Sunday, 6 August 2017

Ikhtiar Elak Bentan Ketika Berpantang

Berpantang? Untuk kali keempat jawapanya ialah YA. Cekyat sekarang dalam tempoh menunggu masa sahaja untuk berpantang.

Walaupun keempat kali, tapi sebenar-benarnya untuk tiga anak-anak syurga cekyat. Untuk kali ketiga, cekyat berpantang disebabkan keguguran.

Dan, pengalaman bentan semasa berpantang akibat keguguran pada Julai 2016 adalah satu pengalaman yang amat perit bagi cekyat. Sungguh azab rupanya bila bentan mendatangi ibu berpantang.

Cekyat keguguran selepas usia kandungan 12 minggu (3 bulan) walaupun selepas pemeriksaan terperinci oleh doktor mengatakan janin telah stop pembesaran pada usia 7 minggu lagi. Cuma tiada tanda-tanda yang mengatakan janin telah tiada.

So, cekyat carry seperti kandungan biasa. Selepas usia 12 minggu baru kami suami isteri tahu. Itupun selepas cekyat mendapat tanda-tanda macam datang bulan.

Selepas "semua"nya keluar, dan bermulalah tempoh berpantang cekyat. Tapi disebabkab rasa macam orang datang bulan dan badan rasa sihat, cekyat cuma berehat atau cuti bekerja hanya pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Konon badan sihat kan?

So, rutin berjalan macam biasa walapun pada ketika itu adalah sebenarnya tempoh cekyat berpantang keguguran. Rutin driving ke tempat kerja. Rutin mendokong Awish dari tingkat 3 rumah flat ke kereta setiap pagi. Rutin kemas rumah, basuh dan jemur kain baju. Pakai macam orang tak berpantang. Masuk ofis, duduk dalam air-cond, tapi tak paki stokin or baju panas (sweater). Ibaratnya, macam tiada apa-apa berlaku cuma datang bulan sahaja.

Masuk hari ketiga yang sepatutnya tempoh berpantang, badan dah rasa lain macam. Panas sejuk. Kepala dah rasa berat. Badan rasa lenguh-lenguh especially dibahagian belakang dan pinggang. Dah agak dah.. ini mesti bentan.

BENTAN
, anda tahu tak macamana rasa? Kalau yang dah mengalami bentan, memang akan tahu bagaimana azabnya. Azab pada diri sendiri dan azab pada encik suami juga tau. Panggil tukang urut untuk buang angin dalam badan dan urut urat, dan memang betul tukang urut pun bagitau, cekyat memang bentan sebab tak berpantang betul-betul.

Pantang keguguran lagi ketat daripada pantang bersalin sebenarnya. Katanya tukang urut tu tau.

Jenis-jenis bentan


  • Bentan urat 

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

  • Bentan urat peranakan/urat rahim 

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

  • Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit. Ibu-ibu harus ambil langkah berjaga-jaga walaupun dihujung-hujung tempoh berpantang, masih ada ibu yang terkena masalah bentan ni. 

Apa ikhtiar untuk elakkan bentan ketika berpantang?

Ini hasil daripada pencarian di internet dan juga daripada pengalaman cekyat sebelum ini yang ketika berpantang bersalin dan ketika berpantang keguguran.

Jaga pemakanan

Jangan makan makanan yang sejuk, berangin dan tajam seperti pisang dan pulut

Berpakaian yang betul

Sentiasa memakai baju sejuk dan stokin tebal bagi menggalakan pengeluaran peluh dan mengelakkan angin memasuki badan. Bila badan berpeluh, badan akan terasa ringan dan sedap.

Elakan dalam suhu sejuk

Jangan duduk dalam suasana sejuk atau beraircond Elakkan mengunjungi pasaraya yang sediamaklum bersuhu sejuk.

Amalkan bertungku

Kalau boleh amalkan seawal pagi. Macam cekyat, mak akan kejutkan awal dalam pukul 5.30 pagi dan mulakan sesi bertungku sehingga suhu tungku kembali sejuk. Mak kata at least, bertungku waktu pagi biarlah 2 kali tungku sejuk.

Mandi dengan air suam

Elakan mandi air sejuk dan terus jirus dari kepala ke kaki. Sebaiknya, mulakan jirus dari kaki ke kepala

Jangan lasak

Jangan angkat barang berat atau mendokong anak yang lain. Ibu berpantang hanya layak duduk / berehat sahaja sambil menguruskan bayi kecil itu sahaja.

Berjalan perlahan-lahan

Hayunkan langkah jalan dengan lembut dan perlahar agar tidak terlanggar apa-apa. Elakan menggunakan ibu jari kaki dalam membuat apa-apa tindakan. Kena sensitif jaga ibu jari kaki sebab mak cekyat cakap, ibu jari kaki amat sensitif ketika pantang. Paling terasa adalah dekat ari-ari tau kalau tersadung.

Elakan memandu kereta

Memandu kenderaan mengunakan tenaga walaupun orang biasa nampak macam tiada apa-apa, tapi bagi ibu berpantang ianya tidak elok diamalkan. Especially posisi duduk yan tak sepatutnya diamalkan. Ibu berpantang digalakan duduk sekejap-sekejap sahaja. Lebihkan berbaring.

Elakan kerap ke bilik air

Kerap kebilik air menyebabkan ibu berpantang kerap bersentuhan dengan air dan itu tidak elok.

Semoga perkongsian cekyat ini bermanfaat untuk anda semua :-)

Ketika berpantang juga seeloknya para ibu mengamalkan diet pemakanan yang sihat yang mengandungi vitamins dan mineral secukupnya. Ibu yang baru bersalin sebenarnya telah kehilangan banyak darah dan tenaga. Seeloknya para ibu menambah / mencukupkan semula kehilangan itu dengan menjaga pemakanan juga.

Kalau anda seorang ibu hamil yang macam cekyat, sedang dalam proses menunggu hari tetapi ingin cuba berpantang bersama Healthy Postnatal Set (Set Pantang Shaklee) serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...