Friday, 22 September 2017

Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam - Part II

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran. Hari ni ada free sikit sambil-sambil pam susu untuk stok si kecil nanti. Cekyat cuba untuk buat sambungan (part II) pengalaman cekyat bersalin di Hospital Shah Alam.

Tiba di P.A.C


Anda jelas tak apa maksud PAC tu? PAC tu maksudnya Patient Access Centre yang mana merupakan tempat untuk ibu ibu bersalin mendaftar masuk.

Cekyat dan suami tiba di PAC Hospital Shah Alam lebih kurang jam 4.40pagi. Masa sampai tu, cekyat tengok ada 2 orang suami yang setia menunggu di bangku berdekatan dengan guard.

Biasalah, bila tengah sakit nak bersalin kita mesti la tak nak berenggang dengan suami kan? Macam tu la dengan cekyat. Nak suami temankan masuk dalam. Tapi, rupanya tidak boleh.

Suami hanya boleh hantar sampai kat meja guard tu je. Sambil kena isi butiran pendaftaran masuk seperti nama pesakit / isteri beserta no IC. Guard memang tak benarkan suami masuk sama tau. Tapi cekyat OK je. Lagipun, en.suami kena pergi parking kereta kat parking lot. Mana boleh park kat ruang legar depan PAC tu. Situ untuk ambulance turunkan patient tau.

Tapi, GL dan IC isteri kena en.suami pegangkan tau. Untuk proses pendaftaran masuk wad.

Masa nak masuk ke dalam ruang PAC itu, guard memang akan terus cakap bawa sehelai kain batik bersama. Sekiranya anda pakai skirt atau palazzo yang selain dari kain batik. Macam cekyat, cekyat ke sana dengan pakai palazzo, so memang kena bawa bersama sehelai kain batik. Nasib baik cekyat dah siap siap senaraikan kain batik dalam senarai keperluan untuk dibawa ke hospital.

Masuk kat ruangan PAC tu, kena ada sesi pendaftaran dulu dengan nurse bertugas. Kat sini, nurse akan review buku artenatal. Macam cekyat, buku artenatal cekyat daripada Klinik Ajwa, Seksyen 7 Shah Alam. So, nurse tanya lokasi mana yang paling dekat kalau dari rumah cekyat kat Sementa, Kapar ke Hospital Shah Alam dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Jadi, jawapan selamat untuk mengelakan daripada ditendang ke HTAR adalah sudah tentu Hospital Shah Alam yang paling dekat.

Untuk makluman anda juga, cekyat pernah dimaklumkan sebelum ini yang keutamaan Hospital Shah Alam adalah untuk pesakit yang berada disekitarnya sahaja.

Dan, nurse juga ada tanya samada cekyat pernah mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam atau tidak sebelum ini. Bonus bagi cekyat bila cekyat dah ada rekod sebagai pesakit di sana semasa mendapatkan rawatan kes keguguran pada Julai 2016.

Selepas nurse dah rekod segala butiran, cekyat dibawa untuk ECG test. Lama juga tau. Rasanya dalam 40minit juga. Masa ni, contraction makin kerap terasa. Memang tak tahan sakitnya. Bila nurse dah berpuas hati dengab graf yang dikeluarkan, cekyat dibawa naik ke tingkat 4.

Tingkat 4, Dewan Bersalin Hospital Shah Alam


Masa cekyat sampai sini, contraction makin kuat dan cekyat rasa dah tak mampu nak jalan. Masa sampai sini, ada seorang ibu yang sedang tunggu untuk bersalin duduk dikerusi ruang menunggu depan kaunter.

Cekyat juga diminta duduk dikerusi berkenaan. Dalam keadaan sakin contraction bersalin, hanya senyum yang mampu kami ukirkan sebagai tanda bersapa. Lebih kurang sejam lebih juga (dari 5.20pagi hingga 6.30pagi) cekyat berada dikerusi berkenaan menahan sakit contraction, baru lah dipanggil nama untuk proses cek bukaan rahim. Ya ampun, lama sungguh menunggu.

Masa ni pula, bateri tab dah habis. Bateri fon pun malu malu kucing. Nasib baik en.suami ada diruang menunggu yang dikhaskan untuk para suami dipintu masuk utama. Tapi dalam keadaan sakit nak bersalin, mana mampu nak berjalan ke sana walaupun hanya 10 tapak sahaja.

Cek bukaan rahim dalam bilik scan sebabnya katil yang sepatutnya dah penuh. Tapi cekyat OK je asalkan ada progress. Bukannya biarkan cekyat menunggu berkurun dikerusi dalam keadaan sakit. Ya, baru 5cm bukaan. So, cekyat diarahkan tukar pakai seragam pink hospital dan diminta tunggu lagi. Sekejap lagi akan dipanggil masuk labour room. Alhamdulillah, sedikit lega tau.

