Monday, 31 July 2017

Legakan Selsema Dengan Vitamin C

Hari ni cekyat dalam proses sihat. Baru kena selsema hari ini tapi rasanya tahap parah juga sebab kerap bersin dan keluar air mata.

Memang tak dapat fokus sangat dengan kerja lagi-lagi bila mengadap komputer.

Yang lagi tidak dapat menahan ialah dugaan sebagai ibu mengandung yang sudah mencapai trimester ketiga ialah setiap kali bersin pasti akan rasa nak "terkucil". Sebab baby dah menekan di bawah kan?

Tips cekyat yang cuba mengelak daripada mengambil panadol atau ubattan lain yang berkaitan ialah dengan mengambil Sustained Release Vitamin C Shaklee.

Tapi cekyat tingkatkan dos pengambilan. Biasanya cekyat ambil 1 biji setiap pagi selepas sarapan pagi, tapi untuk selsema kali ini cekyat ambil tambahan 2 biji selepas makan tengahari. Dan malam nanti cekyat akan ambil 2 biji sebelum tidur.

In sha Allah akan baik pada esok pagi. Ini adalah pengalaman cekyat sendiri selama ini tau.

Kenapa Sustained Vitamin C Shaklee membantu melegakan selsema?





Apa kata mereka berdasarkan pengalaman melegakan selsema dengan Sustained Release Vitamin C Shaklee?




Selain daripada mengambil vitamin C untuk legakan selsema anda juga dinasihatkan untuk cuba tips ini:-
  • Banyakkan minum air terutamanya air suam.
  • Tidur mestilah cukup. Selsema menunjukkan badan anda perlukan rehat yang lebih. Banyakkan rehat dan kurangkan aktiviti luaran. 
  • Ambil buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin C seperti oren dan jambu batu 
Selain itu juga, anda boleh amalkan doa ini untuk melegakan selsema tau. Cekyat pun baru tahu dari BLOG ini.

Kalau anda seorang jelitawan atau yang sedang dalam proses sihat dengan masalah selsema dan ingin merawat selsema dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen especially Vitamin C Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Wednesday, 26 July 2017

Breastfeeding Diaries: Senarai Barang Keperluan Asas Penyusuan

Assalamualaikum.. haisshh, tetiba kan? hehe.. tapi memang wajib memberi salam kan? Jawab tau..

Okeh, entry kali ini cekyat rasa ingin berkongsi berkenaan dengan penyusuan. Tetiba pula terasa perlu semak semula keperluan penyusuan cekyat sebelum ini.

Kiranya ini kali kedua cekyat nak memenuhi tanggungjawab sebagai seorang mama dengan memberi susu badan sepenuhnya kepada anak ketiga cekyat. In sha Allah.

Anak kedua cekyat, Darwish Hakeem merupakan pengalaman pertama cekyat memberikan susu badan sepenuhnya.

Happy sangat bila dapat menyusukan dia sehingga umurnya 26 bulan 8 hari. Rezeki yang tidak pernah putus dari Allah dan dengan bantuan Set Menyusu Shaklee sebagai asbabnya. Bersyukur yang tidak terhingga. Masa kali pertama tu, cekyat memang tidak buat apa-apa senarai semak berkenaan barang keperluan untuk penyusuan penuh terutama sekali untuk membuat stok susu. Apa yang cekyat tahu, kena ada pam susu je. Yang lain, pengetahuan zero. Sedih sungguh.

Tapi kali ini, cekyat memang nak betu-betul bersedia untuk penyusuan penuh. Cekyat nak sediakan barang-barang keperluan penyusuan dengan terperinci. Tak nak jadi macam dulu. Satu-satu kena beli. Kesian encik suami cekyat.

Apakah Senarai Barang Keperluan Penyusuan Yang Perlu Disediakan?

 

Breast Pam / Pam Susu

Anda yang baru pertama kali ingin menyusu badan sepenuhnya perlu sediakan pam susu. Bagi cekyat, tak perlu beli pam susu paling mahal, jenama paling glamer. Tapi cukup pam susu yang sesuai dengan "poket" anda dan memberikan anda selesa semasa sesi mengepam.

Cekyat pernah pakai pam susu Eve Love sepanjang melengkapkan penyusuan susu badan Darwish Hakeem. Itu pun cekyat beli yang "preloved" punya. Tapi, alhamdulillah walaupun beli yang preloved tapi kondisi pam susu 98% bagus dan memberi kerjasama baik sepanjang 26 bulan.


Storage Bottle / Storage Bag

Bekas simpanan stok susu ini paling penting untuk disediakan terlebih dahulu. Cekyat dulu, tak sediakan pun tau. Masa tengah pantang tu, baru sedar yang stok EBM cekyat tu tiada bekas simpanan. Kelam kabut call en.suami belikan.

Cekyat pernah cuba beberapa jenama untuk storage bag. Paling cekyat recommend untuk anda ialah dari jenama Eve Love, Jingle Jungle dan Autumn. Kenapa? Bagi cekyat, selain daripada plastiknya FREE BPA dan 'double zipper', kualiti plastiknya adalah sangat tebal dan tidak nipis. Ianya mengelakan plastik menjadi cepat bocor dan menumpahkan titisan berharga milik anak anda.



