospital.

Masuk kat ruangan PAC tu, kena ada sesi pendaftaran dulu dengan nurse bertugas. Kat sini, nurse akan review buku artenatal. Macam cekyat, buku artenatal cekyat daripada Klinik Ajwa, Seksyen 7 Shah Alam. So, nurse tanya lokasi mana yang paling dekat kalau dari rumah cekyat kat Sementa, Kapar ke Hospital Shah Alam dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Jadi, jawapan selamat untuk mengelakan daripada ditendang ke HTAR adalah sudah tentu Hospital Shah Alam yang paling dekat.

Untuk makluman anda juga, cekyat pernah dimaklumkan sebelum ini yang keutamaan Hospital Shah Alam adalah untuk pesakit yang berada disekitarnya sahaja.

Dan, nurse juga ada tanya samada cekyat pernah mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam atau tidak sebelum ini. Bonus bagi cekyat bila cekyat dah ada rekod sebagai pesakit di sana semasa mendapatkan rawatan kes keguguran pada Julai 2016.

Selepas nurse dah rekod segala butiran, cekyat dibawa untuk ECG test. Lama juga tau. Rasanya dalam 40minit juga. Masa ni, contraction makin kerap terasa. Memang tak tahan sakitnya. Bila nurse dah berpuas hati dengab graf yang dikeluarkan, cekyat dibawa naik ke tingkat 4.

Tingkat 4, Dewan Bersalin Hospital Shah Alam


Masa cekyat sampai sini, contraction makin kuat dan cekyat rasa dah tak mampu nak jalan. Masa sampai sini, ada seorang ibu yang sedang tunggu untuk bersalin duduk dikerusi ruang menunggu depan kaunter.

Cekyat juga diminta duduk dikerusi berkenaan. Dalam keadaan sakin contraction bersalin, hanya senyum yang mampu kami ukirkan sebagai tanda bersapa. Lebih kurang sejam lebih juga (dari 5.20pagi hingga 6.30pagi) cekyat berada dikerusi berkenaan menahan sakit contraction, baru lah dipanggil nama untuk proses cek bukaan rahim. Ya ampun, lama sungguh menunggu.

Masa ni pula, bateri tab dah habis. Bateri fon pun malu malu kucing. Nasib baik en.suami ada diruang menunggu yang dikhaskan untuk para suami dipintu masuk utama. Tapi dalam keadaan sakit nak bersalin, mana mampu nak berjalan ke sana walaupun hanya 10 tapak sahaja.

Cek bukaan rahim dalam bilik scan sebabnya katil yang sepatutnya dah penuh. Tapi cekyat OK je asalkan ada progress. Bukannya biarkan cekyat menunggu berkurun dikerusi dalam keadaan sakit. Ya, baru 5cm bukaan. So, cekyat diarahkan tukar pakai seragam pink hospital dan diminta tunggu lagi. Sekejap lagi akan dipanggil masuk labour room. Alhamdulillah, sedikit lega tau.

So, duduklah kat kerusi depan kaunter dengan beberapa ibu lain yang sedang menunggu masa bersalin juga. 

Ingatkan sekejap, rupanya lama juga. En.suami siap hantar sandwich dan milo sejuk untuk breakfast cekyat sekitar jam 7.30pagi. Atas arahan nurse tau. Nurse risau kalau cekyat tak makan dan tiada tenaga untuk meneran.

8.30pagi cekyat masih lagi dikerusi itu. Tiada katil untuk cekyat sebab diorang lebih utamakan ibu ibu yang sudah mencapai bukaan 7cm ke atas. Kalau dah bukaan 7cm, memang diorang akan usahakan bagi katil. 

8.45pg, cekyat memang dah tak tahan sakit contraction. 2minit sekali tau contraction cekyat. So, cekyat minta katil untuk baring dan minta untuk check bukaan rahim lagi sekali.

"Maaf puan, kami tak check bukaan dengan kerap. Tak elok untuk puan"

Masa ni dah terbayang masa bersalin anak pertama di hoapital kerajaan di Kelantan, kejap kejap datang orang nak check bukaan. Kerap pula tu.

