Thursday, 6 July 2017

Nasi Lemak Hijau Mudah dan Senang

Minggu ini en.suami cekyat kerja petang. Jadi waktu pagi semasa cekyat dan anak-anak nak keluar rumah, dia akan ada dirumah. Sudah semestinya la cekyat kena sediakan sarapan pagi.

Daripada petang semalam lai sebenarnya cekyat dok fikir nak masak nasi lemak untuk sarapan pagi hari ini. Jadi, dalam perjalanan balik kerja terus cekyat singgah kedai runcit beli barang-barang untuk sediakan nasi lemak hijau yang mudah dan senang ni.

Tapi, awal-awal lagi ye cekyat minta maaf. cekyat tak sempat nak ambil gambar hasil air tangan pertama kali cekyat tu.

Tapi sini cekyat kongsi resepi je laa dulu ye.

Bahan-bahan sambal ikan bilis

 

1 mangkuk ikan bilis - dibasuh dan toskan

1 biji bawang besar holland (separuh blend, separuh potong-potong untuk masukkan dalam sambal ikan bilis)

3 biji bawang putih

4 sudu besar cili giling

Asam keping (boleh guna air asam jawa juga)

Gula

Garam

Gula Melaka (suku sahaja / potong 4)

Maggi Secukup Rasa


Cara-caranya

Blendkan bawang besar holland dan bawang putih sehingga hancur. Panaskan minyak masak sehingga betul betul panas dan tumiskan bawang yang telah diblend tadi.

Masukan 4 sudu besar cili giling dan tumis sehingga garing dengan api perlahan.

Apabila tumis dah hampir pecah minyak, masukan ikan bilis dan asam keping bersama suku gula melaka. Gula melaka menjadikan sambal lebih rasa lemak dan warna gelap sedikit. Macam comel je warnanya.
 
Bila sambal ikan bilis dan nampak hampir kering / garing, masukan gula, garam, Maggi secukup rasa dengan kadar secukup rasa tekak anda ye.



Bahan-bahan Nasi Lemak Hijau


Satu Setengah Pot Beras

Satu cawan santan pekat (tapi better lebihkan kepada 2 cawan santan pekat ye. cekyat punya tadi kurang lemak nasinya.)

9 helai daun pandan (7 helai untuk di blend bagi mendapatkan airnya. 2 helai untuk di simpul masuk kedalam nasi)

1 inci halia

Sedikit garam


Cara-caranya

Cuci beras sehingga bersih dan toskan.
Blend daun pandan dengan air secukupnya. Masukan air daun pandan kedalam beras. Tambahkan dengan santan pekat yang telah disukat tadi. Sekiranya sukatan tidak mencukupi untuk masak nasi, tambahlah air secukupnya. Prosesnya sama macam masak nasi putih yang anda dah biasa buat tu.

Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan halia bersama sedikit garam kedalam periuk nasi.

Then, sedia untuk dimasak.

Tambahan lain yang mesti ada untuk nasi lemak hijau mudah dan senang cekyat ni ialah ikan bilis goreng garing, telur rebus, timun dan ayam goreng.

Fuh, memang berselera la sarapan tadi. cekyat siap bertambah dua pinggan lagi. Abam Dasuki pun makan dengan selera. En.Suami usah cakap la.Dipuji-pujinya nasi lemak hijau cekyat ni. Sedap katanya. Cuma kalau nasi tu lebih santan, lagi laa gempak katanya.

Adik Awish pula macam biasa, tukang habiskan telur rebus. hehe

Kalau anda kurang jelas macamana rupanya nasi lemak hijau ni, ce google. Mesti jumpa tau :-)

Lepas makan nasi lemak hijau tadi, terus cekyat telan B Complex, Vitamin C dan Vita-Lea untuk kesihatan optimum mama dan baby.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...