 
 
 Ini brand yang cekyat pernah guna sebelum ini dan cekyat boleh bagi 100% jaminan berpuas hati.

Yang paling cekyat tak sarankan ialah daripada jenama FIFFY. Kualiti plastik yang sangat nipis memudahkan ianya cepat bocor. Cekyat pernah hilang almost 5 bag x 7oz susu Darwish Hakeem kerana plastik bocor. Sedeyyy.

Storage bottle pula cekyat pilih jenama Autumnz. Alhamdulillah, tahan lasak.

Cooler Bag

Cekyat beli 2 unit masa penyusuan Darwish Hakeem. Satu untuk hantar susu ke rumah pengasuh dan satu lagi untuk simpan stok susu yang cekyat pam semasa di pejabat.

Cekyat beli dari jenama Autumnz.

Tapi, cukup dua tahun penggunaan cooler bag ini dah selamat ke dalam dustbin. 2 tahun lebih berkhidmat dengan penuh dedikasi. Susu pun mantain sejuk selama 8-9 jam. Ok laa kan. Sebabnya, habis je waktu pejabat cekyat terus bali rumah dan masukkan dalam chiller. Kemudian baru transfer ke dalam upright freezer.
Sebijik macam ni laa yang cekyat pakai sebelum ni.

Reusable Ice Pack

Ice pack ni cekyat beli daripada jenama Autumnz. Sehingga sekarang masih ada dan masih elok. In Sha Allah, akan terus digunapakai untuk penyusuan kali ini.

Macamana nak tahu tarikh luput ice pack ni?

Senang je. Bila anda sejukkan dalam freezer tetapi bila masukkan dalam cooler bag untuk sejukkan susu, ianya sudah tidak mahu bekerjasama lagi. Susu dah tak sejuk.



Upright Freezer /  Chest Freezer

Alhamdulillah, yang ni memang costly sikit tapi untuk kali ini cekyat tak perlu keluarkan modal lagi. Sebabnya yang Darwish Hakeem dulu masih elok dan berfungsi dengan bagus lagi.



Upright Freezer tu cekyat pernah kongsi di entry SINI


Cekyat rasa ini adalah senarai keperluan asas yang perlu parents sediakan untuk membantu melancarkan perjalanan dua tahun menyusu dengan susu badan sepenuhnya. Senarai ini adalah yang paling asas ye.

Bagi cekyat yang lain-lain adalah sampingan sahaja. Dan cekyat akan cuba kongsi dalam entry selanjutntya tau.

Semoga perkongsian cekyat ini memberi manfaat kepada anda semua.


cekyat Shaklee @ Geng Menyusu Anda
019.397.9157
COD: Klang, Kapar, Shah Alam

Tuesday, 25 July 2017

Pengumuman: Nutriwhite Shaklee dan Enfuselle Shaklee Bakal Dihentikan Pengeluaran

Anda pencinta Set Kecantikan Kulit Shaklee terutamanya Set Skin Care Shaklee ini jangan bersedih ye dengan pengumuman dari Shaklee ini.

Termasuk la cekyat ini.

Mula-mula agak terkejut dengan pengumuman rasmi di web Shaklee, tapi kalau bersedih sangat pun Shaklee tetap menghentikan pengeluaran Nutriwhite dan Enfuselle ini.

Apa yang anda dan cekyat perlu buat sekarang ini ialah cepat-cepat dapatkan stok yang terhad ini. Buat simpanan atau stok terus.

Penggunaan setiap item ini kan tahan lama. So, in Sha Allah anda dan cekyat tetap boleh merasa Set Skincare Shaklee ini dalam tempoh kehilangan ini. Betul tak?

So, apa lagi?  

Kalau anda seorang jelitawan yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba produk Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh MalaysiaHarga Set Skincare Shaklee: Klik SINI

Saturday, 22 July 2017

Tips Kecutkan Jerawat Dengan Masker Vitamin C Shaklee

Minggu ni minggu menurunkan level keyakinan diri cekyat. Sebabnya, sebiji jerawat besar singgah kat dagu. Sebelum ni, mana pernah jerawat singgah kat muka cekyat waima yang kecil sekalipun.

Kejadian pelik ini menimbulkan soalan-soalan dari mulut kecik kanak-kanak dua orang itu.

"Apa tu mama?"

"Kenapa mama ada tu?"

Penat mama nak terangkan perihal jerawat besar ini.

Jadi, sebagai langkah mempercepatkan proses pengecutan dan menghilangkan jerawat ini cekyat cuba buat masker paling murah dan paling jimat.

Proses membuat masker ini pun cepat sangat. Tak perlu bahan-bahan lain tang rumit.

Cekyat buat masker Vitamin C Shaklee je.


Alhamdulilah, esoknya terus jerawat tu pecah dan hampir kecut. Tapi hari ini masih ada lagi laa. Tangan cekyat pula gatal mengutis jerawat yang dah pecah dan kering tu.

Orang cakap, kalau asyik mengutis je akan meninggalkan parut hitam kan? So, cekyat teruskan pemakaian masker Vitamin C Shaklee ini setiap malam. Demi mengelakkan parut hitam diwajah.

Sebab jerawat punya pasal, cekyat dapat bonus lain tau.