Okayy, malas nak layan apa nurse tu cakap tapi kemudian datang juga doc bertugas. Check juga bukaan tapi jawapan sama, masih 5cm.

Fine, cekyat duduk dan baring kat situ je tapi ni bukan katil ye. Ini ialah strecther yang diorang gunakan untuk tolak patient. Dan ruang cekyat duduk tu bukan ruangan untuk bersalin, tapi ruangan macam ruang pesakit luar macamtu. Tak kisahlah, janji cekyat boleh baring dan luruskan pinggang.

9.20 pagi, contraction dah terlebih kerap. Dan cekyat rasa macam nak buang air kecil. Terus panggil nurse, tapi jawapan mendukacitakan. Malas nak kongsi kat sini. Bila dapat jawapan macam tu, cekyat usaha bangun untuk ke bilik air. Dalam kesakitan untuk berdiri, sekali cekyat rasa letupan kecil. POP!!

Terus air membasahi strecher tu. Barulah kali ini nurse dan doc bertugas kalut datang dan doc cuma menilai dari luaran, belum lagi nak bersalin katanya walaupun air ketuban dan lencun membasahi strecher.

Allah, korang tak tahu yang cekyat ni mudah bersalinya. At one time, cekyat terus cakap yang kepala baby dah dibawah. Dah nak keluar. Baru doc tadi kelam kabut arahkan strecher ditolak ke labor room. Dan cekyat diarahkan mengiring sambil "kepit" peha bagi mengelakan baby keluar sebelum sampai ke labor room.

Mana mungkin boleh tahan, boleh kepit macam tu. Allah permudahkan urusan cekyat. Cekyat memang tak dengar arahan nurse tu, terus baring telentang dan teran. Sekali teran, alhamdulillah puteri terus keluar tanpa risiko atau masalah. Lokasi cekyat masa tu hanya di atas strecher dan di pintu masuk labor room.

Sorry nurse ;-)

Bersalin tanpa doc. Hanya ditemani nurse dan bidan sahaja. Tanpa suami di sisi juga sebab nurse memang tak sempat panggil dia di bilik menunggu. Kejadian bersalin cekyat sangat pantas berlaku.

Mungkin masa cekyat bersalin, bukaan hanya 6-7cm kot. 

Cekyat kongsi pengalaman ini lebih kepada untuk menjadikan memori bertulis. Bagi princess baca semula bila besar nanti.

Untuk anda, jangan mudah terikut dengan pengalaman cekyat. Mungkin masa anda, ianya lebih dipermudahkan.


Hanya selepas dibersihkan, baru papa sempat tengok dia. Dan iqamahkan sekali.


Puteri yang diidamkan papa. NUR HANANIA AUJI nama diberi oleh papa. Kesayangan mama, papa dan abang abang.

Sunday, 17 September 2017

Bertungku Amalan Penting Ketika Berpantang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini genap 30hari berpantang untuk kelahiran puteri kecil cekyat.

Aktiviti berpantang yang cekyat amat tunggu tunggu ialah bertungku selain daripada berbengkung.

10hari pertama kelahiran sikecil, cekyat berpantang dirumah sendiri dan dipantau oleh kakak sulung cekyat. Disebabkan cekyat tidak mengalami sebarang luka semasa proses kelahiran, aktiviti bertungku terus dibuat pada hari kedua berpantang.

Apakah alat bertungku yang paling sesuai untuk digunakan?

Mengikut artikel ini, batu sungai adalah alat bertungku yang paling digalakkan berbanding alat tungku yang berasa dipasaran. Batu sungai lebih effektif penggunaannya dari segi tahap kepanasan yang lebih bertahan lama.

Untuk lebih memberi kesan, amat digalakan untuk mengalaskan batu tungku dengan daun mengkudu, daun pandan, daun sirih dan daun lemuni. Daun daun ini membantu dalam proses mengecutkan rahim / peranakan semasa proses bertungku.

Kenapa perlu bertungku semasa berpantang?

Salah satu sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan.

Selalunya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang sebelum mandi selama 45 minit.

Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku.

Bertungku boleh dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara).

Untuk kesan tungku yang lebih baik, tungku juga pada tapak kaki serta tumit. Bertungku ni penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Untuk yang dalam pantang, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.

Untuk dua kelahiran sebelum ini, cekyat memang wajib amalkan bertungku sehingga hari ke 44 berpantang. Sekiranya rajin, cekyat akan bertungku juga walaupun selepas 44 hari berpantang tapi tidak seketat ketika didalam pantang.

Bertungku juga dipercayai dapat:

    memecahkan lemak
    mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin
    mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal
    Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua

Bahagian badan lain yang perlu di tungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat.

Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang. Yang nak perut slim tu.. bleh ler amalkan tungku di bahagian perut.. klu dah rasa perut tu bertingkat2 mengalahkan rumah flat… hihihihii

PERINGATAN: Jangan letak tungku ditengah perut ye.

Saturday, 16 September 2017

Tips Dan Petua Kurangkan Bengkak Susu

Bengkak susu dikalagan ibu menyusu amatlah sinonim. Selalunya, akan ada petua daripada emak atau orang orang tua untuk melegakan bengkak susu berkenaan.

Antara tips atau petua yang selalu di maklumkan oleh orang orang tua ialah:-

    Memakai  bra sokongan : Pastikan ibu mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat. Yang memberikan anda keselesaan maksimum.

    Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D

    Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir bagi menyeimbangkan kadar pengeluaran susu dan penggunaan payudara ibu.

    Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..

    Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, sangat membantu ibu nanti.

    Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau ibu turut mengurut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri

    Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten..

    Gunakan sikat rambut: Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula..

    Daun kubis: ambil daun kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu. Daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.. tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu kerana ianya boleh sebabkan SUSU menjadi KERING.. 

    Ambil cuka makan dan ragi: campurkan dalam mangkuk dan sapu pada sekeliling payu dara. Hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh atau bengkak itu surut.

    Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau. Ambil daun sirih dan lumurkan minyak zaitun. Kemudian layur pada permukaan panas. Apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak. In sha Allah ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.

Sekiranya, alternatif yang cekyat kongsi di atas tidak membantu melegakan bengkak susu anda, cekyat sarankan anda mencuba Lecithin Shaklee.

Lecithin Shaklee telah membantu melegakan cekyat menempuhi bengkak susu di SINI.


Cekyat Shaklee
Pengedar Sah Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

 

Lecithin Shaklee Membantu Masalah Bengkak Susu

Siapa pernah mengalami masalah bengkak susu? Tak kisah la samada ketika dalam tempoh berpantang ataupun sepanjang penyusuan.

Pengalaman Bengkak Susu

Cekyat sendiri pernah mengalami masalah bengkak susu. Pertama kali menghadapi masalah bengkak susu ialah semasa penyusuan Darwish tiga tahun lepas.

Masa tu baru 3 hari tempoh berpantang cekyat. Bagi sesetengah ibu menyusu, bengkak susu mungkin berlaku disebelah payudara sahaja tapi cekyat mengalami di kedua dua belah payudara. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Pelbagai usaha alternatif cekyat cuba buat untuk mengurangkan bengkak susu tetapi hasilnya tidak membantu. Dan cekyat cuba mendapatkan info daripada kawan kawan berkenaan ubat atau supplement yang boleh membantu masalah bengkak susu.

Dan, hasil perkongsian kawan kawan yang telah mencuba ikhtiar dengan mengambil Lecithin Shaklee untuk membantu mengurangkan masalah bengkak susu tersebut, cekyat pun mencuba juga.

Alhamdulillah, pengambilan 6 - 8 biji yang cekyat ambil pada masa itu sangat sangat melegakan cekyat. Pengalaman mengambil lecithin Shaklee selama 3 hari berturut turut pada masa penyusuan Darwish amat membantu cekyat. Lega sangat.

Begitu juga semasa penyusuan si puteri kali ini. Hari ketiga berpantang, lagi sekali cekyat kena bengkak susu.

