Friday, 7 July 2017

Jeragat dan Cara Pudarkan Dengan Barang di Dapur

Jeragat merupakan masalah besar bagi individu kan? Yang boleh menurunkan "self confidence" ketika berhadapan dengan orang ramai. Dan betapa sukarnya untuk menghilangkan jeragat itu.

Anda punya masalah yang sama? Tahukan anda apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan jeragat?

Apakah yang dimaksudkan dengan jeragat?

 

Jeragat adalah masalah kulit yang biasa. Ia menyebabkan kulit jadi gelap, bertompok dan berubah warna. Jeragat lebih biasa terjadi di kalangan wanita berbanding lelaki. Walaumacamanapun, jeragat tak bagi apa-apa kesan kecederaan fizikal, cuma kita akan rasa segan dan tak yakin bila berdepan dengan public.




Punca jeragat

 

Bagi anda yang sering tertanya-tanya apkah punca sebenar wajah anda dipenuhi oleh tompokan hitam jeragat, berikut adalah antara punca-punca yang mewujudkan jeragat di situ. Antaranya:-

► Rawatan hormon

Kandungan estrogen dan sensitiviti progesteron. Ini bermakna penggunaan pil kawalan kelahiran (birthcontrol), pil kesuburan, dan pil terapi hormon yang berterusan boleh menyebabkan jeragat.

Kajian menunjukkan ramai wanita yang menjalani rawatan hormon (pil) banyak mengalami masalah jeragat.

Punca jeragat ini menyebabkan hormon menjadi tidak stabil. Ramai kenalan berkata jeragat tumbuh selepas mereka ambil perancang kehamilan.

► Tekanan (stress). 

 

► Penyakit tiroid.

Ia juga dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid rendah.

► Terdedah kepada matahari

Selalu terdedah kepada cahaya matahari. Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit.

UV A merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Jadi, untuk hilangkan jeragat, punca utama jeragat ini mesti diatasi.

Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

► Kehamilan

Bagi sesetengah wanita, melasma akan hilang dengan sendiri. Ini biasanya berlaku apabila jeragat muncul disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Untuk kes sebegini, selepas melahirkan, jeragat akan hilang.

Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu.

Jadi, ibu mengandung di sarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat.

Masalah yang biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat.

Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.

Tips atau Petua Pudarkan Jeragat

 
Yang ada masalah jeragat, jangan susah hati. Jangan rasa kurang keyakinan diri. Jom cekyat kongsi dengan anda cara nak pudarkan jeragat tu. Kalau hilang terus lagi bagus. Yang penting anda kena rajin mengamalkan tips dan petua pudarkan jeragat yang cekyat kongsi ni.

Tak susah pun. Cuma gunakan barang-barang yang ada didapur anda je.

► Baking Soda.

Ambil sesudu serbuk baking soda dan campurkan sedikit air untuk menghasilkan pes masker yang tebal untuk keseluruhan muka anda.

Sapukan ke muka anda dan biarkan sehingga kering sebelum dibilas dengan air bersih samada suam atau sejuk. Cekyat bilas dengan air suam.



Lakukan dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Baking soda atau soda penaik ini baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.

► Oatmeal

Campurkan 2 sudu yogurt, 1 sudu madu, 1 sudu jus lemon dan 4 sudu serbuk oatmeal sehingga menjadi pes.

Lembabkan kulit dan sapu pes ini keseluruhan muka. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam.

Sekiranya tiada bahan-bahan lain, campurkan serbuk oatmeal dengan air dan gosok pada muka. Biarkan selama 10 minit dan bilas.


Kebaikan oatmeal adalah sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kotoran dan kulit mati yang terkumpul dimuka. Selain itu, ia juga beruaya menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

► Jus Lemon

Celupkan "cotton ball" kedalam jus lemon dan golekkan pada muka. Biarkan selama 15-20 minit dan cuci dengan air sejuk. Lakukan setiap malam sebelum selama sebulan untuk kesan yang anda ingini.



Jus lemon kaya dengan "acid alpha hydroxy" yang membantu mengelupaskan kulit mati dan memudahkan pertumbuhan semula sel baru. Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana bersifat astrigen.
 
Ada banyak lagi tips atau petua yang anda boleh amalkan untuk merawat masalah jerawat, jeragat, blackhead dan whitehead secara jimat dan senang. Tips yang cekyat kongsi ini hanyalah sebahagian sahaja. Anda boleh klik SINI untuk lebih banyak tips dan petua.

Untuk lebih membantu anda merawat masalah jeragat anda, boleh juga mulakan merawat dari dalam dengan Collagen Shaklee dan  Set Kecantikan Kulit Shaklee.
 
Cekyat sudi membantu anda okeyyy :-) 

Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...