Kesan Masker Vitamin C Shaklee

  • Kulit rasa licin, lembut dan halus.
  • Terasa wajah semakin tegang
Ini pula pengakuan ikhlas daripada #shakleelovers yang dah mencuba Masker Vitamin C Shaklee ini.
 

Kalau anda seorang jelitawan atau ibu berpantang yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Friday, 21 July 2017

Menu Berpantang Mudah dan Cepat Disediakan

Berdebar sangat untuk kelahiran ketiga ni.

Berdebar bukan sebab apa pun, cuma sebab due date bersalin selang seminggu sahaja dengan Public Holiday iaitu Merdeka Day dan Hari Raya Haji.
Berdebar sebab risaukan kesesakan trafik untuk balik berpantang dikampung. Almaklum la, semua anak jati Kelantan pasti akan balik kampung semasa musim Raya Haji nanti. Tambahan pula, ketika itu juga adalah cuti sekolah.

Jadi cekyat berfikir, apa kata cekyat sediakan dulu menu berpantang ringkas yang boleh cekyat sediakan sendiri sementara menunggu hari bersalin.

Cekyat memang daripada sebelum ini lagi terliur ingin berpantang dengan ikan bilis goreng garing, bawang putih goreng garing dan serunding daging.

Untuk air pula, cekyat rasa nak minum air berasaskan kurma. Jadi, kena laa buat pes kurma kan?

Ikan Bilis Goreng Garing

Khasiat Ikan Bilis


Ikan bilis mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti:
  • Selenium
Selenium merupakan mineral yang sangat mesra jantung dan memainkan peranan mikro nutrien dalam mencegah arteri daripada tersumbat. Ini sangat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung dan mencegah strok
Kajian terbaru menunjukan bahawa jumlah selenium yang mencukupi dalam badan dapat mengurangkan pelbagai jenis kanser.
  • Polyunstaturated Asid Lemak
Ikan bilis mengandungi lemak tak tepu / lemak baik iaitu omega 3 yang bagus untuk mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser dan menggalakan pertumbuhan tisu malignan dalam badan.
  • Kalium
Kalium memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan saraf dan otak bai membolehkan berfungsi dengan sempurna.
Mineral ini mempunyai peranan penting untuk memudahkan fungsi otot dan memastikan struktur otot dapat mengecut dengan sempurna bila perlu.
  • Protein dan Kalsium
Ikan bilis juga sumber ikan yang kaya dengan protein dan kasium. Pengambilan protein yang cukup dapat memastikan otot dan tisu badan kekal dalam keadaan baik. Manakala pengambilan kalsium  yang mencukupi membantu mengekalkan struktur rangka dan tulang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis
  • Vitamin A, D dan E 
Ikan bilis sama seperti ikan-ikan yang lain yang kaya dengan vitamin A,D dan E. Vitamin A dan D adalah penting bagi menggalakkan dan mengekalkan kesihatan tulang dan sistem imunisasi. 
Vitamin E dan A pula merupakan nutiren penting dalam mengekalkan kesihatan kulit dan menggalakan kesihatan badan serta minda. Selain itu, kedua-dua Vitamin A dan E merupakan vitamin antioksidan yang tinggi yang membantu mengelakan pertumbuhan kanser.

Cara-cara menyediakan:

  • Basuh ikan bilis sehingga bersih. Sekiranya ikan bilis yang anda gunakan adalah ikan bilis bersaiz besar dan mempunyai kepala, cekyat nasihatkan anda belah badan ikan bilas dan keluarkan kotoran diperut serta buang kepala terlebih dahulu.
  • Panaskan minyak didalam kuali
  • Apabila minyak telah betul-betul panas, masukan ikan bilis yang telah ditoskan tadi. Goreng sehingga garing dan rangup. Jangan sampai hangit tau. Nanti pahit pula rasanya. 
SIAP!!!! Sementara menunggu hari berpantang tiba, simpan ikan bilis yang telah digoreng rangup tadi dalam bekas kedap udara.

Bawang Putih Goreng Garing


Khasiat Bawang Putih

  • Bawang putih bermanfaat untuk mencegah penambahan dan menurunkan berat badan. Banyak bukti telah diperolehi melalui kajian dan ujian yang menunjukan bawang putih berfungsi secara efektif dalam menceah darah tinggi, diabetis serta risiko penyakit jantung.
  • Mencegah pembekuan darah
  • Menurunkan kolestrol
  • Melancarkan pencernaan 

Cara-cara menyediakan:-

Kupas dan hiris bawang putih. Hiriskan nipis dan basuh sehingga bersih. Toskan sehingga hampir kering dan goreng dalam minyak yang telah panas. Jangan sampai hangus, nanti tak sedap pula nak makan.

Seeloknya makan bersama nasi putih panas dan lada hitam atau boleh tambahkan didalam sup. 