Nasib baik ada lecithin shaklee yang cekyat memang amalkan semasa hamil. Terus ambil 6 - 8 biji sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, asbab lecithin Shaklee itu cekyat lega menghadapi bengkak susu.

Bengkak Susu Kerana Duktus Susu Tersumbat

Dalam bahasa inggeris, ada banyak terma untuk duktus susu tersumbat ini. Anda boleh cuba google blocked milk duct, clogged milk duct atau plugged milk duct.

Apajua termanya, fenomena duktus tersumbat (blocked duct) ini ialah satu keadaan di mana terdapat satu kawasan pengaliran susu di dalam payudara yang terhalang. Keadaan tersumbat ini boleh berlaku di permukaan puting, atau boleh juga berlaku jauh ke dalam sistem duktus.

Duktus tersumbat ini berulang secara berkala, dan biasanya efek kepada sebelah payudara sahaja. Tapi ada juga ibu-ibu mengalami bengkak susu di kedua dua payudara.

Bagaimana Lecithin Membantu Masalah Bengkak Susu

Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Lecithin ialah sejenis pengemulsi lemak dan minyak. Lecithin banyak digunakan sebagai aditif makanan, dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan. Lecithin Shaklee merupakan daripada sumber kacang soya.

Suplemen Lecithin sesuai untuk ibu menyusu. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kontraindikasi dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu menyusu.

Cadangan Dos Lecithin Untuk Rawatan Bengkak Susu atau Duktus Susu Tersumbat

Pakar laktasi Kelly Bonyata (IBCLC) dalam artikelnya mencadangkan Lecithin sebagai rawatan bagi masalah yang dipanggil bengkak susu ataupun duktus susu tersumbat. Dos yang dicadangkan ialah:

3,600 – 4,800mg Lecithin sehari.

Selepas 1 – 2 minggu tanpa sebarang blockage, kurangkan dos 1,200mg Lecithin.

Jika dalam 2 minggu kemudiannya tiada blockage juga, ibu boleh kurangkan lagi 1,200mg.

1 kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 600mg. Merujuk kepada pakar laktasi tersebut, para ibu yang mengalami masalah bengkak susu boleh mengambil Lecithin Shaklee 6 hingga 8 biji sehari bagi memenuhi dos yang disarankan.

Penting: Ibu mungkin perlu teruskan makan 1,200 – 2,400mg kapsul Lecithin sehari selama yang mungkin, jika sekiranya dengan menghentikan pengambilan Lecithin akan menyebabkan pembentukan duktus tersumbat lagi.

Kapsul Lechitin Shaklee diperbuat daripada gelatin bovine dan bersumberkan kacang soya. Satu botol Lecithin Shaklee mengandungi 180 biji kapsul. Dengan pengambilan 6 biji kapsul sehari, satu botol Lecithin Shaklee tahan sehingga satu bulan. 
Sekiranya anda ibu yang menghadapi masalah bengkak susu dan ingin mencuba supplement Shaklee lebih lebih lagi Lecithin Shaklee tetapi ingin mendapatkan konsultasi terlebih dahulu, boleh hubungi cekyat.

Cekyat Shaklee
Pengedar Sah Shaklee sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Friday, 15 September 2017

Vitamin C Shaklee Ikhtiar Selsema

Assalamualaikum..
 
Cekyat nak kongsikan dengan anda semua ikhtiar cekyat membantu mak cekyat yang sedang selsema.

Cekyat sekarang dalam tempoh berpantang di kampung bersama mak dan ayah serta si kecil Darwish.

Mak cekyat ni sangat sangat berhati hati dengan kesihatan dia lebih lebih lagi dengan adanya cucu kecil yang berusia 27hari. Dan dia sememangnya tak nak dekat dengan cucu kecil ini dengan alasan takut berjangkit.

Jadi, dia mengambil langkah langkah berjaga jaga dengan memilih ubat pilihan ramai sebagai alternatif.

Dua hari dan dua kali ambil tapi selsema masih lagi nak berkawan dengan mak. dan mak pula ralat bila dia tak dapat bantu cekyat tiapkali sikecil meragam.


