Monday, 7 August 2017

Tips Mudahkan Proses Bersalin

Minggu ini merupakan minggu ke 37 kandunan cekyat. In Sha Allah, jika seperti abang-abangnya, baby akan keluar pada minggu ke 40 seperti jangkaan EDD. Cuma mungkin tarikh tak sama.

Its OK laa kan, daripada overdue. Cekyat OK juga sehingga ke hari ini. Cuma terlebih penat itu biasa la kan sebab sudah lebih 36 minggu.

Sambil-sambil menanti kelahiran baby, cekyat cuba tambah ilmu dengan tips mudahkan proses bersalin. Setiap ibu pasti ingin melalui proses kelahiran yang normal kan melainkan sekiranya ada komplikasi yang tidak dapat dielakan.

jadi, entry kali ini cekyat nak berkongsi dengan ibu-ibu berkenaan tips mudahkan proses bersalin. In Sha Allah, semoga semuanya dipermudahkan untuk ibu-ibu dan juga cekyat dalam proses kelahiran khalifah Allah ini. Ameen.


Tips Mudahkan Proses Bersalin


Tips #1: Urutan Perineum

Urutan dilakukan adalah untuk memudah proses kelahiran. Ia juga untuk mengelakkan risiko koyak dengan banyak ketika dalam proses meneran. Urutan boleh dilakukan ketika kandungan dalam 34 minggu sehingga waktu nak bersalin. 

Urutan ini dimulakan dari bahagian dubur dan fajar dengan menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Jangan guna minyak sembarangan. Sebelum melakukan urutan dapatkan juga nasihat dari pakar. 

Cara-cara urutan perineum:
  •  pastikan kuku dipotong pendek dan bersih, cuci dahulu tangan denagn sabun dan bilas hingga bersih.
  •  gunakan minyak kelapa dara (VCO) @ minyak zaitun.
  •  letakkan beberapa titis minyak VCO @ zaitun di atas ibu jari.
  •  duduk dalam keadaan mencangkung @ posisi yang selesa.
  •  masukkan ibu jari dalam 1 inci kedalam vagina dan urut bahagian seperti di gambar di atas sambil menekan kebawah sedikit.
  •  tekan otot perineum kebawah dalam bentuk pusingan U selama beberapa minit.
  • lakukan setiap hari @ boleh juga selang sehari, insya Allah otot bahagian ini akan menjadi lebih lembut dan elastik serta akan memudahkan baby keluar tanpa koyakan.

Tips #2: Senaman 


Kalau ikutkan hati, memang rasa malas nak buat senaman, apatah lagi ketika sudah sarat kan? Tapi senaman adalah salah satu tips memudahkan untuk bersalin. Senaman yang dilakukan adalah untuk menjadikan otot vagina lebih anjal dan fleksibel ketika bersalin nanti. 

Kalau agak malas untuk bersenam, ibu cubalah salah satu exercise yang cekyat kongsikan diatas. Paling mudah adalah "tailor sitting". Sambil tengok televisyen pun boleh buat kan? Dan yang paling mudah adalah senaman dengan kerap berjalan dari banyak duduk dihujung trimester terakhir.


Tips #3: Pernafasan

Teknik pernafasan yang betul adalah sangat-sangat penting sewaktu nak bersalin. Sewaktu kehamilan ibu-ibu digalakkan pelajari teknik pernafasan yang betul supaya membantu ketika proses nak meneran dan menahan sakit. 
Teknik pernafasan selalunya diajar didalam kelas artenatal yang sebaiknya dihadiri oleh suami dan isteri. Cekyat tidak pernah pergi kelas artenatal tapi hasil perkongsian BLOG ini, cekyat dapat sedikit ilmu berkaitan teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi proses bersalin.
  •  BERNAFAS PERLAHAN-LAHAN
Sekiranya ibu sudah merasai rasa kesakitan ingin bersalin, ibu digalakkan bernafas secara perlahan-lahan. Jangan panik! Untuk mengelak juga risiko panik, pastikan semua barang untuk dibawa ke hospital telah disediakan. Panik ibu akan bertambah sekiranya ketika itu juga baru ibu nak berkemas.

Pastikan ibu menarik nafas menggunakan hidung dan bukannya mulut. Tutup mulut anda ketika menarik nafas. Tarik nafas secara perlahan-lahan. Cuba buat kiraan sendiri. Sekiranya menarik nafas dengan kiraan lima, pastikan ibu menghembus nafas lebih perlahan dari tersebut. Mungkin dengan kiraan 8-10, baru selesai menghembus nafas. Hembus nafas pula melalui mulut.