Pes Buah Kurma

 
Pes ini bagus untuk:-
  • menambahkan tenaga
  • membantu menambahkan pengeluaran susu badan
  • membantu mengelakan baby mendapat jaundice (demam kuning)
  • membantu mengurangkan risiko baby mendapat ekzema
  • membantu meningkat bacaan HB ibu mengandung

 Cara menyediakan:-

  • Basuh dan kukuskan buah kurma selama beberapa minit
  • Kupaskan kulit luar buah kurma dan asingkan biji daripada isi.
  • Masukan dalam blender dan kisar sehingga menjadi pes. (Jika perlu tambah air kukusan untuk melancarkan proses kisaran, then its OK.)
  • Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti ais.
Pes kurma ini nanti cekyat akan campur bersama dengan Horlick suam dan minuman ESP semasa berpantang nanti. Ini kerana, hanya dua menu minuman ini je yang cekyat mampu telan sepanjang berpantang.

Mudah tak nak sediakan menu asas berpantang ni?

Dah boleh sediakan daripada sekarang kan?

Semoga perkongsian cekyat ini memberi manfaat kepada anda semua.

cekyat Shaklee
019.397.9157
COD: Klang, Kapar, Shah Alam

Thursday, 20 July 2017

Ostematrix Shaklee Kembali Semula

Yeayy.. akhirnya kehilangan Ostematrix Shaklee tidak lagi ditangisi.

Hari ini Shaklee telah restock keperluan pil kalsium ini untuk anda dan juga cekyat.

 
Anda yang merindui Ostematrix Shaklee ini, boleh cepat-cepat bagitahu cekyat ye. 

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

12 Tanda Bersalin Yang Wajib Ibu Tahu Agar Sempat Ke Hospital

Alhamdulillah. Rezeki hari ini dapat makan nasi ayam sedap dari warung depan ofis. Sedap sangat. Mengidam lagi ke mak yong ni? hehe

Habis je makan nasi ayam sebungkus, kawan-kawan tegur.

Kenapa tegak semacam je tu? Kenyang sangat ke?

Sebenarnya bukan sebab kekenyangan tetapi baby kat dalam ni yang mengeras je sepanjang masa. Bila senior-senior ofis tengok je, terus diorang cakap perut dah turun.

Bila perut dah turun, itu tanda-tanda awal kelahiran. Maksudnya, cekyat sekarang sudah pun menunjukan tanda-tanda hendak bersalin.

Betul ke?

Baru 34 minggu je ni. In sha Allah, baby tak lahir premature. Ameen

Sambil-sambil senior-senior dok bagitau tanda-tanda kelahiran cekyat terus google. Akhirnya jumpa kat SINI 12 tanda bersalin yang wajib ibu tahu agar sempat ke hospital.

12 Tanda Bersalin Yang Wajib Ibu Tahu Agar Sempat Ke Hospital

 

1. Perubahan bentuk tubuh

Perubahan pada hormon akan melahirkan bentuk tubuh ibu hamil jadi berubah. Bahagian punggung akan melebar dan mempermudah jalan lahir si kecil, payudara juga nampak semakin membesar untuk proses penghasilan susu.

2. Sakit Punggung

Ini merupakan gejala paling umum akan dirasakan sebelum melahirkan atau melalui proses bersalin. Jadi, para wanita harus dapat membezakan antara sakit pada bahagian punggung yang normal atau merupakan salah satu dari tanda-tanda mau melahirkan.

3.Perut ibu hamil terasa mengeras

Perut ibu hamil terasa mengeras disebabkan bayi anda mulai turun ke bawah rahim. Selain itu, rasa memulas itu akan membuat perutnya terasa semakin keras.

4. Perut nampak jatuh

Beberapa minggu sebelum melahirkan, kedudukan bayi semakin ke bawah. Kepala babyi akan mula engaged dengan tulang pelvik kita sedikit demi sedikit. Pada waktu ini ibu akan mudah terasa nak membuang air kecil seperti pada Trimester Pertama kerana kepala bayi menekan pada pundi kencing. Berita baiknya pula, ibu dah boleh bernafas dengan agak mudah kerana ruang atas dah semakin kosong.

5.Keluar lendir dari vagina

Ini merupakan tanda-tanda yang proses kelahiran anda semakin dekat. Jika masalah ini semakin banyak menandakan anda semakin dekat proses untuk bersalin. Lendir ini kemudiannya akan bertukar menjadi air, akan mengalir keluar sebaik tibanya saat anda akan bersalin.

6.Ada cairan darah

Jika terdapat cairan darah pada vagina, terus dapatkan rawatan segera. Ini menunjukkan proses bersalin semakin dekat dan ia mengambil masa yang lama untuk anda melahirkan bayi.

7.Tidak tahan buang air kecil

Tidak tertahan untuk buang air kecil. Mungkin sepanjang hamil itu gejala normal seorang ibu hamil, tambah bila dah masuk trimester ketiga kehamilan. Tapi kali ini sangat berbeza. Anda boleh merasakan sebuah dorongan hebat yang akan membuatkan anda asyik nak buang air kecil. Punca utama, kepala bayi mula menekan ke arah bawah. Tak pelik ya, kadang anda boleh rasa rambut bayi!

8.Gerakan bayi perlahan

Sebelum anda merasa kesakitan untuk bersalin, pergerakan bayi akan terasa lambat bergerak. Ini kerana saat itu bayi sedang mengatur posisi kelahirannya.