Sebolehnya, mak tak nak dekat atau ambil sikecil. Sistem imunisasi sikecil belum kuat lagi untuk mengelak daripada jangkitan selsema atau apa apa virus yang lain. Kita sebagai yang dewasa seharusnya tahu dan melindungi bayi daripada sebarang penyakit berjangkit,




Jadi, malam tadi cekyat bagitau mak untuk cuba vitamin C Shaklee sebagai ikhtiar. Mak memang dah tahu kesan Shaklee pada dia sebab dia dan ayah cekyat adalah pengguna tegar Vivix Shaklee, Omega Guard Shaklee, Ostematrix Shaklee dan Herbal Blend Shaklee.

Makanya, dia pasrah saja bila cekyat cakap ambil Vitamib C Shaklee dua biji dan patahkan. Telan sekaligus sebelum tidur. In Sha Allah, esok mak akan lega.

Dan sebetulnya vitamin C Shaklee menjadi asbab selsema mak berkurangan hari ini. Tiada lagi bersin bersin. Tiada lagi hingus. Dan yang bagusnya, mak dah sudi pegang cucu baru yang kecil ini.

Vitamin C Shaklee sememangnya pilihan cekyat di kala selsema dan ianya sangat sangat membantu cekyat untuk baik. Sebab itu cekyat berani sarankan kepada mak untuk mencuba.

Cekyat Shaklee
Pengedar Sah Shaklee sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Thursday, 14 September 2017

Testimoni Ostematrix Shaklee: Sakit Gigi Tiada




Cekyat baru sempat ambil ostematrix sebelum tidur ni. Tiba tiba teringat testimoni daripada sideline cekyat ni. Fresh lagi tau.

Testimoni ini daripada seorang bakal ibu yang mengalami masalah sakit gigi dan tidak dapat mencabutnya disebabkan sedang hamil.

Sememangnya, semasa hamil para wanita memerlukan kalsium yang mencukupi memandangkan perlu berkongsi dengan si manja. Kekurangan kslsium boleh menyebabkan si ibu mendapat masalah kesihatan seperti sakit gigi dan kekejangan otot atau cramp semasa hamil.

Cekyat sendiri amalkan mengambil 4 biji ostematrix shaklee sepanjang kehamilan dan masih meneruskan walaupun setelah bersalin. Ostematrix merupakan sumber kalsium 'mudah ambil' bagi cekyat yang bukan penggemar susu dan juga sayuran hijau.

Sekiranya anda sama macam cekyat, cekyat sarankan anda mengambil Ostematrix Shaklee ini sebagai alternatif untuk mencukupkan keperluan kalsium harian anda.

Cekyat Shaklee
Pengedar Sah Shaklee sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Testimoni Vivix Shaklee: Dulu Botak Kini Rambut Hitam

Sempena Vivix tengah promo harga murah ni, cekyat nak berkongsi dengan anda pengalaman sebenar ayah salah seorang sideline cekyat yang mengamalkan Vivix Shaklee.

Sebab utama mengamalkan Vivix Shaklee adalah untuk masalah Glaucoma, tetapi vivix Shaklee memberikan beliau bonus yang teramat bernilai. Men'transformasi' diri beliau daripada seorang yang botak kepada seorang lelaki yang mempunyai rambut hitam.

Dah macam orang muda kan? Hehe

Jom hayati perkongsiam sideline cekyat ni.

"Dulu boleh kira dengan jari, ada berapa helai rambut putih (uban) ayah. Rambut hitam toksah cerita, yilek kot. Ya la, botak licin berkilat boleh buat cermin kot! (sori ayah TERmengata depan2 ๐Ÿ˜œ)

Bulan Oktober 2016, ayah di-diagnosed glaucoma. Haru biru hidup ayah. Kami 'penonton' pun turut terasa ke-susah hati-an ayah. Sapa la tak risau kalau diberitahu yang salah satu komplikasi glaukoma ialah buta!

Jadi, Ain bagi ayah Vivix sebagai ikhtiar sihatkan mata. Ayah konsisten sampai sekarang walaupun agak lambat nak rasa kesan Vivix ni kata ayah. Ya la, Vivix ni bukan ubat, tapi suplemen yang menyihatkan dari dalam.

