Friday, 21 July 2017

Menu Berpantang Mudah dan Cepat Disediakan

Berdebar sangat untuk kelahiran ketiga ni.

Berdebar bukan sebab apa pun, cuma sebab due date bersalin selang seminggu sahaja dengan Public Holiday iaitu Merdeka Day dan Hari Raya Haji.
Berdebar sebab risaukan kesesakan trafik untuk balik berpantang dikampung. Almaklum la, semua anak jati Kelantan pasti akan balik kampung semasa musim Raya Haji nanti. Tambahan pula, ketika itu juga adalah cuti sekolah.

Jadi cekyat berfikir, apa kata cekyat sediakan dulu menu berpantang ringkas yang boleh cekyat sediakan sendiri sementara menunggu hari bersalin.

Cekyat memang daripada sebelum ini lagi terliur ingin berpantang dengan ikan bilis goreng garing, bawang putih goreng garing dan serunding daging.

Untuk air pula, cekyat rasa nak minum air berasaskan kurma. Jadi, kena laa buat pes kurma kan?

Ikan Bilis Goreng Garing

Khasiat Ikan Bilis


Ikan bilis mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti:
  • Selenium
Selenium merupakan mineral yang sangat mesra jantung dan memainkan peranan mikro nutrien dalam mencegah arteri daripada tersumbat. Ini sangat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung dan mencegah strok
Kajian terbaru menunjukan bahawa jumlah selenium yang mencukupi dalam badan dapat mengurangkan pelbagai jenis kanser.
  • Polyunstaturated Asid Lemak
Ikan bilis mengandungi lemak tak tepu / lemak baik iaitu omega 3 yang bagus untuk mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser dan menggalakan pertumbuhan tisu malignan dalam badan.
  • Kalium
Kalium memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan saraf dan otak bai membolehkan berfungsi dengan sempurna.
Mineral ini mempunyai peranan penting untuk memudahkan fungsi otot dan memastikan struktur otot dapat mengecut dengan sempurna bila perlu.
  • Protein dan Kalsium
Ikan bilis juga sumber ikan yang kaya dengan protein dan kasium. Pengambilan protein yang cukup dapat memastikan otot dan tisu badan kekal dalam keadaan baik. Manakala pengambilan kalsium  yang mencukupi membantu mengekalkan struktur rangka dan tulang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis
  • Vitamin A, D dan E 
Ikan bilis sama seperti ikan-ikan yang lain yang kaya dengan vitamin A,D dan E. Vitamin A dan D adalah penting bagi menggalakkan dan mengekalkan kesihatan tulang dan sistem imunisasi. 
Vitamin E dan A pula merupakan nutiren penting dalam mengekalkan kesihatan kulit dan menggalakan kesihatan badan serta minda. Selain itu, kedua-dua Vitamin A dan E merupakan vitamin antioksidan yang tinggi yang membantu mengelakan pertumbuhan kanser.

Cara-cara menyediakan:

  • Basuh ikan bilis sehingga bersih. Sekiranya ikan bilis yang anda gunakan adalah ikan bilis bersaiz besar dan mempunyai kepala, cekyat nasihatkan anda belah badan ikan bilas dan keluarkan kotoran diperut serta buang kepala terlebih dahulu.
  • Panaskan minyak didalam kuali
  • Apabila minyak telah betul-betul panas, masukan ikan bilis yang telah ditoskan tadi. Goreng sehingga garing dan rangup. Jangan sampai hangit tau. Nanti pahit pula rasanya. 
SIAP!!!! Sementara menunggu hari berpantang tiba, simpan ikan bilis yang telah digoreng rangup tadi dalam bekas kedap udara.

Bawang Putih Goreng Garing


Khasiat Bawang Putih

  • Bawang putih bermanfaat untuk mencegah penambahan dan menurunkan berat badan. Banyak bukti telah diperolehi melalui kajian dan ujian yang menunjukan bawang putih berfungsi secara efektif dalam menceah darah tinggi, diabetis serta risiko penyakit jantung.
  • Mencegah pembekuan darah
  • Menurunkan kolestrol
  • Melancarkan pencernaan 

Cara-cara menyediakan:-

Kupas dan hiris bawang putih. Hiriskan nipis dan basuh sehingga bersih. Toskan sehingga hampir kering dan goreng dalam minyak yang telah panas. Jangan sampai hangus, nanti tak sedap pula nak makan.

Seeloknya makan bersama nasi putih panas dan lada hitam atau boleh tambahkan didalam sup. 

Pes Buah Kurma

 
Pes ini bagus untuk:-
  • menambahkan tenaga
  • membantu menambahkan pengeluaran susu badan
  • membantu mengelakan baby mendapat jaundice (demam kuning)
  • membantu mengurangkan risiko baby mendapat ekzema
  • membantu meningkat bacaan HB ibu mengandung

 Cara menyediakan:-

  • Basuh dan kukuskan buah kurma selama beberapa minit
  • Kupaskan kulit luar buah kurma dan asingkan biji daripada isi.
  • Masukan dalam blender dan kisar sehingga menjadi pes. (Jika perlu tambah air kukusan untuk melancarkan proses kisaran, then its OK.)
  • Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti ais.
Pes kurma ini nanti cekyat akan campur bersama dengan Horlick suam dan minuman ESP semasa berpantang nanti. Ini kerana, hanya dua menu minuman ini je yang cekyat mampu telan sepanjang berpantang.

Mudah tak nak sediakan menu asas berpantang ni?

Dah boleh sediakan daripada sekarang kan?

Semoga perkongsian cekyat ini memberi manfaat kepada anda semua.

cekyat Shaklee
019.397.9157
COD: Klang, Kapar, Shah Alam

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...