9.Pecah air ketumban

Setelah merasakan adanya contraction, vagina akan mengeluarkan air atau dipanggil pecah air ketumban. Awas, bila air ketuban pecah, wajib cepat-cepat ke hospital kerana semakin lama anda bertahan, lagi bahaya kerana baby mudah terkena jangkitan sekitanya perkara ini terjadi. Atau kita takut bayi lemas!

10.Rasa cramp dan juga sakit belakang yang agak kuat

Kalau bukan anak yang pertama, anda akan rasa semakin sakit di bahagian belakang bawah. Otot akan melonggar dan bergerak sebagai persediaan untuk melahirkan. Semakin hampir dengan due date, anda akan dapat merasakan bahagian badan anda semakin melonggar. Jangan risau, ini adalah sebagai persediaan untuk memberi laluan kepada si kecil anda keluar.

11.Pembukaan

Tanda akan melahirkan yang terakhir kepala bayi berada di bahagian pintu rahim, pembukaan jalan berlaku secara perlahan-lahan. Rahim akan terbuka satu persatu sekitar dua jam sekali yang semakin dekat untuk bersalin.

12. Mula rasa contraction yang sangat kerap

Bila mula rasa contraction, boleh mula tengok jam. Kalau 20 minit sekali, itu tandanya anda boleh pergi hospital! Tetapi andai rasa contraction 1 minit sekali, itu memang waktu yang tepat kepala bayi nak keluar. Waktu ini anda akan rasa macam nak buang air besar. 
 
Kalau ibu hamil ada mengalami tanda-tanda seperti yang di atas, bersiap sedialah. Yang penting anda suami isteri jangan panik. Jangan pula mengambil masa yang lama untuk ke hospital. Ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak ye.

Dalam perjalanan ke hospital, elok ibu baca ayat ini untuk memudahkan proses bersalin. Cekyat amalkan semasa hendak bersalinkan Darwish Hakeem. Paling bagus, kalau dapat amalkan sepanjang tempoh kehamilan.

Moga info ini bermanfaat buat ibu-ibu muda yang bakal melahirkan bayi comel! 
Jangan lupa kelengkapan baby dan kelengkapan mama untuk ke hopital ye. Bawa bersama Set Postnatal Shaklee @ Set Pantang Shaklee juga. in Sha Allah, boleh diamalkan sejak hari pertama di hospital dan tak perlu risau tentang anak jaundice. Sembelit dan badan seram sejuk pun tiada =) 
Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang.Kapar.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Wednesday, 19 July 2017

Healthy Postnatal Set: Vitamin Berpantang Pelbagai Guna

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke 34 rupa-rupanya minggu ini. Sedar-tak sedar, dah menginjak trimester ketiga dah ye.

Persedian?

Dari segi kelengkapan barang baby dan kelengkapan barang mama sebelum ke hospital, masih lagi perlu buat penambahan. Suami kata, kena top up lagi barang-barang tu.

Apa yang cekyat cuba lengkapkan ialah vitamin-vitamin berpantang cekyat. Cekyat cuba topup vitamin berpantang dari Set Postnatal Shaklee sebelum kehabisan.

Vitamin berpantang ini penting untuk cekyat semasa pantang. Ini kali kedua cekyat berpantang bersama Set Postnatal Shaklee.

Pengalaman kali pertama dengan anak kedua, Darwish Hakeem. Sungguh-sungguh membantu cekyat menghadapi 44 hari berpantang dengan sihat dan cergas.

Disamping itu juga, Set Postnatal Shaklee ini juga membantu menambahkan susu badan cekyat. Selama 26 bulan Darwish Hakeem hanya minum susu ibu sahaja. Asbab dari pengambilan Set Postnatal Shaklee dan Set Menyusu Shaklee. Terima kasih Allah.


Apakah Set Postnatal Shaklee?

1. Vitalea

Vitalea (iron) adalah gabungan vitamin dan mineral. Vitalea ni multivitamin dimana ia membekalkan semua vitamin asas yang diperlukan oleh ibu mengandung. Memberikan nutrien yang cukup kepada si ibu yang mengandung kerana ibu mengandung kekurangan nutrien sebab diserap oleh bayi dalam kandungan. Di samping itu, vitalea juga bantu tingkatkan HB darah. Sebab sesetengah ibu mengandung menghadapi masalah HB low.


2. B Complex

B Complex membekalkan 12 jenis vitamin B yang sangat penting untuk badan. Ia juga berfungsi memberi tenaga kepada ibu mengandung dan bantu untuk hilangkan rasa stress ibu mengandung. Biasalah ibu mengandung hormonnya lain sikit kan. Jadi dengan B Complex dapat membantu untuk atasi masalah ini. B Complex juga dapat membantu untuk mengelakkan masalah saraf otak pada bayi.


3. ESP (Energizing Soy Protein)

Ibu mengandung sangat memerlukan protein yang cukup. Kerana protein sangat penting untuk perkembangan otak bayi. ESP juga membantu dalam pembentukan otot bayi dan ibu yang mengandung juga akan kehilangan otot sebab kurang bersenam dan kurang bergerak. Ia juga memberi tenaga berpanjangan kepada ibu mengandung. Membantu mengatasi masalah loya atau angin. Tambahan, ESP juga membantu menjadikan kulit bayi yang bakal lahir halus, cantik dan kurang sensitif.