Ain cerita kat ayah pasal Telomere Study. Takkanlah anak dia ni nak memudaratkan ayah sendiri kan. Ada bukti sains lagi. Itulah sebabnya ayah yang tak pernah percayakan suplemen, terus 'setia' dengan Vivix.

Baru ni ke rumah ayah, ayah bagitau yang 'kilat2' kat mata (kata pakar mata, ianya disebabkan aging) dah hilang. Pressure dalam mata (intraocular pressure) pun maintain normal so far. Alhamdulillah syukur...

Dan tiba2 ayah tunjuk belakang kepala ayah. Mak ooii, terkejut Ain, sebab hampir separuh kepala ayah sekarang dah penuh rambut baru hitam2! ๐Ÿ˜ฑ

Ayah suruh ambik gambar. Inilah hasilnya. Tersengih2 kerang busuk ayah, kepala yang dah sekian lama botak, akhirnya penuh rambut hitam.

Sapa la tak suka, kalau makin berumur makin 'muda'. Hihihi... ๐Ÿ˜œ

Bukan rambut ayah je tau. Mak yang consume Vivix beberapa bulan kemudian dari ayah, pun rambut hitam dah mula nak menguasai kepala mak.

Bai2 rambut putih (uban). You wont be missed. And please dont come back. Hihihi ๐Ÿ˜œ"
 
Cekyat Shaklee
Pengedar Shaklee Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Wednesday, 13 September 2017

Vivix Shaklee Murah

Hai semua..

Cekyat nak kongsi dengan anda satu tawaran hebat yang Shaklee sediakan untuk anda sempena Hari Malaysia 2017.

Untuk anda rakyat Malaysia yang pentingkan kesihatan, Shaklee berikan anda tonik ajaib keluaran Shaklee iaitu Vivix Shaklee dengan harga super duper murah dan jimat.

Pada 16 SEPTEMBER 2017, SHAKLEE ada PROMO Beli 2 BOTOL VIVIX dengan DISKAUN 5%! ๐ŸŽ‰

Dan anda juga berpeluang untuk CABUTAN BERTUAH bagi setiap pembelian 2 BOTOL VIVIX tersebut.

Kenapa Vivix Shaklee di katakan murah?

Jom sini cekyat bercerita dan jelaskan kepada anda kenapa vivix Shaklee murah pada bulan September 2017 ini.

1 BOTOL VIVIX :
⚠️Harga biasa RM475.00
⚠️Harga ahli RM403.00

2 BOTOL VIVIX :
✅Harga ahli RM805.60 (JIMAT RM155)
✅Diskaun 5% RM765.32 (JIMAT RM40!)
✅FREE POS (bernilai RM10)
✅CASHBACK RM35+
✅KEAHLIAN PERCUMA bagi yang belum mendaftar sebagai ahli (bernilai RM70.00)
✅CABUTAN BERTUAH (peluang menerima hadiah bernilai sehingga RM250+)

Jumlah keseluruhan penjimatan yang anda dapat dengan pembelian 2 botol vivix pada bulan ini ialah RM275!!

Tapi ingat, vivix Shaklee murah ni hanya pada 16 september 2017 sahaja tau. Satu hari sahaja.

Jadi, sekiranya anda nak dapatkan Vivix Shaklee murah ini pada hari tersebut anda boleh hubungai cekyat di talian cekyat. Lebih baik booking and make payment pada hari ini sehingga sebelum 16 September 2017 bagi memudahkan cekyat proses.

Percayalah, sistem online shaklee akan jem pada hari tersebut dengan order pembelian Vivix Shaklee murah ini yang berduyun duyun. Sebab shaklee jarang sekali keluarkan promo tonik ajaib dengan harga super duper murah dan jimat macam ni.

Lets booking and make payment now!!

Cekyat Shaklee
Pengedar Shaklee Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Pengalaman Bersalin di Hospital Shah Alam - Part I

Assalamualaikum.

