Saturday, 16 September 2017

Tips Dan Petua Kurangkan Bengkak Susu

Bengkak susu dikalagan ibu menyusu amatlah sinonim. Selalunya, akan ada petua daripada emak atau orang orang tua untuk melegakan bengkak susu berkenaan.

Antara tips atau petua yang selalu di maklumkan oleh orang orang tua ialah:-

    Memakai  bra sokongan : Pastikan ibu mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat. Yang memberikan anda keselesaan maksimum.

    Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D

    Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir bagi menyeimbangkan kadar pengeluaran susu dan penggunaan payudara ibu.

    Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..

    Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, sangat membantu ibu nanti.

    Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau ibu turut mengurut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri

    Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten..

    Gunakan sikat rambut: Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula..

    Daun kubis: ambil daun kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu. Daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.. tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu kerana ianya boleh sebabkan SUSU menjadi KERING.. 

    Ambil cuka makan dan ragi: campurkan dalam mangkuk dan sapu pada sekeliling payu dara. Hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh atau bengkak itu surut.

    Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau. Ambil daun sirih dan lumurkan minyak zaitun. Kemudian layur pada permukaan panas. Apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak. In sha Allah ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.

Sekiranya, alternatif yang cekyat kongsi di atas tidak membantu melegakan bengkak susu anda, cekyat sarankan anda mencuba Lecithin Shaklee.

Lecithin Shaklee telah membantu melegakan cekyat menempuhi bengkak susu di SINI.


Cekyat Shaklee
Pengedar Sah Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

 

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...