4. Omega Guard

Omega Guard membekalkan DHA dan EPA. Sangat penting untuk pembentukan minda bayi. Di samping itu, dapat membantu mengawal tekanan darah ibu mengandung. Membantu dengan melegakan batuk dan mencairkan kahak juga.

5. Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus)

Vitamin C untuk kuatkan sistem imun badan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Biasalah ibu mengandung mudah terdedah kepada penyakit. Jadi sangat penting vitamin C ini untuk ibu mengandung.


6. Alfafa Complex

Alfafa Complex membantu untuk mengurangkan ketidakselesaan ketika mengandung seperti loya, pedih ulu hati, muntah, dan anemia. Alfafa Complex juga bantu tingkatkan tahap vitamin K kepada ibu mengandung dan juga kepada bayi. Ia juga bantu dalam meningkatkan pengeluaran susu badan.


Kalau anda seorang jelitawan atau ibu berpantang yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Harga Set Postnatal Shaklee: Klik SINI

Tuesday, 18 July 2017

Promo Shaklee Julai 2017

Masih tidak terlewat kan untuk kongsi tentang PROMO yang Shaklee sediakan untuk Julai 2017 .

Buat masa ini, Shaklee lebihkan kepada promosi Purchase with Purchase (PWP) sepertimana poster yang cekyat kongsikan dibawah.

Jika anda berminat untuk dapatkan mana-mana item PWP ini, boleh hubungi cekyat ye.



 

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Testimoni: Set Nutriwhite Shaklee

Entry semalam cekyat kongsi berkenaan Set Penjagaan Wajah Murah yang Berkesan. Ramai yang baru maklum berhubung set penjagaan wajah Shaklee yang hebat ini.

Selama ini, anda mungkin hanya familiar dengan supplement atau produk kesihatan (vitamin) Shaklee sahaja kan? Tak sangka kan, Shaklee ada set penjagaan wajah yang superb.

Entry ini pula cekyat nak kongsi dengan anda Testimoni pengguna Set Nutriwhite Shaklee.

Ini bukan cerita dongeng ye. Ini adalah pengakuan ikhlas mereka.







Kalau anda seorang jelitawan yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang.Kapar.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia
Harga Set Nutriwhite Shaklee: Klik SINI

Monday, 17 July 2017

Nutriwhite Shaklee - Set Penjagaan Wajah Murah dan Berkesan

Adakah anda masih tercari-cari set penjagaan wajah yang murah dan berkesan sesuai dengan bajet yang mampu anda laburkan.

Memang tidak dinafikan ramai wanita obses nak dapatkan wajah putih berseri. Ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi mendapatkan kulit putih berseri. Malah ada juga yang sanggup menahan kesakitan seperti membuat pembedahan plastik surgery dan cucuk botox di wajah mereka. Demi cantik, segala kesakitan rela ditanggung kan?

Bagi cekyat pula, cekyat lebih suka cantik dengan kulit yang sihat dan berseri-seri tanpa kesakitan. Cekyat sama juga macam anda semua, ingin kelihatan cantik, flawless, berseri-seri dan putih menawan. Naluri perempuan kan?

Bagaimana ingin kelihatan cantik berseri tanpa kesakitan suntikan?

 

Bai cekyat, tips utama nak cantik berseri adalah penjagaan wajah. Penjagaan wajah kena ada disiplin yang tinggi terutamanya #kenarajin. Itulah kunci kepada penjagaan wajah yang mempunyai kulit sihat cantik berseri.

Ramai yang tidak tahu dan tidak menyedari yang Shaklee juga mempunyai set penjagaan wajah yang tip top seperti jenama set penjagaan wajah yang terkenal.

Cekyat memang memilih Set Penjagaan Wajah @ Set Skincare Shaklee dalam menjaga wajah cekyat.
Nak putih?
Nak kelihatan berseri-seri?
Nak nampak flawless tanpa noda?
Entry kali ini cekyat kongsikan Set Penjagaan Wajah Murah dan Berkesan daripada Shaklee iaitu Set Nutriwhite. 

Set Nutriwhite Shaklee

 

Cekyat pernah kongsikan dalam entry sebelum ini di SINI.



Set Penjagaan Wajah Nutriwhite

Mengandungi tujuh item yang terdiri daripada:-
  • Gentle Action Makeup Remover (150 ml) - Memcuci kulit muka dan mennggal sel-sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Gentle Deep Foaming Cleanser  (150 ml) - Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Soothing Radiance Whitening Softener (150 ml) - Mengembalikan keseimbangan kelembapan kulit wajah kepada pH yang sebenar
  • Daily Defense Whitening Essence (30 ml) - mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari dan  membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah. Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut.
  • Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (50 ml) - melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran 
  • Overnight Renewal Whitening Cream (48 g) - Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Spot Whitening Treatment (10 ml) - Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat

Nutriwhite: Set Asas


 

Nutriwhite: Set Whitening / Set Putihkan Kulit


Lumrah seorang wanita atau perempuan, nak cantik memang sanggup berhabis kan? Tapi dengan Shaklee, anda boleh membuat pelaburan penjagaan wajah bersesuaian dengan bajet anda.

