Sunday, 17 September 2017

Bertungku Amalan Penting Ketika Berpantang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini genap 30hari berpantang untuk kelahiran puteri kecil cekyat.

Aktiviti berpantang yang cekyat amat tunggu tunggu ialah bertungku selain daripada berbengkung.

10hari pertama kelahiran sikecil, cekyat berpantang dirumah sendiri dan dipantau oleh kakak sulung cekyat. Disebabkan cekyat tidak mengalami sebarang luka semasa proses kelahiran, aktiviti bertungku terus dibuat pada hari kedua berpantang.

Apakah alat bertungku yang paling sesuai untuk digunakan?

Mengikut artikel ini, batu sungai adalah alat bertungku yang paling digalakkan berbanding alat tungku yang berasa dipasaran. Batu sungai lebih effektif penggunaannya dari segi tahap kepanasan yang lebih bertahan lama.

Untuk lebih memberi kesan, amat digalakan untuk mengalaskan batu tungku dengan daun mengkudu, daun pandan, daun sirih dan daun lemuni. Daun daun ini membantu dalam proses mengecutkan rahim / peranakan semasa proses bertungku.

Kenapa perlu bertungku semasa berpantang?

Salah satu sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan.

Selalunya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang sebelum mandi selama 45 minit.

Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku.

Bertungku boleh dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara).

Untuk kesan tungku yang lebih baik, tungku juga pada tapak kaki serta tumit. Bertungku ni penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Untuk yang dalam pantang, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.

Untuk dua kelahiran sebelum ini, cekyat memang wajib amalkan bertungku sehingga hari ke 44 berpantang. Sekiranya rajin, cekyat akan bertungku juga walaupun selepas 44 hari berpantang tapi tidak seketat ketika didalam pantang.

Bertungku juga dipercayai dapat:

    memecahkan lemak
    mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin
    mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal
    Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua

Bahagian badan lain yang perlu di tungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat.

Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang. Yang nak perut slim tu.. bleh ler amalkan tungku di bahagian perut.. klu dah rasa perut tu bertingkat2 mengalahkan rumah flat… hihihihii

PERINGATAN: Jangan letak tungku ditengah perut ye.

5 comments:

  1. Maksud letak tungku atas perut tu cam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wawa, kte suka rehatkan tungku kat perut.. tp mak bising..jangan letak situ.. tungku je kat area bawwh..peranakan tu.. kalo nk rehat, letakkn tungku kt bwh punggung. :-)

      tak elok katanya letak kat perut... :-)

      Delete
  2. tahniah cekyat. selamat meneruskan pantang :)

    ReplyDelete
  3. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya memainkan peranan penting ya :)

    ReplyDelete

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...