Wednesday, 26 July 2017

Breastfeeding Diaries: Senarai Barang Keperluan Asas Penyusuan

Assalamualaikum.. haisshh, tetiba kan? hehe.. tapi memang wajib memberi salam kan? Jawab tau..

Okeh, entry kali ini cekyat rasa ingin berkongsi berkenaan dengan penyusuan. Tetiba pula terasa perlu semak semula keperluan penyusuan cekyat sebelum ini.

Kiranya ini kali kedua cekyat nak memenuhi tanggungjawab sebagai seorang mama dengan memberi susu badan sepenuhnya kepada anak ketiga cekyat. In sha Allah.

Anak kedua cekyat, Darwish Hakeem merupakan pengalaman pertama cekyat memberikan susu badan sepenuhnya.

Happy sangat bila dapat menyusukan dia sehingga umurnya 26 bulan 8 hari. Rezeki yang tidak pernah putus dari Allah dan dengan bantuan Set Menyusu Shaklee sebagai asbabnya. Bersyukur yang tidak terhingga. Masa kali pertama tu, cekyat memang tidak buat apa-apa senarai semak berkenaan barang keperluan untuk penyusuan penuh terutama sekali untuk membuat stok susu. Apa yang cekyat tahu, kena ada pam susu je. Yang lain, pengetahuan zero. Sedih sungguh.

Tapi kali ini, cekyat memang nak betu-betul bersedia untuk penyusuan penuh. Cekyat nak sediakan barang-barang keperluan penyusuan dengan terperinci. Tak nak jadi macam dulu. Satu-satu kena beli. Kesian encik suami cekyat.

Apakah Senarai Barang Keperluan Penyusuan Yang Perlu Disediakan?

 

Breast Pam / Pam Susu

Anda yang baru pertama kali ingin menyusu badan sepenuhnya perlu sediakan pam susu. Bagi cekyat, tak perlu beli pam susu paling mahal, jenama paling glamer. Tapi cukup pam susu yang sesuai dengan "poket" anda dan memberikan anda selesa semasa sesi mengepam.

Cekyat pernah pakai pam susu Eve Love sepanjang melengkapkan penyusuan susu badan Darwish Hakeem. Itu pun cekyat beli yang "preloved" punya. Tapi, alhamdulillah walaupun beli yang preloved tapi kondisi pam susu 98% bagus dan memberi kerjasama baik sepanjang 26 bulan.


Storage Bottle / Storage Bag

Bekas simpanan stok susu ini paling penting untuk disediakan terlebih dahulu. Cekyat dulu, tak sediakan pun tau. Masa tengah pantang tu, baru sedar yang stok EBM cekyat tu tiada bekas simpanan. Kelam kabut call en.suami belikan.

Cekyat pernah cuba beberapa jenama untuk storage bag. Paling cekyat recommend untuk anda ialah dari jenama Eve Love, Jingle Jungle dan Autumn. Kenapa? Bagi cekyat, selain daripada plastiknya FREE BPA dan 'double zipper', kualiti plastiknya adalah sangat tebal dan tidak nipis. Ianya mengelakan plastik menjadi cepat bocor dan menumpahkan titisan berharga milik anak anda.



 
 
 Ini brand yang cekyat pernah guna sebelum ini dan cekyat boleh bagi 100% jaminan berpuas hati.

Yang paling cekyat tak sarankan ialah daripada jenama FIFFY. Kualiti plastik yang sangat nipis memudahkan ianya cepat bocor. Cekyat pernah hilang almost 5 bag x 7oz susu Darwish Hakeem kerana plastik bocor. Sedeyyy.

Storage bottle pula cekyat pilih jenama Autumnz. Alhamdulillah, tahan lasak.

Cooler Bag

Cekyat beli 2 unit masa penyusuan Darwish Hakeem. Satu untuk hantar susu ke rumah pengasuh dan satu lagi untuk simpan stok susu yang cekyat pam semasa di pejabat.

Cekyat beli dari jenama Autumnz.

Tapi, cukup dua tahun penggunaan cooler bag ini dah selamat ke dalam dustbin. 2 tahun lebih berkhidmat dengan penuh dedikasi. Susu pun mantain sejuk selama 8-9 jam. Ok laa kan. Sebabnya, habis je waktu pejabat cekyat terus bali rumah dan masukkan dalam chiller. Kemudian baru transfer ke dalam upright freezer.
Sebijik macam ni laa yang cekyat pakai sebelum ni.

Reusable Ice Pack

Ice pack ni cekyat beli daripada jenama Autumnz. Sehingga sekarang masih ada dan masih elok. In Sha Allah, akan terus digunapakai untuk penyusuan kali ini.

Macamana nak tahu tarikh luput ice pack ni?

Senang je. Bila anda sejukkan dalam freezer tetapi bila masukkan dalam cooler bag untuk sejukkan susu, ianya sudah tidak mahu bekerjasama lagi. Susu dah tak sejuk.



Upright Freezer /  Chest Freezer

Alhamdulillah, yang ni memang costly sikit tapi untuk kali ini cekyat tak perlu keluarkan modal lagi. Sebabnya yang Darwish Hakeem dulu masih elok dan berfungsi dengan bagus lagi.



Upright Freezer tu cekyat pernah kongsi di entry SINI


Cekyat rasa ini adalah senarai keperluan asas yang perlu parents sediakan untuk membantu melancarkan perjalanan dua tahun menyusu dengan susu badan sepenuhnya. Senarai ini adalah yang paling asas ye.

Bagi cekyat yang lain-lain adalah sampingan sahaja. Dan cekyat akan cuba kongsi dalam entry selanjutntya tau.

Semoga perkongsian cekyat ini memberi manfaat kepada anda semua.


cekyat Shaklee @ Geng Menyusu Anda
019.397.9157
COD: Klang, Kapar, Shah Alam

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...