Anda boleh mulakan dengan Set Asas Nutriwhite terlebih dahulu dan kemudian membuat tambahan sedikit demi sedikit untuk memenuhi semua item Set Whitening Nutriwhite Shaklee.

Langkah mudah untuk menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite Shaklee

 




Macamana? Baru percaya ye yang Shaklee juga mempunya Set Penjagaan Wajah selain daripadan vitamin-vitamin hebat yang menjadi rebutan jelitawan semua.

Kesan penggunaan set penjagaan wajah Shaklee ini setanding dengan nama-nama besar seperti SKII dan Estee Lauder. Ini bukan cekyat cakap, tapi pengguna yang dah merasai kedua-dua jenama tersebut dan Shaklee sendiri.

Tapi, apa yang penting adalah set penjagaan wajah Shaklee SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM tanpa bahan-bahan kimia. Cuma dengan bahan-bahan semulajadi sahaja.

Kalau anda seorang jelitawan yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang.Kapar.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia
Harga Set Nutriwhite Shaklee: Klik SINI





Saturday, 15 July 2017

Bis Shaklee: Kenapa Saya Bersama Shaklee Semula?

Entry hujung minggu ni cekyat nak kongsi dengan anda kenapa cekyat kembali aktif ber"Shaklee" selepas 'berehat' hampir tiga tahun.

Tapi, walaupun berehat hampir 3 tahun, cekyat masih meneruskan bisnes online Shaklee cuma secara tidak aktif di media sosial.

Order daripada rakan-rakan serta loyal customer masih ada, cuma tidak terlalu menonjol seperti dahulu pada ketika cekyat dalam tempoh berehat itu.

Kenapa kembali aktif?


Cekyat mengambil keputusan selepas menilai segala point-point yang terlibat. Antarnya ialah:
  • Produk Shaklee terus melangkah maju membantu kesihatan orang lain termasuk kesihatan cekyat sendiri.
  • Satu produk yang dikenali ramai dan masih menjadi pilihan 
  • Kajian-kajian yang dilaksanakan oleh Shaklee terhadap produk-produk yang menyebabkan cekyat semakin yakin.
  • Pengalaman cekyat selama hamil, menyusu, berpantang serta memiliki kulit sihat bersama Shaklee mendorong cekyat terpaksa mengakui kehebatan supplement / produk Shaklee.
  • Disaat cekyat mengambil keputusan untuk kembali aktif, pihak pengurusan Shaklee telah mengubah rules baharu (2017) yang mana telah memberi peluang kepada setiap SID untuk menikmati keuntungan runcit. Walaupun rules ini pernah dibangkitkan pada 2014.

Apakah peluang bisnes anda jika berdaftar sebagai SID?

 

Cekyat merujuk kepada point terakhir yang cekyat kongsikan di atas.

Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk memulakan bisnes Shaklee anda (jika telah berdaftar sebagai Ahli Shaklee) ataupun anda yang masih tercari-cari peluang untuk menjalankan bisnes online yang flexible, cekyat kongsi dengan anda perkara utama terlebih dahulu.

Untung Runcit 

 

Bukan cekyat maksudkan bisnes Shaklee semata-mata untuk untung, untuk duit semata-mata. Niat dihati perlu betu. Kenapa anda mencari bisnes online sebagai part time?

Untuk membantu kesihatan orang lain?
Untuk membantu menambahnilai kehidupan orang lain?
Untuk membantu keluarga atau pasangan anda?

Perbetulkan NIAT di HATI anda terlebih dahulu ye.

Okay, dari segi keuntungan (dalam mencari pendapatan tambahan di tahun 2017), Shaklee memberikan anda ruang yang seluas-luasnya.

Keuntungan runcit dari segi HARGA.

Harga Ahli cuma diberikan kepada Ahli Shaklee sahaja.
Harga Runcit diberikan kepada Bukan Ahli Shaklee.

Contoh:

Sustained Release Vitamin C Shaklee -180 biji / botol

Harga Ahli - RM82.68.
Harga Bukan Ahli - RM97.50

Untung Runcit -  RM14.82 / botol

Rules baru yang Shaklee kuatkuasakan ini sesungguhnya membantu para SID menjana pendapatan pasif dari rumah dan juga membantu menjaga produk Shaklee daripada permainan harga dikalangan individu yang tidak bertanggungjawab.

Ingin menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee kami. Klik SINI untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee.

Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang.Kapar.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Friday, 14 July 2017

Testimoni: Nutriwhite Spot Whitening Treatment Shaklee

Haisshh.. makin seronok pula rasanya bila ada testimoni terbaik berkaitan jeragat hasil penggunaan Nutriwhite Spot Whitening Treatment Shaklee ni.

Apa anda rasa bila tengok hasil macam ni?

Kulit makin cerah.
Tanpa jeragat.
Jeragat seolah-olah tak pernah singgah kat wajah pengguna Shaklee ini.

Betul tak?

Ruginya kalau tak mencuba Nutriwhite Spot Whitening Treatment Shaklee ni.

Kalau anda kurang tahu, jeragat diwajah ini membiak tau. Makin lama, makin dibiarkan, akan jadi makin banyak.