Hari ini cekyat punya masa terluang untuk berkongsi pengalaman bersalin puteri kami di hospital baru iaitu Hospital Shah Alam. Punya masa terluang sebab puteri sangat senang di jaga hari ini.

Bagaimana boleh buat keputusan bersalin di Hospital Shah Alam?

Cekyat bukan seorang yang 'demanding' tapi pengalaman kali pertama bersalin di hospital kerajaan cukup menjadikan cekyat trauma dengan pengalaman itu.

Tapi, untuk kelahiran kali ketiga ini kami suami isteri bersetuju untuk bersalin di Hospital Shah Alam berdasarkan kepada pengalaman rakan rakan blogger juga. Ada yang berkongsi pengalaman manis dan ada yang "terpahit" sedikit.

Tapi, seperti kata suami cekyat bersalin kat mana-mana pun sakit bersalin tetap ada dan rasanya tetap sama. Servis hospital cuma salah satu penyumbang kepada rasa selesa kepada rasa sakit "contraction" itu sendiri.

Memandangkan Hospital Shah Alam adalah hospital baru dan kepadatan pesakit agak rendah sedikit berbanding Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, kami sebulat suara "OK laa, lets try it first", then baru buat keputusan untuk kelahiran seterusnya. (cewahhh..macam nak tambah lagi yee..hehe)

Kedua adalah kos. Bersalin di hospital swasta agak costly juga berbanding di hospital kerajaan. Pengalaman kelahiran kedua di hospital swasta walaupun kos kami agak rendah berbanding orang lain, sekurang kurngnya kami dapat menyelamatkan duit simpanan kami untuk digunakan bagi keperluan yang lebih memerlukan.
 
Dua faktor ini merupakan penyumbang kepada keputusan kami untuk bersalin di Hospital Shah Alam bagi kelahiran ketiga ini.

Layan Contraction di rumah dan di kereta

Cekyat memang seorang yang mudah sangat bersalin. Ini berdasarkan pengalaman dua kelahiran sebelum ini.

DI sebabkan ini, cekyat memang akan berwaspada sekiranya tarikh EDD semakin menghampiri. Sehari sebelum bersalin (Khamis: 17 Ogos 2017), ceyat masih ke pejabat dan meneruskan rutin kerja seperti biasa. Tiada tanda tanda akan bersalin sehinggalah selepas waktu bekerja.

Selepas maghrib, cekyat dah rasa contraction tapi tidak kerap dan cekyat tahu itu adalah hint dari baby. Dah tak sabar nak jumpa  abang abang kot.

Terus whats app en.suami yang tengah on shift, bagitau yang cekyat dah rasa contraction bersalin tu. Terkejut juga en.suami sebab tarikh EDD sebenar adalah 23 Ogos 2017. Masih ada seminggu lagi buffer time untuk baby keluar.

Tapi cekyat teruskan rutin seorang mama seperti biasa. Masak makan malam , kemas rumah dan basuh baju seoalah olah contraction bersalin itu tiada.

Elok en.suami sampai rumah, contraction bersalin makin kerap bermula jam 1.30 pagi. Dan darah dah keluar sebagai tanda bersalin. Ketuban darah tau kalu keluar tanda darah di awal kelahiran. Amat berbeza dengan ketuban air.

Jadi, bermula la perjalanan kelahiran ketiga. Kami keluar rumah di Kapar seawal jam 2.00pagi menuju ke Shah Alam walaupun cekyat tahu lama lagi masa untuk bersalin. Tapi, motif kami adalah untuk mengelakkan jem pada pagi nanti sebab semua orang keluar untuk ke pejabat. Tak pasal pasal nanti bersalin dalam kereta pula kalau sangkut jem. Hehe

Sampai Shah Alam, kami tidak terus ke Hospital Shah Alam tapi lepak dan makan dulu dalam kereta. En. Suami pula ambil kesempatan lelap sekejap sebab baru balik kerja kan. Masa ni, cekyat dah ran contraction bersalin tu makin kerap. Every 5 minutes. Sakit gilerr tau. Memang kalau ketuban darah, sakitnya yang amat.

