Saturday, 5 August 2017

8 Cara Penjagaan Kulit Muka Dengan Mudah

Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada yang sepatutnya. Antara sebabnya ialah anda tidak membersihkannya dengan sempurna, tidak menggunakan pelembap serta sering terdedah kepada pancaran cahaya matahari.

Di sini cekyat nak kongsi 8 cara penjagaan kulit muka untuk anda dan cekyat amalkan agar kita sama-sama nampak muda remaja.

8 cara penjagaan kulit muka yang mudah

 

1. Minum air kosong sebanyak lapan hingga sepuluh gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit.

2.Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan tiga langkah penjagaan kulit muka. Pertama, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan gliserin. Selepas mencuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologi. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

7. Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat. Ia akan menyebabkan keradangan merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.

8. Untuk memiliki kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran, buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C, dan B6 dan mineral zink.
Untuk memberikan tubuh anda nutrisi lengkap disamping mencantikan kulit, amalkan pemakanan makanan tambahan yang mengandungi vitamin-vitamin yang disarankan untuk kecantikan kulit.

Di Shaklee, kami sediakan gabungan vitamin-vitamian berkenaan yang membantu mengembalikan kesihatan badan dan juga memberi kecantikan kepada kulit anda melalui Set Kecantikan Kulit.
 


Kalau anda seorang jelitawan yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen Shaklee iaitu Set Kecantikan Kulit Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...