Jika tidak dirawat awal, kesannya akan menjadi lambat untuk dibaikpulih.
credit

Kalau anda seorang jelitawan yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang.Kapar.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Harga Nutriwhite Spot Whitening Treatment Shaklee: Klik SINI

Thursday, 13 July 2017

Cara Hilangkan Jeragat atau Spot Hitam Dengan Cepat

Masalah jeragat atau spot hitam diwajah memang mengambil masa yang lama untuk diatasi.

Cekyat pernah bertanyakan satu Spa yang sangat terkenal di Malaysia berkenaan kos untuk menghilangkan jeragat atau spot hitam diwajah. Anda tahu tak berapa kosnya?

Cekyat tidak pernah menggunakan khidmat di SPA selama ini untuk kecantikan kulit wajah. Cuma cekyat gunakan barang-barang didapur sahaja. Terutamanya Tomato Ice Cube.

Oh ye, kos untuk merawat masalah jeragat atau spot hitam diwajah di SPA yang berkenaan adalah RM250.00 satu sesi.

Korang rasa?? Mampu tak? Sehingga jeragat atau spot hitam itu betul-betul hilang atau pudar, agak-agaknya berapa sesi perlu anda lalui sesi rawatan itu?

1 sesi?

3 sesi?

10 sesi?

Berapa kos agaknya yang perlu anda sediakan?

Cara selamat yang cekyat boleh kongsi dengan anda ialah dengan menggunakan Spot Whitening Treatment Shaklee untuk merawat jeragat atau spot hitam dari luar dengan cara cepat dan selamat.

Apakah Spot Whitening Treatment Shaklee?

 

 
Kalau anda seorang jelitawan yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang.Kapar.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia 

Harga Nutriwhite Spot Whitening Treatment Shaklee: Klik SINI

Wednesday, 12 July 2017

Info Produk: Herbal Blend Shaklee

Herbal Blend Shaklee ni antara item yang cekyat sediakan dalam senarai kelengkapan baby sebelum bersalin sebagai pengganti losyen baby. Krim ini juga cekyat gunakan dalam aktiviti seharian bersama dengan Abg dan Adik.

Kalau kena gigitan serangga, nyamuk atau gatal-gatal Adik dan Abg memang akan minta Herbal Blend Shaklee untuk disapu. Tak nak minyak angin lain.

Yang istimewanya, Herbal Blend Shaklee ni "user friendly" walaupun untuk kanak-kanak.

Jadi, entry kali ini cekyat nak berkongsi berkenaan info Herbal Blend Shaklee.

Apa itu Herbal Blend Shaklee @ Multi-Purpose Cream Shaklee?




Berapa Tempoh Kegunaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?

Dengan berat bersih 4oz atau bersamaan 113mg, krim ini boleh digunakan untuk satu tempoh jangka masa yang lama. Ia bergantung kepada cara penggunaannya.

Cekyat pernah mengunakan krim ni sehingga tamat tempoh penggunaannya. Maksudnya, tanpa disedari cekyat dan keluarga, Herbal Blend kami yang kami gunakan pada masa itu sudah menghampiri tempoh "expired date" sehingga kami terpaksa order krim yang baru dari HQ Shaklee.


Apakah kandungan Herbal Blend Shaklee?


Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Tumbuhan-tumbuhan ini telah digunakan sejak zaman-berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja ia sangat banyak kegunaannya.

Apa Keistimewaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?

Yang paling cekyat suka krim Herbal Blend Shaklee ni sangat mesra kulit dan mesra alam. Sebab tu krim ini wajib ada bersama dalam aktiviti harian cekyat. Antara keistimewaan lain krim Herbal Blend Shaklee ini ialah:-
  • Dingin pada kulit
  • Ekstrak herba semulajadi
  • Tidak berminyak
  • Mudah meresap
  • Aroma menyenangkan
  • Mudah digunakan
  • Mudah dibawa
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Dijamin berkesan
  • Halal
  • Tanpa paraben dan steroid
Yang paling penting ialah krim Herbal Blend Shaklee ini TANPA PARABEN & STEROID.

Apa Fungsi Herbal Blend® Multi-Purpose Cream? 

  

  • Melembutkan kulit / tumit kasar @ pecah
  • Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala
  • Menghilangkan luka dan merawat eczema
  • Melegakan gigitan serangga / nyamuk
  • Merawat kulit gatal
  • Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
  • Losyen harian untuk kulit kering
  • Krim urut badan lenguh
  • Merawat kesan luka melecur
  • Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
  • Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
  • Ubat luka atau melecur
  • Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
  • Menghilangkan parut
  • Losyen harian
  • Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan).
  • Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda
  • Membuang selulit serta memecahkan lemak berlebihan.

Siapakah yang boleh guna krim multi purpose ni?

  • Bayi
  • lelaki mahupun wanita
  • Pesakit Ekzema ( masalah kulit )
  • Bakal ibu yang bakal menimang cahaya mata / bayi
  • Mereka yang mahu kempiskan perut buncit dan berlemak
  • Mereka yang mahukan kulit sentiasa cantik dan lembut
  • Mereka yang sering demam
  • Kanak-kanak yang sering berkudis dan gatal-gatal badan
  • Warga emas

Kalau anda seorang ibu dan jelitawan yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang.Kapar.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Harga Herbal Blend Shaklee: Klik SINI

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...