Wednesday, 13 September 2017

Pengalaman Bersalin di Hospital Shah Alam - Part I

Assalamualaikum.

Hari ini cekyat punya masa terluang untuk berkongsi pengalaman bersalin puteri kami di hospital baru iaitu Hospital Shah Alam. Punya masa terluang sebab puteri sangat senang di jaga hari ini.

Bagaimana boleh buat keputusan bersalin di Hospital Shah Alam?

Cekyat bukan seorang yang 'demanding' tapi pengalaman kali pertama bersalin di hospital kerajaan cukup menjadikan cekyat trauma dengan pengalaman itu.

Tapi, untuk kelahiran kali ketiga ini kami suami isteri bersetuju untuk bersalin di Hospital Shah Alam berdasarkan kepada pengalaman rakan rakan blogger juga. Ada yang berkongsi pengalaman manis dan ada yang "terpahit" sedikit.

Tapi, seperti kata suami cekyat bersalin kat mana-mana pun sakit bersalin tetap ada dan rasanya tetap sama. Servis hospital cuma salah satu penyumbang kepada rasa selesa kepada rasa sakit "contraction" itu sendiri.

Memandangkan Hospital Shah Alam adalah hospital baru dan kepadatan pesakit agak rendah sedikit berbanding Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, kami sebulat suara "OK laa, lets try it first", then baru buat keputusan untuk kelahiran seterusnya. (cewahhh..macam nak tambah lagi yee..hehe)

Kedua adalah kos. Bersalin di hospital swasta agak costly juga berbanding di hospital kerajaan. Pengalaman kelahiran kedua di hospital swasta walaupun kos kami agak rendah berbanding orang lain, sekurang kurngnya kami dapat menyelamatkan duit simpanan kami untuk digunakan bagi keperluan yang lebih memerlukan.
 
Dua faktor ini merupakan penyumbang kepada keputusan kami untuk bersalin di Hospital Shah Alam bagi kelahiran ketiga ini.

Layan Contraction di rumah dan di kereta

Cekyat memang seorang yang mudah sangat bersalin. Ini berdasarkan pengalaman dua kelahiran sebelum ini.

DI sebabkan ini, cekyat memang akan berwaspada sekiranya tarikh EDD semakin menghampiri. Sehari sebelum bersalin (Khamis: 17 Ogos 2017), ceyat masih ke pejabat dan meneruskan rutin kerja seperti biasa. Tiada tanda tanda akan bersalin sehinggalah selepas waktu bekerja.

Selepas maghrib, cekyat dah rasa contraction tapi tidak kerap dan cekyat tahu itu adalah hint dari baby. Dah tak sabar nak jumpa  abang abang kot.

Terus whats app en.suami yang tengah on shift, bagitau yang cekyat dah rasa contraction bersalin tu. Terkejut juga en.suami sebab tarikh EDD sebenar adalah 23 Ogos 2017. Masih ada seminggu lagi buffer time untuk baby keluar.

Tapi cekyat teruskan rutin seorang mama seperti biasa. Masak makan malam , kemas rumah dan basuh baju seoalah olah contraction bersalin itu tiada.

Elok en.suami sampai rumah, contraction bersalin makin kerap bermula jam 1.30 pagi. Dan darah dah keluar sebagai tanda bersalin. Ketuban darah tau kalu keluar tanda darah di awal kelahiran. Amat berbeza dengan ketuban air.

Jadi, bermula la perjalanan kelahiran ketiga. Kami keluar rumah di Kapar seawal jam 2.00pagi menuju ke Shah Alam walaupun cekyat tahu lama lagi masa untuk bersalin. Tapi, motif kami adalah untuk mengelakkan jem pada pagi nanti sebab semua orang keluar untuk ke pejabat. Tak pasal pasal nanti bersalin dalam kereta pula kalau sangkut jem. Hehe

Sampai Shah Alam, kami tidak terus ke Hospital Shah Alam tapi lepak dan makan dulu dalam kereta. En. Suami pula ambil kesempatan lelap sekejap sebab baru balik kerja kan. Masa ni, cekyat dah ran contraction bersalin tu makin kerap. Every 5 minutes. Sakit gilerr tau. Memang kalau ketuban darah, sakitnya yang amat.

Elok jam 4.30 pagi, cekyat minta en.suami hantarkan ke hospital. Sebab makin kerap rasanya contraction bersalin tu. So, dengan mamainya en.suami drive ke hospital. Masa ni kami lepak di petronas bersebelahan dengan hospital sahaja. Dekat kan? Hehe..

Alamakkk... baby dah bangun.. next entry cekyat sambung ye.. Part II punye.. (^_*)

2 comments:

  1. Saya tunggu part 2 😁 Bercadang nak bersalin kat hospital shah alam jugak..insyaAllah edd oktober ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca pengalaman cekyat.. in sha allah, cekyat sambung.. :-)

      Delete

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...