So, duduklah kat kerusi depan kaunter dengan beberapa ibu lain yang sedang menunggu masa bersalin juga. 

Ingatkan sekejap, rupanya lama juga. En.suami siap hantar sandwich dan milo sejuk untuk breakfast cekyat sekitar jam 7.30pagi. Atas arahan nurse tau. Nurse risau kalau cekyat tak makan dan tiada tenaga untuk meneran.

8.30pagi cekyat masih lagi dikerusi itu. Tiada katil untuk cekyat sebab diorang lebih utamakan ibu ibu yang sudah mencapai bukaan 7cm ke atas. Kalau dah bukaan 7cm, memang diorang akan usahakan bagi katil. 

8.45pg, cekyat memang dah tak tahan sakit contraction. 2minit sekali tau contraction cekyat. So, cekyat minta katil untuk baring dan minta untuk check bukaan rahim lagi sekali.

"Maaf puan, kami tak check bukaan dengan kerap. Tak elok untuk puan"

Masa ni dah terbayang masa bersalin anak pertama di hoapital kerajaan di Kelantan, kejap kejap datang orang nak check bukaan. Kerap pula tu.

Okayy, malas nak layan apa nurse tu cakap tapi kemudian datang juga doc bertugas. Check juga bukaan tapi jawapan sama, masih 5cm.

Fine, cekyat duduk dan baring kat situ je tapi ni bukan katil ye. Ini ialah strecther yang diorang gunakan untuk tolak patient. Dan ruang cekyat duduk tu bukan ruangan untuk bersalin, tapi ruangan macam ruang pesakit luar macamtu. Tak kisahlah, janji cekyat boleh baring dan luruskan pinggang.

9.20 pagi, contraction dah terlebih kerap. Dan cekyat rasa macam nak buang air kecil. Terus panggil nurse, tapi jawapan mendukacitakan. Malas nak kongsi kat sini. Bila dapat jawapan macam tu, cekyat usaha bangun untuk ke bilik air. Dalam kesakitan untuk berdiri, sekali cekyat rasa letupan kecil. POP!!

Terus air membasahi strecher tu. Barulah kali ini nurse dan doc bertugas kalut datang dan doc cuma menilai dari luaran, belum lagi nak bersalin katanya walaupun air ketuban dan lencun membasahi strecher.

Allah, korang tak tahu yang cekyat ni mudah bersalinya. At one time, cekyat terus cakap yang kepala baby dah dibawah. Dah nak keluar. Baru doc tadi kelam kabut arahkan strecher ditolak ke labor room. Dan cekyat diarahkan mengiring sambil "kepit" peha bagi mengelakan baby keluar sebelum sampai ke labor room.

Mana mungkin boleh tahan, boleh kepit macam tu. Allah permudahkan urusan cekyat. Cekyat memang tak dengar arahan nurse tu, terus baring telentang dan teran. Sekali teran, alhamdulillah puteri terus keluar tanpa risiko atau masalah. Lokasi cekyat masa tu hanya di atas strecher dan di pintu masuk labor room.

Sorry nurse ;-)

Bersalin tanpa doc. Hanya ditemani nurse dan bidan sahaja. Tanpa suami di sisi juga sebab nurse memang tak sempat panggil dia di bilik menunggu. Kejadian bersalin cekyat sangat pantas berlaku.

Mungkin masa cekyat bersalin, bukaan hanya 6-7cm kot. 

Cekyat kongsi pengalaman ini lebih kepada untuk menjadikan memori bertulis. Bagi princess baca semula bila besar nanti.

Untuk anda, jangan mudah terikut dengan pengalaman cekyat. Mungkin masa anda, ianya lebih dipermudahkan.


Hanya selepas dibersihkan, baru papa sempat tengok dia. Dan iqamahkan sekali.


Puteri yang diidamkan papa. NUR HANANIA AUJI nama diberi oleh papa. Kesayangan mama, papa dan abang abang.

8 comments:

  1. Sekali teran je tu 😱 Ada kena jahit apa2 tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah izyan.. betul..sekali teran je. tak de jahit sebab xde luka or koyak. Alhamdulillah dipermudahkan Allah :-)

      Delete
  2. alhamdulillah cekyat. tahniah baby girl :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis laili. akhirnya, mama dapat geng. :-)

      Delete
  3. Seronok baca pengalaman cekyat...senang bersalin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...macam mana tak de koyak? Share tips...hehe..sbb anak first sy koyak teruk. 😰

    ReplyDelete

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...