  • PANTING KEPADA BERNAFAS BIASA
Sekiranya sakit bersalin atau kontraksi semakin kuat (masa ini mesti terfikir, taubat dah tak nak bersalin), hembus nafas dahulu sebelum menarik nafas kembali.

Semakin kuat kontraksi tersebut, ibu boleh menukar teknik pernafasan kepada tercungap-cungap. Ini yang aksi kita selalu tontot dalam drama. Dengan muncung mulut, ibu akan bernafas secara tercungap-cungap atau istilah lain panting. Nafas akan keluar dengan fuh, fuh, fuh. Cuba buat.

Apabila kontraksi hilang, boleh bernafas seperti biasa.

  • PANTING KEPADA HEMBUS
Lazimnya ketika ini, kontraksi semakin kuat namun pangkal rahim belum terbuka sepenuhnya.

Jangan meneran dulu sehingga diberitahu oleh doktor.

Lakukan teknik pernafasan panting-panting-hembus.

  • PERNAFASAN LAMAZE
Sekiranya ada menonton cerita ibu di negara orang putih bersalin, mereka akan bernafas sambil menyebut hee-hee-hoo. 

Tips #4: Pastikan Tidur Dan Rehat Yang Cukup

Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, sila dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Biasanya sukar untuk tidur kerana tak selesa dengan kandungan yang semakin membesar betul tak? Mengiring ke kanan tak kena, ke kiri tak kena. 
Tapi tak apa, itu hanya sementara sahaja. Kekalkan fokus ibu-ibu. Amalkan tidur awal dengan posisi tidur dengan baring mengiring samada ke kiri atau ke kanan. Mengikut keselesaan ibu.

Tips #5: Keadaan Selesa Dan Tenang

Pastikan emosi dan mental dalam keadaan yang tenang, jangan tergopoh gapah. Jangan bergaduh manja dengan en.suami dan jangan terlalu emosi dengan anak-anak kecil yang lain. Anggaplah keletah anak anak kecil itu sebagai terapi untuk ibu.
Dah masuk wad nanti, pasti ibu akan rindu dengan keletah dan gaya serta mulut petah anak-anak itu. Keep calm okayy. Jika emosi dan mental dalam keadaan tenang dapat mengelakkan dari mendapat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. 

Tips #6: Teman Memberi Semangat

Dah semestinya isteri nak suami yang ada bersama-sama ketika proses nak bersalin, sebagai pemberi semangat. Tapi kalau suami pun takut darah, ada baiknya jangan jadi peneman. Kalau dia pengsan lagi susahkan doktor pula.. 

Tips #7: Banyakkan Berjalan

Ibu yang menunggu masa nak bersalin dinasihatkan untuk banyakkan berjalan dan kurangkan hanya baring saja dikatil. Ini kerana untuk memastikan bayi “turun” pada saluran peranakan dan ini lagi memudahkan proses nak bersalin. 

Tips #8: Posisi Baring

Dengan posisi baring mengiring ke kiri adalah membantu untuk bukaan serviks. Berbanding daripada baring telentang kerana ia memberi tekanan pada bayi untuk keluar. 
Amalkan sekerap yang mungkin terutamanya ketika waktu tidur.

Tips #9: Makanan Yang Memberi Tenaga

Pastikan dihujung kehamilan dapatkan makan secukupnya. Jika kurang selera dinasihatkan ambillah beberapa biji kurma sebagai pemberi tenaga nanti. Mengambil kurma ketika hampir nak bersalin adalah salah satu tips mudah bersalin normal yang ramai ibu-ibu amalkan.
Paling mudah, ambil makanan yang berasaskan protein untuk membekalkan tenaga kepada ibu-ibu. Macam cekyat, semasa kelahiran Darwish tahun 2014 cekyat sempat bancuh ESP Shaklee sebelum turun ke hospital. 
Makanan tambahan sebagai melengkapkan nutrisi cekyat sepanjang kehamilan dan tetap diamalkan sehingga proses bersalin ialah Set Prenatal Shaklee

Antara lain yang boleh diamalkan sebagai tips mudahkan proses bersalin adalah seperti dibawah.
 
Cekyat harap, perkongsian cekyat ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu atau bakal ibu.

Kalau anda seorang ibu hamil yang macam cekyat, sedang dalam proses menunggu hari tetapi ingin cuba berpantang bersama Healthy Postnatal Set (Set Pantang Shaklee) serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...