Saturday, 8 July 2017

3rd Pregnancy: Senarai Kelengkapan Barang Baby Untuk Ke Hospital

Memandangkan minggu ini dah masuk minggu ke 33 kandungan ketiga cekyat, terasa nak berkongsi pula dengan anda senarai kelengkapan barang baby untuk ke hospital.

Dua kali pengalaman sebelum ni cekyat tak pernah pula kongsi kat blog ni. Ye la, masa tu belum ada pengalaman yang sebenar-benarnya lagi. Tapi kali ni dah kali ketiga, so ada laa keberanian sedikit.

Senarai kelengkapan barang baby ni cekyat bukan saja khaskan untuk pergi ke hospital tapi sebenarnya senarai kelengkapan barang baby ni untuk kegunaan harian juga. Pendek kata, senarai keperluan untuk menyambut orang baru la ye.

Apa senarai kelengkapan barang baby tu?

 

1. Pampers / Diapers newborn

Berdasarkan pengalaman bersalin dua kali sebelum ini, cekyat memang suka sediakan diapers newborn dari brand DRYPERS. Sebab dah biasa pakaikan untuk Dasuki sejak kecil, so masa Darwish pun cekyat sediakan dari brand yang sama.

Tapi memandangkan kali ketiga ni cekyat dah ada pengalaman sedikit, cekyat rasa nak tukar brand kepada brand yang lebih menjimatkan dari segi kos tapi menguntungkan semasa memakai.

Ye la, baby selalunya kerap kencing dan poo-poo. So, semasa baby ni its ok kalau pakai brand yang biasa-biasa sahaja. Tapi yang lebih penting tidak menjadikan baby mendapat ruam.

2. Baju newborn

Sediakan beberapa helai baju lengan panjang dan lengan pendek. Cekyat lebih suka kalau baju yang dibawa adalah baju berbutang. Senang untuk dipakaikan.

Yang macam rompers or jumpsuit tu cekyat tak berapa pandai nak pakaikan kepada newborn.

3. Sarung tangan dan kaki newborn

Yang ni cekyat selalu bawa 2-3 pasang. Untuk kali ketiga ni, cekyat bawa yang kaler putih. Untuk pakai kat rumah nanti, boleh pakai yang zaman abang-abang punya.





4. Wet tissue

Brand yang cekyat selalu pakai adalah Anakku dan Fiffi. Paling bagus kalau dapat bawa yang dalam botol tu. Bawa 1 botol atau 1 paket pun dah cukup.

Masa bersalin Dasuki dulu, cekyat kat hospital cuma 1 hari (24 jam), tapi masa Darwish pula hanya 12 jam sahaja. So, dah memadai dengan 1 botol wet tissue untuk kegunaan baby.



5. Barut baby 

 

6. Selimut baby

Sediakan selimut baby yang ada hoodie dan yang boleh terus dijadikan bedung. Jimat. Penggunaan two-in-one.



7. Napkin @ kain lampin

 

8. Minyak angin

 

9. Tuala baby

Tuala baby ni cekyat beli baru. Biasa laa kalau yang abang-abang punya, cekyat akan gunapakai sehingga diorang dah besar. Maksudnya sampai sekarang diorang pakai tuala tu.

10. Topi

Kebiasaannya mak cekyat yang akan bising. Katanya, baby yang baru keluar, kepalanya kena pakaikan topi. Tak boleh biarkan kosong, nanti ringan sangat. Sebab tu laa cekyat bawa terus topi comel ni untuk sikecil.

11. Krim / losyen baby

Selalunya cekyat standby lotion baby dari brand biasa ibu-ibu gunakan macam Johnson & Johnson ataupun Anakku. Tapi kali ini cekyat standby daripada awal krim Herbal Blend Shaklee.

Krim ni bagus untuk buat usapan lembut pada baby selepas mandi. Sekiranya baby ada ruam atau ekzema ataupun kena gigitan nyamuk, Krim Herbal Blend ni sangat-sangat membantu.



So, cekyat harap perkongsian cekyat dalam entry ni membantu ibu-ibu yang sedang menunggu hari untuk bersalin. Macam cekyat ni.

Kalau ibu-ibu perlukan krim Herbal Blend ni, boleh hubungi cekyat ye. In Sha Allah cekyat akan membantu untuk melengkapkan senarai kelengkapan barang baby ibu-ibu sekalian.

Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang.Kapar.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...