Tuesday, 4 July 2017

Rawat masalah kulit jerawat dengan Vitamin C SR Shaklee

"Assalam sis, Shaklee boleh bantu masalah jerawat saya tak?"

"Kak, kalau jerawat pasir apa yang sesuai ye untuk di ambil?"

Ini antara soalan-soalan command yang cekyat terima sepanjang menjadi SID Shaklee. Memang menjadi tanggungjawab cekyat untuk memberi konsultasi kepada setiap yang bertanya soalan-soalan berkaitan Shaklee dan masalah-masalah mereka.

Tapi rata-rata mengutarakan masalah yang sama iaitu JERAWAT.

Tahukah anda, jerawat terhasil apabila sebum, sel kulit mati dan bakteria terperangkap dalam liang roma. Ada banyak faktor terjadinya jerawat. Sesetengah orang jerawat hanya timbul bila nak mengalami haid. Sesetengahnya tidak. Jerawat main keluar ikut sesuka hati sesedap rasa sahaja.

Cuba lihat satu persatu faktor-faktor pertumbuhan jerawat yang cekyat kongsi di bawah, dan yang manakah terjadi pada diri anda.
Faktor 1:

Ketidakseimbangan hormon terutama ketika awal remaja. Pengaruh hormon androgen akan mengakibatkan kalenjar sebaceous mengeluarkan lebih banyak sebum. Sebum akan terperangkap dalam riang roma dan menyebabkan terjadinya jerawat. Hormon androgen juga akan meningkat ketika tempoh menjelang haid. Sebab tu jerawat muncul ketika nak period.

Faktor 2: 
Gaya hidup tidak sihat dan terdedah kepada pencemaran sekitar yang teruk mengundang kehadiran bakteria di permukaan kulit yang berminyak yang dinamakan sebaga Propionibacterium acnes. Sumber makanan bagi bakteria ini adalah sebum dan sel kulit mati di permukaan kulit.

Faktor 3: 
Stress juga boleh menyebabkan jerawat. Bila stress, badan akan mengeluarkan lebih banyak hormon androgen dan adrenalin lalu mencetuskan lebih banyak sebum. Tahap stress tinggi dan tidak dikawal boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk.

Faktor 4:

Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyumbang terjadinya jerawat. Makanan tinggi gula boleh memberi kesan kepada hormon insulin. Hormon insulin boleh mempengaruhi hormon lain termasuklah androgen.

Bagaimana Vitamin C SR Shaklee boleh merawat jerawat?


Vitamin C berguna dalam rawatan jerawat atas dua sebab utama: ia berfungsi sebagai antioksidan dan ia menyumbang kepada sintesis kolagen.

Sebagai antioksidan, vitamin C membuang radikal bebas yang berbahaya dan menguraikannya kepada sebatian yang tidak berbahaya. Salah satu punca jerawat adalah kerosakan kepada kulit akibat daripad aaktiviti radikal bebas.

Apabila radikal bebas dibiarkan pada kulit, mereka memecahkan protein dan asid lemak yang membentuk kulit dan mengganggu pH normal kulit. Kesan-kesan ini terkumpul dan boleh mengubah sifat kulit. Gangguan radikal bebas yang merosakkan kelenjar sebum boleh meningkatkan pengeluaran sebum dan mendedahkan kulit kepada jangkitan bakteria. Untuk mengelakkan tindak balas rantai ini yang membawa kepada jerawat, vitamin C boleh membantu menyerap radikal bebas sebelum ia merosakkan kulit. Ini membolehkan kulit yang dilindungi dan menghalang pembentukan luka jerawat.

Di samping bertindak sebgai antioksidan, vitamin C juga menyumbang kepada pengeluaran kolagen. Kolagen merupakan protein yang membentuk kulit. Apabila ia tidak dikeluarkan dalam jumlah yang betul, sifat dan integriti kulit adalah terjejas dan kulit menjadi mudah terdedah kepada jerawat. Tanpa vitamin C, kolagen yang dihasilkan menjadi tidak stabil dan tidak dapat memenuhi fungsi-fungsi yang diperlukan kulit sebagai penghalang perlindungan.

Berkesan ke Vitamin C SR Shaklee? 


Penggunaan Vitamin C yang berterusan berjaya membantu ramai orang dalam memulihkan kulit berjerawat. Berikut adalah antara testimoni pengguna Vitamin C Shaklee


Ciri-ciri istimewa Vitamin C SR Shaklee

  • 1 botol VITAMIN C SR Shaklee 500mg mengandungi 180 biji.
  • Boleh tahan sehingga 6 bulan penggunaan.
  • Harga untuk satu botol RM97.50. Untuk lebih jimat, anda boleh mendapatkan harga ahli. Klik SINI untuk mengetahui cara-cara mendapatkan Vitamin C SR Shaklee dengan harga super duper jimat @ dengan harga Ahli.

Hubungi cekyat
019-397 9157
COD Klang / Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...