Elok jam 4.30 pagi, cekyat minta en.suami hantarkan ke hospital. Sebab makin kerap rasanya contraction bersalin tu. So, dengan mamainya en.suami drive ke hospital. Masa ni kami lepak di petronas bersebelahan dengan hospital sahaja. Dekat kan? Hehe..

Alamakkk... baby dah bangun.. next entry cekyat sambung ye.. Part II punye.. (^_*)

Saturday, 2 September 2017

Promo September 2017: The Radiant Four


Assalamualaikum..

Kembali bersiaran semula selepas rehat seketika untuk fokus kepada berpantang. Alhamdulillah, hari ini dah 15 hari usia si anak dara cekyat. Maksudnya, sudah 15hari juga cekyat melalui proses berpantang.

Hari ini cekyat dengan rasminya masuk pejabat online cekyat di Group Maestro secara atas talian menggunakan aplikasi Telegram.

Untuk bulan September 2017, shaklee sediakan promo khas especially untuk kecantikan luaran dan dalaman iaitu set THE RADIANT FOUR.

Set The Radiant Four mengandungi:

1. Energizing Soy Protein (ESP)

2. Shaklee Collagen Powder (SCP)

3. Sustained Release Vitamin C

4. GLA Complex


Semua empat item yang berada dalam set The Radiant Four ini amat sinonim dengan kecantikan dalaman dan luaran terutamanya kecantikan kulit. Kebanyakan jelitawan #shakleelover menjadikan semua empat item The Radiant Four rebutan.

Tapi, untuk bulan September 2017 ini tidak perlu lagi mendapatkan secara loose product, jelitawan boleh mendapatkan kesemua item kecantikan ini dengan pembelian The Radiant Four.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang

Saturday, 19 August 2017

Lahirnya Puteri Yang di Nanti

Assalamualaikum semua..

Bersiaran semula selepas cuti sehari dua daripada menulis di sini. Bukan dah pentat berkongsi pengalaman dan Shaklee disini, tapi sebenarnya cekyat baru sahaja melahirkan seorang lagi khalifah Allah.

Cekyat selamat melahirkan seorang pueri pada 18 Ogos 2017 jam 9.40 pagi di Hospital Shah Alam, Selangor.

Kelahiran yang prosesnya amat mudah bagi cekyat. Dan amat menyenangkan misi misi HSAS. Katanya diorang.

Pengalaman melahirkan nanti cekyat kongsikan dalam entry khas yang lain ye. ;-)

Siapa lahir taikh yang sama dengan puteri cekyat? Jom komen ;-)
 
Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Berdaftar Shaklee sejak 2012
COD Kapar  & Klang & Shah Alam

Wednesday, 16 August 2017

Testimoni Set Skincare Shaklee: Nutriwhite dan Enfuselle Shaklee

Walaupun Set Skincare Shaklee akan ditamatkan pengeluaran secara global, cekyat tidak dapat halang pengguna yang dah merasa keberkesanan Set Nutriwhite dan Set Enfuselle Shaklee berkongsi rasa mereka terhadap set ini.

Sebelum ini cekyat memang pengguna Gentle Deep Foaming Nutriwhite. Seriously, memang tahan lama sangat satu tiub tu. Hampir setahun seingat cekyat. Cekyat bukan pakai seorang saja, tapi cekyat berkongsi pencuci muka itu dengan en.suami.

Tapi sekarang, cekyat telah tukar kepada Hydrating Lotion Enfuselle disebabkan oleh masalah kulit kering. Alhamdulillah juga, satu botol pencuci muka itu bertahan lama. Mula pakai pada 10.05.2017 dan hari ini masih ada separuh botol lagi.

Betul-betul jimat. Apa orang kata, alah membeli, menang memakai.





Sementara stok masih ada dalam sistem Shaklee, anda yang telah menggunakan Set Nutriwhite atau Set Enfuselle cepat-cepat la rebut peluang menyimpan stok Skincare Shaklee ini. Jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Ingat tau, Set Skincare Shaklee ini bakal ditamatkan pengeluaran secara GLOBAL.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...