Thursday, 20 July 2017

12 Tanda Bersalin Yang Wajib Ibu Tahu Agar Sempat Ke Hospital

Alhamdulillah. Rezeki hari ini dapat makan nasi ayam sedap dari warung depan ofis. Sedap sangat. Mengidam lagi ke mak yong ni? hehe

Habis je makan nasi ayam sebungkus, kawan-kawan tegur.

Kenapa tegak semacam je tu? Kenyang sangat ke?

Sebenarnya bukan sebab kekenyangan tetapi baby kat dalam ni yang mengeras je sepanjang masa. Bila senior-senior ofis tengok je, terus diorang cakap perut dah turun.

Bila perut dah turun, itu tanda-tanda awal kelahiran. Maksudnya, cekyat sekarang sudah pun menunjukan tanda-tanda hendak bersalin.

Betul ke?

Baru 34 minggu je ni. In sha Allah, baby tak lahir premature. Ameen

Sambil-sambil senior-senior dok bagitau tanda-tanda kelahiran cekyat terus google. Akhirnya jumpa kat SINI 12 tanda bersalin yang wajib ibu tahu agar sempat ke hospital.

12 Tanda Bersalin Yang Wajib Ibu Tahu Agar Sempat Ke Hospital

 

1. Perubahan bentuk tubuh

Perubahan pada hormon akan melahirkan bentuk tubuh ibu hamil jadi berubah. Bahagian punggung akan melebar dan mempermudah jalan lahir si kecil, payudara juga nampak semakin membesar untuk proses penghasilan susu.

2. Sakit Punggung

Ini merupakan gejala paling umum akan dirasakan sebelum melahirkan atau melalui proses bersalin. Jadi, para wanita harus dapat membezakan antara sakit pada bahagian punggung yang normal atau merupakan salah satu dari tanda-tanda mau melahirkan.

3.Perut ibu hamil terasa mengeras

Perut ibu hamil terasa mengeras disebabkan bayi anda mulai turun ke bawah rahim. Selain itu, rasa memulas itu akan membuat perutnya terasa semakin keras.

4. Perut nampak jatuh

Beberapa minggu sebelum melahirkan, kedudukan bayi semakin ke bawah. Kepala babyi akan mula engaged dengan tulang pelvik kita sedikit demi sedikit. Pada waktu ini ibu akan mudah terasa nak membuang air kecil seperti pada Trimester Pertama kerana kepala bayi menekan pada pundi kencing. Berita baiknya pula, ibu dah boleh bernafas dengan agak mudah kerana ruang atas dah semakin kosong.

5.Keluar lendir dari vagina

Ini merupakan tanda-tanda yang proses kelahiran anda semakin dekat. Jika masalah ini semakin banyak menandakan anda semakin dekat proses untuk bersalin. Lendir ini kemudiannya akan bertukar menjadi air, akan mengalir keluar sebaik tibanya saat anda akan bersalin.

6.Ada cairan darah

Jika terdapat cairan darah pada vagina, terus dapatkan rawatan segera. Ini menunjukkan proses bersalin semakin dekat dan ia mengambil masa yang lama untuk anda melahirkan bayi.

7.Tidak tahan buang air kecil

Tidak tertahan untuk buang air kecil. Mungkin sepanjang hamil itu gejala normal seorang ibu hamil, tambah bila dah masuk trimester ketiga kehamilan. Tapi kali ini sangat berbeza. Anda boleh merasakan sebuah dorongan hebat yang akan membuatkan anda asyik nak buang air kecil. Punca utama, kepala bayi mula menekan ke arah bawah. Tak pelik ya, kadang anda boleh rasa rambut bayi!

8.Gerakan bayi perlahan

Sebelum anda merasa kesakitan untuk bersalin, pergerakan bayi akan terasa lambat bergerak. Ini kerana saat itu bayi sedang mengatur posisi kelahirannya.

9.Pecah air ketumban

Setelah merasakan adanya contraction, vagina akan mengeluarkan air atau dipanggil pecah air ketumban. Awas, bila air ketuban pecah, wajib cepat-cepat ke hospital kerana semakin lama anda bertahan, lagi bahaya kerana baby mudah terkena jangkitan sekitanya perkara ini terjadi. Atau kita takut bayi lemas!

10.Rasa cramp dan juga sakit belakang yang agak kuat

Kalau bukan anak yang pertama, anda akan rasa semakin sakit di bahagian belakang bawah. Otot akan melonggar dan bergerak sebagai persediaan untuk melahirkan. Semakin hampir dengan due date, anda akan dapat merasakan bahagian badan anda semakin melonggar. Jangan risau, ini adalah sebagai persediaan untuk memberi laluan kepada si kecil anda keluar.

11.Pembukaan

Tanda akan melahirkan yang terakhir kepala bayi berada di bahagian pintu rahim, pembukaan jalan berlaku secara perlahan-lahan. Rahim akan terbuka satu persatu sekitar dua jam sekali yang semakin dekat untuk bersalin.

12. Mula rasa contraction yang sangat kerap

Bila mula rasa contraction, boleh mula tengok jam. Kalau 20 minit sekali, itu tandanya anda boleh pergi hospital! Tetapi andai rasa contraction 1 minit sekali, itu memang waktu yang tepat kepala bayi nak keluar. Waktu ini anda akan rasa macam nak buang air besar. 
 
Kalau ibu hamil ada mengalami tanda-tanda seperti yang di atas, bersiap sedialah. Yang penting anda suami isteri jangan panik. Jangan pula mengambil masa yang lama untuk ke hospital. Ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak ye.

Dalam perjalanan ke hospital, elok ibu baca ayat ini untuk memudahkan proses bersalin. Cekyat amalkan semasa hendak bersalinkan Darwish Hakeem. Paling bagus, kalau dapat amalkan sepanjang tempoh kehamilan.

Moga info ini bermanfaat buat ibu-ibu muda yang bakal melahirkan bayi comel! 
Jangan lupa kelengkapan baby dan kelengkapan mama untuk ke hopital ye. Bawa bersama Set Postnatal Shaklee @ Set Pantang Shaklee juga. in Sha Allah, boleh diamalkan sejak hari pertama di hospital dan tak perlu risau tentang anak jaundice. Sembelit dan badan seram sejuk pun tiada =) 
Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang.Kapar.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...